Saturday, June 2, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah vol 12

Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikum wbt.


hari ini selasa, saya masih berbelah bahagi, saya bercadang yang saya nak pulang ke klang pada hari khamis ini, saya rasa saya dah terlalu lama kat sini, peruntukkan yang diberi oleh famili hanya 2 minggu sahaja. so saya rasa saya da melebihi..tidak mengapa, hari khamis saya akan balik, lepas uptown saya balik.


dan pada hari ini, masih macam biasa, saya masih menghabiskan diri di laman siswa, memerhati gelagat.. dan tak kisah lah semua tu. saya sebenarnya menunggu adilah habes kelas. sebab nak temankan dia beli barang-barang untuk uptown. 


saya membawa diri ke foodcoart nilam, untuk tunggu si dia.hehehe. nak dengar amanat dia. dan dari jauh nampak dia begitu segak sekali. dan dia duduk berdekatan dengan saya dan..


"kak, dah nak pergi da ka?"kata dia.
"yup, tunggu dila abes kelas" jawab saya.
"no plat saya PGS.... igt pegasus ingatlah moto saya kak" kata nya seraya tersenyum.
"ouh, hahahaha.. ok2.. PGS" kata saya perlahan.


hp di tangan berbunyi minta di angkat. rupanya dila da habis kelas, selepas beberapa ketika bersembang saya meletakkan telefon, dan ambil topi keledar di tangan dia. dia tersenyum seketika, saya memerhati dirinya.

"PGS... ****" katanya.

"okay, kak pegi dulu, doakan ya"kata saya seraya memulakan langkah.

langkah saya laju menuju ke tempat letak moto, tapi sebelum itu saya jumpa adilah nazura di fakulti hotel, dia la bos yang menguruskan uptown ni, dari kejauhan saya dah nampak dia berdiri menanti saya dengan penuh setia.


"sori2..kak jumpa taufik td, dia kata dia letak moto dia kat bumbung no.2 jom la kita cari"kata saya
"xpe2.. bumbung no. 2 kak??" tanya dila.


saya pun pegi la bumbung no.2 itu, mengikut fahaman saya, takde pun moto kriss itam plat PGS tuh, da 2 kali saya round, dila pun ikut serta cari juga moto dia..aduhai..saya mula panik, saya tepon dia, 


"jumpa tak??"tanya dia
"kalau jumpa takde nyer kol nih," kata saya seraya ketawa.
"saya datang sana la.."kata dia kembali.
"eh xpa la, kak try cari dulu."kata saya kembali.


saya dan dila masih lagi mencari moto dia, dan perlakuan kami ini, diperhatikan dua orang pelajar laki,


"cari moto ka? apa plat moto nya"kata pelajar tersebut.
"moto kriss itam, plat dia PGS, bumbung no.2"terang saya.
"ouh, jap2..saya try cari"kata dia.


saya dan dila masih mundar-mandir kehulu kehilir, mencari moto dia, masa bergerak pantas, barang tak beli lagi, uptown da mula da. saya cuba cari lagi saya aim moto satu persatu kat bumbung no.2 tu.masih juga tak de.. =.="


"kat sini moto nye"kata pelajar laki itu.


demi mendengar kata pelajar itu saya terus berlari ke arah nya dan ya!!! moto itu di situ.cantik ja kat situ. erkk..ini ka bumbung no.2? aduhai. napa lah tak cakap kat row yang no.2......saya ingatkan bumbung yang ke dua di lapis yang pertama. haishh....saya pandang dila, dan kami terus ketawa.


start enjin, pakai helmet. panaskan enjin moto ni.
'alah..moto kriss, senang ja!!' bisik hati kecil saya.


