Wednesday, May 2, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol. 11

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Wbt...

Dan bermula lah minggu baru, dan gerak kerja untuk PSK SMK Dato Onn pun terus bergerak aktif.  syalwana yang masih terkial-kial membuat kerja yang dia tak biasa buat, tidak mengapa la, itu juga satu proses pembelajarankan? sedang yang lain juga sibuk membuat kerja, dan saya juga tidak ketinggalan untuk menjadi pemerhati antara mereka. 

dan aktiviti yang saya nantikan untuk minggu ini adalah UPtown! uptown..ape plak uptown tu yer.. urm..setahu saya uptown itu adelah jualan besar-besaran yang menjual perlbagai jenis barang termasuklah makanan, pakaian, minuman, assesori, tapi saya tak tahu uptown di uitmpp ni macam mana, susah nak bagi gambaran. yang penah saya pergi ialah gerai keusahawanan. dan gerai keusahawanan itu terletak di tempat letak moto yang kini telah diupgrade menjadi tempat letak moto berbumbung. hebat uitmpp ini, baru setahun lebih saya tinggalkan, tapi perubahannya sangat cepat dan drastik. apapun saya tetap nantikan uptown.

ya! dan hari ini, setiap ada masa, mesti kami akan dinner sama-sama, tapi kali ini macam banyak muka baru.tapi muka lama tetap setia. terima kasih ya! dan ada bincang-bincang kecil mengenai uptown. dan kali ini saya lihat si dia terlibat dalam uptown. wow...menjual kaw jah!! dan selepas makan ini ade lah meeting-meeting kecil, saya hanya dengar apa yang patut. 

"kak, saya nak minta tolong bole?" kata seorang gadis. 
"ya?" kata saya.
"esok kak free tak? bole tak teman saya beli barang untuk uptown...bla..bla..bla.." explain si gadis itu.

mendengar saja uptown saya terus angguk tanpa mendengar explaination nya yang panjang lebar. saya sangat excited sebab terpilih untuk membeli barang uptown. dan esok jam 10.30pagi, si gadis itu habis kelas, dan kami akan terus ke shopping complex untuk beli barang2.

dan majlis makan malam itu, sangat best, meja panjang sangat2..gabung meja, yang penting buat kat foodcoart kolej nilam, kolej si dia, bilik dia tingkat 3, bole nampak dari bawah. hee. skodeng...

dan saya di minta oleh abg TP tok memberi sepatah 2 kata, saya tak tahu nak kata pa. saya merepek apa tah kat depa semua, yang penting amanat dan kata sokongan tak lekang. 

dan perpisahan berlaku lagi malam itu, dan dayah send no. dia kat saya, ntah dayah minta kebenaran ke tak untuk bagi no. dia ke akak. dan selepas mengucapkan selamat tinggal. kami masing-masing membawa haluan. dan meeting PSK juga tidak dilupakan, pada hari selasa rabu dan khamis. 

Keesokan Harinya (Isnin)

ya..saya bangun awal, agak awal, dan temujanji dengan si gadis itu jam 10.30 pagi, but now batu pukul 9pagi, tapi saya teringin nak mandi lah. masa saya nak ke bilik air tiba-tiba hp saya berdering-dering menandakan mesej masuk. 

"kak boleh minta tolong tak, tolong ajar saya buat asgnment"

ouh..farhan daud hantar mesej kat saya, selepas membalasnya saya segera mandi. saya segera siap. siap punya siap, tengok jam di tangan jam menghampiri pukul 10 pagi, saya ada setengah jam ja untuk ajar farhan daud. 

dan saya bergegas keluar, dan terus masuk ke dalam library yang sememangnya sunyi sepi time ini, dan dari jauh saya nampak susuk tubuh farhan daud dan dia melambai-lambai ke arah saya. dan saya terus mendapatnya dan duduk di sebelahnya. dia menghalakan laptopnya pada saya untuk diteliti. saya teliti satu persatu. 

