Monday, January 30, 2012

Karnival Karangkraf 2012

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum....



hari pertama

alahai...lamanya tidak update blog.. dalam cuti-cuti ni pun x sempat nak update blog, almaklumlah sibuk sikit.

melihat pada tajuk blog ini...ya..saya pergi ke karnival karangkraf bertempat seksyen 15, Shah Alam, karnival ini bermula pada 27,28, dan 29 Januari baru-baru ini..

sambutan sangat-sangat menggalakkan.. saya pergi bertemankan kawan saya Fadlina pegi ke karnival ini pada hari sabtu. keadaan lalu lintas..tak bole nak cakap...jammed teruk sangat2... ade kereta yang parking di bahu jalan..ade yang melompat ke divider..semata-mata nak terjah karnival ni.. Alhamdulilah..ramai yang suka membaca juga yer...

alhamdulilah kereta saya dapat park masuk dalam perkarangan kilang karangkraf ni.bukan calang-calang kenderaan taw..hehehe...VIP tuh..hehehe... selesai memarking kereta, saya dan fadh terus ke karnival tersebut..

pertamanya..kami ke booth sekreteriat untuk isi borang servey...dan sebagai balasan mereka memberi kami note book yang cute! kami terus berjalan lagi..sampai terpukau dengan satu pemandangan or view yang menarik..iaitu...booth..penulis-penulis novel..

antara penulis yang ada ialah Dr Hm Tuah, Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Damya Hanna, Aleeya Aneesa, peh..excitednya dapat jumpa mereka..tp..saya tak bawak buku untuk ditanda tgn...so..saya berazam untuk pegi lagi esok membawa novel untuk ditandatangani oleh mereka2 semua...

saya dan fadh meneruskan perjalanan lagi ada banyak booth yang dipamerkan disini terdapat ratusan majalah yang murah-murah dan byk juga diskaun nyer...oleh kerana saya tak berapa gemarkan majalah, saya da fadh teruskan perjalanan melawat booth2 yang ade sehinggakan di penghujung....kami nampak ada satu booth besar sangat...dan dipenuhi oleh umat manusia...

rupanya itu adalah booth jualan jutaan novel dan buku ilmiah, fiksyen, bukan fiksyen, banyak lagi..seolah-olah jadi syurga buku. the price starting at RM3.50 hingga puluhan ringgit. saya juga terkejut ada novel yang harga RM5..kebanyakkan nya novel lama, sesiapa yang ingin membuat koleksi rasanya wajar membeli novel nih..

lagi membuatkan saya impress adalah diskaun yang dikenakan pada setiap novel yang ditawarkan... sebanyak 30%... terlalu banyak, klu beli kat popular belum tentu lagi dapat 30% dan yang lebih menggembirakan, di karnival ni juga menerima BAUCER BUKU 1MALAYSIA..niat saya hari tu saya nak guna cash money, memandangkan baucer saya tertinggal di dalam kereta, so saya batalkan hasrat saya untuk borong novel yang mahal2 sekadar mana yang mampu jer..

saya lihat member saya ni borong novel macam borong makanan, sukati dia je dia nak amek yang mane satu. almaklum la dia pakai baucer kan..peh..dugaan beratur panjang sedikit sebanyak wat kami merasa lapar, selama lbih kurg setengah jam kami beratu untuk bayar sume nih..tak pasal-pasal kenal dengan makcik yang giler novel....

kami balik...dan singgah makan di pkns..

Hari Ke-2

saya kena pegi juga karnival tu walaupun terpaksa menempuh jammed yang teruk, walaupun terpaksa fight for parking, yang penting saya kena pegi juga...demi untuk jumpa penulis-penulis kesayangan...

semalam..saya pegi dengan fadh....hari ni pula saya pegi dengan mak saya! kali ini nasib saya tak baik....saya tak dapat parking kat dalam....saya kena parking jauh..adelah dalam 1km..sampai je dlm perkarangan tuh, benda pertama yang saya buat adalah pegi ke booth penulis, saya dengan membawa beg sandang yang penuh dgn novel dari rumah hanya semata untuk ditandatangani oleh abg2 dan kakak2 penulis..