masuk gear satu, moto kriss ni terus bergerak, saya membawa dila ke carrefour untuk mencari barang-barang jualan. setelah parking moto kriss hitam ni di carrefour, saya dan dila terus ke dalam dengan seberapa pantas untuk beli, fries dan askrem untuk dibawa berniaga, alhamdulilah, tak ramai sangat orang, alamak, kain lap xde la pulak kat carrefour, oleh itu, saya dan dila terus merempit ke perda untuk beli kain lap, tapi sebelum itu, isi minyak noto kriss ni dulu.


sudah selesai urusan beli barang, kami terus merempit ke uitm penang, pasti ikramies yang lain sudah tertunggu-tunggu barang daripada kami ini, lambat sedikit, rentetan dari pencarian moto kriss hampir 10 minit. =.=


lepas selesai park moto di parking berbumbung uitm, saya dan dila menghabiskan sisa-sisa gelak ketawa kami, dan terus teruja membawa barang untuk dibawa ke gerai kami, yang saya rasa location nya sangat tepat. dan bole attract ramai orang/student. bila kami sampai saya lihat dah banyak adik-adik saya menunggu kami la tuh..


sebenarnya saya juga terkejut, kerana, air dan kepok lekor belum sampai lagi, tapi setindak-tidaknya, peralatan, seperti dapur gas kuali semuanya sudah tersedia, mungkin sekejap lagi, dari kejauhan saya lihat Teddy bear dan first aid serta tidak dilupakan teknikal dan si hensem juga datang menuju ke gerai ni. 


"hai kak! assalamualaikum," kata teddy bear,
"lan! waalaikumsalam, wehy korang.."teruje ramai yang datang. 


saya juga menanti kehadiran si dia, mana lah dia ni, dia kata, dia nak datang, saya nampak, hajar, alin juga, then najib pun, wana terkedek-kedek datang kat saya minta kunci bilik, dia baru abes kelas, nak mandi dan tukar baju katanya, saya pun bagilah kunci, 


wah! barang-barang dah sampai la!! kepok lekor, minyak masak, air, ais, cawan air, semuanya lah, dan si dia pun datang juga..alhamdulilah, selepas menjawab salam masing-masing, kami semua ringan tulang untuk membantu apa-apa yang patut, seperti yang dijadualkan sepatutnya, saya dan dia akan mengoreng, tapi bila tugas mengoreng itu sudah di take over oleh lan, syakir, dengan fathin, hahaha,ramainyer yang mengoreng, jadi kami hanya menjaga depan, alhamdulilah, ramai yang beli air dari kedai kami, mungkin sebab pilihan air kami banyak kot, 


saya dan dia agak kelam kabut juga melayan pelajar/orang yang datang membeli air di gerai kami, almaklum la, petang ni sedikit panas, jadi ramai yang beli air untuk membasahkan tekak, memang ramai, sampai tak menang tangan, adik-adik ikramies mengatakan yang muka kami berdua ini muka rezeki, bukti nya bila saya dan dia duduk jaga air didepan, pasti ada sahaja yang singgah membeli, macam biasalah si dia menunjukkan muka poyo dan bangganya pada mereka.


"peh...muka kak, muka rezeki lah, akak jela jaga air ni"kata lan
"abes muka aku xde rezeki la?"kata dia.
"muka ang pun lagi banyak rezeki, ya!"kata faris pula.


kami masing-masing tergelak.


"lepas ni ade 3 orang akan beli air kita"kata saya tiba-tiba.
mereka semua pandang saya dan seraya tersenyum, saya pun terkejut nape tiba-tiba saya boleh cakap macam ni.


dan memang tepat dalam jangkaan ade 3 orang yang beli air dari gerai kami, si dia memandang saya dan tersenyum, saya hanya mengangguk tanda hormat. 


matahari sedikit demi sedikit melabuhkan tirainya, dan kini kegelapan mula mengusai langit, dan cahaya kemerahan mula terpancanr tanda masuknya waktu maghrib. alunan azan mula kedengaran kuat kerana tapak gerai uptown ini berdekatan dengan Pusat islam, dan separuh daripada nya meminta izin untuk ke bilik, mandi dan solat, maka yang separuh nya tunggu di gerai.


