Sunday, June 20, 2010

Handphone Canggih dan Sejauh Mana Keperluannya


Bismillahirahmanirahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulilah bersyukur kita ke Hadrat Illahi kerana ana masih di kurniakan kudrat untuk menulis lagi untuk menyampaikan pesanan dan sedikit ilmu kepada sahabat-sahabat yang ana kasihi.

dalam era globalisasi ini, teknologi makin meningkat seiring dengan peredaran masa. oleh itu penyampaian maklumat dan pencarian maklumat menjadi lebih mudah dan hanya berada di hujung jari sahaja. dengan teknologi juga banyak memberi 1001 manfaat sekiranya ia digunakan pada jalan yang betul.

Handphone, handphone, dan handphone. kita semua sudah sedia maklum dengan salah satu hasilan benda kecil ini daripada teknologi. apa gunanya handphone? penting kah? jujur ana katakan, handphone penting dalam hidup ana dan ana juga pasti sahabat-sahabat ana juga berfikiran seperti ana.

handphone ialah jaringan komunikasi yang hebat, pada awalan penciptaannya handphone hanya untuk menghubungi dan hanya boleh menghantar mesej melalui sms iaitu short mesej system. tetapi oleh kerana arus kemodenan dan teknologi semakin meningkat terdapat banyak hasilan handphone yang bukan sahaja boleh menelefon dan menghantar mesej tetapi terdapat banyak function-function seperti radio, games, camera, bluetooth, wifi, mp3, dan 1001 function yang semakin lama semakin diupgrade kesemuanya.

sekarang kita perhatikan permintaan kepada handphone semakin meningkat. saban waktu ada sahaja new release handphone yang pelbagai bentuk, warna, design, dan function yang tersendiri. ada yang sanggup membelanja ribuan ringgit untuk memiliki handphone yang baru sahaja keluar. jenama Nokia, Sony Ericson, Samsung, Motorola, HTC, dan banyak lagi lah

secanggih mana pun handphone kita, walau beribu2 wang dihabiskan untuk membeli handphone yang canggih,tetapi pernah kita terfikir adakah keimanan kita juga sentiasa diupgrade sepertimana handphone kita? adekah akidah kita semantap function di dalam handphone kita, dan adakah akhlak kita secantik warna dan design di handphone kita? fikir-fikirkan lah wahai sahabat-sahabatku.

adik kecil kita yang berumur 7 tahun bisa menggunakan handphone canggih, MasyaAllah begitu teknologi ini memberi impak kepada semua golongan. ada handphone canggih tidak salah, asalkan kita pandai menggunakannya, dan jangan salah menggunakannya kelak merana. sepertimana segelintir manusia yang menyalahgunakan handphone seperti mendownload video-video lucah, games yang tidak sepatutnya, ini boleh menggelapkan hati dan sekaligus memudarkan iman.

gunalah handphone dengan betul dan jangan kerananya kita leka dengan suruhan Allah, Nauzubillah, moga di jauhkan, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang dipayungi rahmat Allah sentiasa. Ameen

Wallahualam...

1 comment:

  1. salam..

    sesungguhnya setiap kemudahan itu jika kita gunakan ke arah kebaikan maka akan mmberi seribu satu manfaat. sebaliknya jika kita gunakan ke arah keburukan maka buruklah ia.

    mabruk ats penulisan yg ringkas tp menarik:)

    ReplyDelete