saya terjah booth kak Anis Ayuni, sekarang ni di tv3 drama yang sedang popular ditayangkan adaptasi dari novel Gemersik Kalbu karya Anis Ayuni. Pertama kali jumpa penulis yang sangat saya hormati, kak Anis Ayuni sangat baik, lemah lembut, dapat bergambar dengannya.

selepas itu, saya gi booth penulis yang paling saya kagumi iaitu, Ramlee Awang Murshid..saya sangat minat dengan semua novel2nya. lagi2 novel bersirinya.. semasa menunggu untuk berjumpa dgn abg Ramlee tiba-tiba penulis novel Ahadiat Akashah pun turut serta masuk ke booth Ramlee Awang Murshid, saya tak sangka dapat juga bersua muka dengan penulis novel Lagenda Budak Setan yang sangat popular ditayangkan di layar perak.

setelah selesai urusan dengan penulis..saya mengajak mak saya untuk ke booth jualan novel yang sangat besar itu. dan hari ini baucer buku di tangan saya, byk sy belek..dan belek.. usha buku-buku yang best, tp kebanyakkan buku yang saya usha semalam dah takde (habis) sedihnya...saya amek la 3 buah novel dan 2 buku masakan..

balik...singgah makan kat seksyen 2...

















P/s: fadh...rugi tak pinjam baucer ko...aku nak beli novel cinta pandang ke-2, dgn skru dan spanar, novel tu sume da abes wehy masa aku gi ari ahad...sedihnya... nanti pinjam taw!!

Saturday, January 14, 2012

Majlis Resepsi Khai & Gee

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah..kali ini entry tentang untaian majlis Raja sehari di rumah Klang pula..











P/S: Tenx pada Abg Anas kerna sudi bg pinjam speedlite/flash.. sedih flash saya rosak.ditengah2 majlis persandingan di Kelantan... semoga saya dapat improve lagi dalam bidang fotografi ini....

Friday, January 13, 2012

Rindukan Tempat Bermain...Uitm Penang



Bismillahirahmanirahim,


assalamualaikum w.b.t

lamanya tak update blog ini, maklumlah busy...sekarang ni minggu final.. dengan gap paper yang tak berapa nak jauh sangat.so kena tumpu betul-betul.

now, baru la ada time nak bernafas sikit, boleh update blog ini..

tadi baru singgah blog adik saya Salwana, or Wana-Chomot... hehehe, bila baca entry nya pasal life dia di penang ia turut memberi kesan pada diri saya..

apa tak nyer sebab saya pun berasal dari situ, belajar di situ, di situ lah tempat saya bermain.

dan disitu lah tempat saya mengenal erti persahabatan sebenar-benarnya, dan disitulah saya mengenal apa itu ukhuwah yang kekal abadi, dan disitu lah saya kenal bagaimana susah dan perit nya kehidupan belajar ni. banyak sangat episod suka duka saya sepanjang mengaji kat uitm penang....

ya Allah, betapa rindunya saya untuk menjejaki book store, laman perdana serta laman sisiwa...di laman siswa itu la tempat skodeng saya dengan rakan-rakan..hahaha... betapa saya rindu untuk menjawab exam kat sana..... betapa saya rindu pada ayat "DIPANGGIL MASUK PELAJAR YANG MENGAMBIL KOD KURSUS BEL 180 KELAS DF1A" yang akan diucapkan oleh pengawas peperiksaan....

betapa saya rindu untuk park kete kat tempat letak kereta yang berdebu lagi berpasir itu.....betapa yang rindu untuk menjejaki kitchen dan bilik kuliah fakulti hotel..

saya rindu untuk solat di Pusat Islam...saya rindu untuk tunggu bas di pekarangan bas sebelah unit kesihatan.....betapa saya terlalu rindu untuk masuk ke kolej Baiduri yang dulu nyer menjadi tempat penginapan siswi, wing A tingkat 7 A 7.03..
saya juga terlalu rindu untuk lepak di food coart.....di belakang sana...

saya tak sabar untuk kembali ke uitm penang......walaupun terlalu banyak perubahan, tapi ia masih tidak mengubah 1001 kenangan saya ni,

satu hari nanti pasti akan ku jejak kaki ini ke sana.............






P/s: angau dengan Uitm Penang