"tugas saya untuk combine semua assignment ini dan anta petang ini" kata farhan daud.

haa...kerja compile mencompile ni memang kerja saya lah. senang ja nak compile assignment nih. tapi bila melihatkan kawan-kawan farhan daud ni punya hasil kerja wat saya pening seketika. agak terkesima.

"ini ja dik?" tanya saya
"ya kak, ini lah" balas farhan daud

dan untuk compile assignment farhan daud ini agak susah, sebab maklumat yang diterima tunggang terbalik. tak pa..tak pa masih ada masa, jam menunjukkan jam 10.20pagi. dan saya cuba wat dengan sepantas mungkin. 

tiba-tiba hp saya ni bergetar, ada kol. owh gadis itu!! 

"kak kat library, bole masuk kejap tak, kak tengah ajar orang nih, kamu xda kelas kan lepas ni"

dan dua susuk tubuh gadis itu masuk ke library dan menuju ke tempat kami. dan mereka melabuhkan punggung di hadapan kami. setelah berbual seketika. mereka meminta izin untuk cari bahan rujukan. dan tumpuan saya masih di laptop farhan daud. dengan bantuan tetikus, cepat saja saya pindahkan maklumat dari ke satu file ke satu file. 

dan hp saya bunyi lagi, kali ini syalwana kol, untuk bagi kek kat saya. dia ada kelas kitchen, dan dia bagi kek kat saya. sedang saya sibuk meneliti, saya ternampak, seorang lelaki dan perempuan yang saya tidak kenali duduk di hadapan saya. ya! itu la group farhan daud yang bekerjasama untuk membuat assignment. dan saya bergegas meninggalakan diorang semua untuk jumpa syalwana. 

setelah saya kembali di tempat duduk itu saya dapati kawan-kawan farhan ini merungut tak tentu pasal. mereka terkejut dengan kehadiran saya. saya cuba low profile.

"kak baru sem 3"kata saya.
"ala..kak oi..sem 3 degree" kata farhan terus tanpa cover. dan kawan2 nya terkejut.

saya masih lagi meneliti assignment itu, dan saya perasan, introduction dan conclusion tak buat lagi. untuk wat introduction dan conclusion tak susah kalau ada rujukan. dan saya kena baca balik point-point mereka. anak mata ini mula menari di layar skrin laptop farhan untuk mulakan pembacaan, dan seketika saya tengok guideline assignment. dan jari saya mula mengetuk-getuk papan keyboard. alhamdulilah idea datang mencurah-curah, farhan daud wat assignment pasal starch, rasanya saya tak da masalah kot, sebab sem lepas saya baru amek food sains dan tajuk starch merupakan tajuk yang penting. dan sedikit sebanyak asas tu saya ada. 

dan mata saya kadang-kadang menjeling jam, sudah menghampiri jam 12 lebih, nasib korang lah gadis-gadis saya, nasib tak da kelas. cepat sangat masa berlalu. masih ada lagi rungutan dari kawan-kawan farhan daud, biasalah dalam group mesti ada sleeping partner.

"bukan sleeping partner la kak! passenger!!"kata farhan daud. 
"hah!"kata saya.

dan farhan pun membebel la, semuanya, dan tumpuan saya padanya bukanlah 100% tapi hanya pada assignment yang di depan matanya. dan kesemua ahli group farhan dah sampai, saya ternampak ada lelaki yang duduk berhampiran kami dan hanya memandang dengan wajah kosong.

"dialah kak" bisik farhan daud pada saya.

saya hanya menggangguk-angguk ja. dan jari saya kadang-kadang terberhenti disebabkan ketandusan idea. masih memerah ingatan sem 3 apa yang penah Dr. Chemah bebelkan tentang starch ni. Dr. Chemah ini adalah lecturer saya yang mengajar subjek food sains dan sekaligus merangkap Ketua Program untuk food service nih. 

dan berita buruk ada ura-ura mengatakan ada presentation, saya nampak muka stress pada kawan2 farhan daud nih. farhan daud mula merungut, saya cuba tenangkan dia, jam saya sudah ke pukul 1.40 ptg waktu zuhur mulai masuk kerana sayup-sayup saya terdengar azan di luar sana. 

dan saya terus menghabiskan baki-baki assignment itu. dan terlihat 2 orang gadis sudah lama menunggu dan serba salah dengan mereka sebenarnya. saya habiskan taip untuk ayat terakhir dan DONE!! FINISH! siap da assignment itu. 

