Thursday, September 1, 2011

Saat yang dia mahu pergi.

assalamualaikum,

tak tergambar betapa pilu nya hati in apabila orang yang tersayang bakal pergi jauh, sangat jauh dariku,tiada lagi usikan mesra, tiada lagi panggilan manja, tiada lagi bisikan semangat, dia punya kehidupan dia sendiri.

kini, seumpamanya aku tiada lagi bermakna disamping...aku sudah terletak jauh di tangga kebawah sekali.

dia punya satu kehidupan yang dimana aku tiada lagi disisinya...

dizaman kecil-kecil dahulu, terdapat 1001 kenangan yang sangat indah antara aku dan dia....tetapi...aku tidak rasa seperti diulang tayang..dia punyai kehidupan yang baru, yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

kini aku bergerak keseorangan tanpa bayangan dari insan yang paling ku sayangi, kini aku hanya melayari kehidupan perseorangan sedang dia sudah lengkap serba serbi..

aku seperti tidak rela mahu melepaskan dia pergi, kerana tiada apalah lagi harta ku selain dia...kini dia melangkah pergi..

tanggal 2 September 2011 jam 11 pagi ini, dia melayari suatu alam yang baginya yang paling bahagia.. bersama dengan insan yang paling dia sayangi..

seperti aku tidak sanggup melihat dia bakal menikahi dengan perempuan itu, seperti tidak mahu aku mendengar segala lafaz ijab dan qabul dari mulutnya...seperti ingin ku berhentikan masa agar tidak ke hari esok..

sepertinya aku terasa yang air hangat ini tidak berhenti-henti mengalir turun ke pipi..dan seluruh sendi terasa luruh dan tidak mampu menghadapi hari esok....

sepertinya tangan ini terketar-ketar untuk menekan butang di kamera ini untuk merakam saat2 manja yang dahulunya pernah ku miliki. ..

sepertinya yang kaki ini terasa sangat lemah untuk meniti hari esok....

sepertinya terasa yang tiada lagi sisa kekuatan yang berbaki di dalam hati....

sepertinya aku tidak bersedia menerima KEHILANGAN......................

Allah..tabahkan hati ini...kuatkanlah hati ini, cekalkanlah hati ini..agar semuanya lancar dan baik-baik sahaja esok......
walaubagaimanapun.....aku tidak bersedia berkongsi kasih...
aku seperti tidak bersedia melihat kemesraan mereka....

aku seperti terasa mahu melangkah membawa diri jauh-jauh dari hidupnya...

aku tidak mampu nak beri support padanya sedangkan diri ku ini masih lemah tanpanya.....