"kak, kami balik sat, nak mandi dengan solat sekali, nanti kami mai lagi yer"kata lan,
"datang ya! teman kakak sini,"kata saya
"ya kak, nanti lepas makan malam, kami mai sini yer"kata faris pula.


mereka terus keluar dari gerai menuju ke kolej baiduri untuk menunaikan kewajipan yang Maha Esa. 


"kak! saya pun nak balik gak, nak mandi, badan dah melekit nih, nanti lepas maghrib saya turun lagi yer"kata si dia juga.


"okeh, baik-baik,jangan lupa solat ya!"kata saya padanya.


dia hanya tersenyum dan mula mengorak langkah tinggalkan saya dan yang lain untuk balik ke kolej nilam dia tuh.


tinggallah saya, dila, alin, hajar, fathin pun nak balik kolej da, dayah masih setia, ayu pun ade kat sini, sibuk dengan buku mandarin dia tuh..ceitt..hahaha. dalam 6 orang kami di gerai itu, kami bergilir-gilir solat, saya dgn dila dan dayah solat maghrib sementara yang tinggal itu jaga gerai sebentar.


setelah selesai solat maghrib, kami semua kembali ke gerai or uptown tu, dan suasana makin meriah, ramai yang datang, dari kejauhan nampak farhan daud yang berpakaian kitchen datang ke gerai kami, baru abes kelas lah tuh! hahahaha.


farhan pun terkedek-kedek datang mendapatkan kami.. dan geng baiduri mula datang ke kedai kami, suasana mula rancak, ramai yang lalu lalang, ade yang melihat-lihat. tak kurang juga ade yang kompius, tak tahu nak beli yang mana satu, banyak sangat pilihannye.


lan, fathin, haikal salleh, faris, syakir, dayah, ayu, najib, syiha, alin, dila, farhan, caen, hajar, wana, dua2 firdaus sume ade, dan si dia juga terkedek-kedek datang dari nilam menuju ke arah gerai kami nih. tak lupa juga shikin salim juga dengan sweater hijau nyer, saya rasa,antara gerai yang paling ramai yang menjaga nyer ialah gerai ikram la!! 


"kak nak tak!! saya ade bawak lamb ni, sorila kak, dapat sikit ja, kita kongsi-kongsi jela" kata farhan seraya mengeluarkan bungkusan aluminium foil nyer dan memberinya pada saya. 


"ape ni? kak bukak ya,"kata saya dan dengan pantas saya membuka bungkusan itu, terselah seketul daging kambing, sirloin, waa,sedapnya! siap dengan kuah lagi, saya mencubit sedikit dan menyuakan ke mulut, serius!! sangat sedap!! saya beri pada yang lain, syiha, lan, faris dan tak lupa najib merasa, dan mereka tersenyum, 'sedaplah tu' dan saya juga sua kan pada si dia, dia amek tanpa banyak soal, 'dia ni kalau soal makan memang tak pernah nak tolak, dia tolak batu dgn kayu ja,'


sedap, wah, student makin ramai pulak kat uptown, jam menunjukkan hampir pukul 9 mlm, kejap lagi meeting untuk psk dato onn akan dimulakan di bangunan annex. saya nak juga turut serta untuk meeting tapi siapa pulak nak jaga gerai ni. tiba-tiba najib menghampiri saya..


