Tuesday, June 29, 2010

Hanya Pada Allah aku bergantung Harapan


Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum,

kehidupan manusia sentiasa ada jatuh dan bangunnya. dalam melayari bahtera kehidupan ini kita sering leka dengan hasutan duniawi semata-mata. tanpa memandang ke akhirat yang kekal selamanya, alangkah khilafnya diri. segala yang terjadi pada kita hari ini mengajar kita tentang kehidupan yang sangat-sangat menekankan. 1001 dugaan yang menimpa kehidupan kita kadang-kala buat kita sesak sendiri. itu tandanya betapa Allah sayang dengan hamba-hambaNya. Subahanallah, tapi kadang-kadang kita tidak nampak semua itu.

Allah itu Maha adil dan Penyayang, Dia akan menguji pada hambaNya yang betul-betul mampu. seperti mana dalam firman Allah Surah AL-Bakarah yang bermaksud "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" jika kita fikir kita lemah maka hanya pada Allah kita bergantung, hanya kepada Allah kita adukan segala-galanya. sangat-sangat perit bila kita ditimpa dugaan. tetapi ingatlah sahabat-sahabatku, bahawa dugaan itu mengajar kita menjadi kuat dan memperbaiki lagi peribadi diri kita. andai tanpa Allah, tiadalah makna lah hidup kita.

susah betul untuk istiqamah, susah betul untuk kuat, susah betul untuk memuaskan hati, kerana manusia sememangnya tidak pernah puas, kita sering kali khilaf dengan diri kita. tetapi selagi kita masih mampu bernafas, selagi mampu melihat kebesaran Allah, selagi kita mampu mendengar alunan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-quran, selagi kita mampu sujud padaNya, selagi kita mampu bergerak untuk mencari keredhaanNya, selagi itu marilah kita tadah tangan kepada Allah memohon memanjatkan kesyukuran dengan nikmat dunia ini.

hanya pada Allah kita bergantung harapan, kerana hanya Dia sahaja yang layak mengaturkan kehidupan kita. sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah. andai kita kecewa dengan ketetapanNya, percayalah Allah mencipta segala yang lebih baik dimasa hadapan.

semoga kita terus kuat dalam mujahadah ini demi menggapai redha Allah. dan semoga kita boleh masuk syurga bersama-sama dengan mana-mana pintu pun. semoga kita peroleh syafaat dari Nabi Allah iaitu Nabi Muhammad. itulah impian kita hidup didunia ini. mengumpul bekalan untuk perjalanan di akhirat sana.

Wallahualam...

1 comment:

  1. sgt sukar ya Allah... lindungilah hamba2 Mu drpda kekecewaan ini... berilah kekuatan kepada hamba2 Mu mengahadapi kesakitan ini...

    ReplyDelete