"kak, biar lah saya jaga gerai, akak pegi la meeting, saya dengan ayu boleh jaga kedai"kata najib.
"baiklah kalau macam tu, apa-apa masalah, mesej kakak ya"kata saya.
"kak jom la pergi kak!"ajak Fathin, saya lihat si dia da meluru ke meeting tuh. 


saya dan fathin, pergi bersama-sama ke meeting tersebut. sesampai ja, meeting belum stat tapi saya lihat fathin begitu tekun menulis something di buku panjang tu, saya hanya duduk dengan wana, lan, syakir,farhan amek kamera di tangan saya dan mula shoot sana dan sini. 


meeting mula stat, banyak sangat masalah berbangkit dalam psk kali ini, antara tak cukup kekuatan, kerana masa psk itu berlangsung, boleh dikatakan keseluruhan adik-adik saya ade test 2 yang susah untuk di minta tangguh atau percepatkan. dan saya dah terlalu lama sangat di bumi penang ni, famili saya pasti marah kalau saya balik klang lewat. peruntukan masa hanya dua minggu sahaja. tapi bila mengenangkan tiada kekuatan untuk membantu adik-adik di psk dato onn tu wat saya jatuh simpati, rayuan dari adik-adik supaya stay lebih lama sikit, wat saya rasa sebak, sesungguhnya banyak masalah.


"tak pe lah kak, saya akan try tny lecturer saya mana taw bole amek test awal ka." kata si dia.
"ouh ye ka, tak pela, tanya lecturer dulu ya," kata saya pada dia.


memang ramai yang ade test weekend yang akan datang, dan mereka buat serentak. di dewan besar. dalam kelas yang kecil tu saya ade nampak ade sorang perempuan yang duduk keseorangan, dia memakai baju dan tudung krim. saya berkira sapa la dia agaknya. 


"wana, dia ni sapa, kak x penah tengor pun," tanya saya pada syalwana.
"ouh, ini nama nya zaty" terang wana.


saya hanya memerhatikan dia ja, dia pun tak perasan yang saya tengah dok usha panas dia. sebab dia duduk membelakangkan saya. dan meeting itu habis tanpa kata putus, dan kami terus ke uptown, kami lihat, air tinggal sikit, tapi air gula dah habis, minumla kami air yang tanpa bergula. memang payau, lagi air laici. saya kelaparan, tapi saya tak bole nak makan, nak muntah rasanya, tapi bila mengenangkan adik-adik ikramies yang menyuapkan makanan,nak tolak takut mereka tacing plak, sudahnya saya telan ja apa yang mereka sua kan pada saya. 


"kak ni asyik tak makan ja, nanti kak sakit, nah minum air nih"kata si dia seraya menyuakan secawan air pada saya, saya tahu dia risau, tapi nak wat mcm mana, kalau saya dah penat saya memang susah nak makan. 


dan hari dah lewat malam, kami bergotong royong mengemaskan barang, esok nak menjual lagi, wafi bagi satu plastik otak2, ape lagi memang teruja la mereka tuh, saya pun cubit sikit otak-otak dari si dia. lepas tu kami, cepat-cepat kemas untuk ke kolej, setelah mengucapkan selamat tinggal pada mereka, saya, dan wana terus balik ke kolej kristal A untuk tidur lah, hari ini, memang hari yang penat, tapi menang seronok,


lepas bersihkan badan, saya terus merebahkan badan di katil wana, berkongsi katil bersama wana merupakan pengalaman yang saya tak bole lupakan, kesanggupan wana memberi ruang pada saya di katil dia sangat-sangat saya hargai.


dan sebelum melelapkan mata, saya terfikir, siapa la budak zaty tu yer, kenapa saya jarang nampak dia, sedangkan dah hampir 3 minggu saya di penang, kenapa baru malam ni saya nampak dia, kenapa wana kenal dia, tapi tidak saya, hurmm..banyak persoalan yang semua nya tiada jawapan.


dan mata ini tak larat menahan ia daripada terbuka, dan saya tertidur juga tanpa menjawab segala persoalan saya. esok kena bangun awal ker? entah! yang penting kena bangun subuh..


dan saya tertidur lena umpama bayi kecil yang kekenyangan..


mengharapkan Allah permudahkan kita untuk menyelesaikan masalah demi masalah yang terjadi di psk kali ini..


apa-apa pun berserah pada Nya..


To be Continue..


P/s: only God knows how much you mean to me...