"report kak da siapkan, tinggal wat slide ja, kejap ja bole wat slide" kata saya.
"thanx kak" kata farhan.

lepas itu saya terus tinggalkan mereka dan pergi bersama 2 orang gadis yang bagi saya agak asing sebab saya rasa saya tak pernah jumpa mereka selama saya ada kat penang melainkan semalam.

kami terus ke kereta dan bergerak ke perda. nak pergi beli barang kat easy shop perda! tapi sebelum tu saya lapar, sangat-sangat lapar. saya singgah makan kat perda, makan tengah hari, mereka tak banyak songeh, ikut ja!

"kat sini teh o ais nya just RM0.50 ja..murah kan?"

mereka ternyata terkejut dengan kenyataan saya. mana mungkin dapat air teh o ais RM0.50 ja. kat klang memang tak dapat. sebab tu saya nak berhijrah di penang nih. semuanya murah!!!

"kak sedap lah kat makanan kat sini, kami bosan asyik makan kat kolej ja" kata mereka.

kami makan sambil bertaaruf, dan untuk pertamanya saya habis makan! kalau si dia nampak pinggan saya licin, mesti dia teruja sangat-sangat. 

dan kami meninggalkan kedai makan ini untuk terus ke easy shop membeli belah. antara barang yang nak dibeli ialah, barang2 yang non perishable seperti kertas bungkus, air botol, cawan polistren. 

setelah membayar harga barang, kami terus ke perda lagi untuk cari cawan untuk isi float. cawannya tak besar..dan tak kecil, satu perda saya bawak mereka. saya berhentikan kereta di depan kedai LAI LAI. lai lai ialah bahasa mandarin yang membawa maksud datang datang! mereka berdua mencarilah cawan yang mereka nak itu. saya pula ke kedai depan nya untuk cari benda yang sama. sebab saya tahu kat lai lai tak de.! kih3 dan pencarian saya berakhir kerana saya berjaya menjumpai cawan yang dicarikan itu. setelah membayar dan meminta resit saya keluar dan saya nampak mereka menggelabah mencari saya. saya menuju ke mereka sambil menunjukkan cawan itu..
"ni kan?"kata saya..
"haaa...!! ni lah!!!! kak beli kat na?" kata mereka.
"kat situ."jelas saya seraya menunjukkan kedai di hadapan lai lai. dan itu lah mereka Adillah Nazurah dan Shakina Padli, saya mula mengenali mereka masa ini, dan yang lebih memeranjatkan mereka junior saya, diploma foodservice.

tiada apa lagi nak cari, jom pulang, hari beransur petang, tak sabar nak mulakan perniagaan esok. esok kena beli barang yang mudah cair pula. seperti askrem, dan fries. 

agak letih untuk hari ini, tak pe demi mereka, demi melihatkan semangat mereka untuk bersatu menaikan nama ikram. saya tak kisah berkorban apa sahaja. dan hari ini saya lihat mereka gembira di ikram.

urm..malam ni dinner lagi, saya bercakap dengan dia, esok pergerakan agak serabut, saya terpaksa menggunakan khidmat moto dia untuk memudahkan pergerakan kami. saya dan Adillah Nazurah akan bersama-sama untuk beli barang uptown nanti..

mudahnya dia bagi saya pinjam moto dia, tapi sebelum itu saya da tunjuk lesen saya padanya,

"pengalaman naik moto sejak dari form 2, memiliki lesen moto pada form 5, excident 3 kali,"jelas saya.
"tak pa, nah kak kunci nya,takut esok saya tak sempat nak bagi kak"kata nya seraya memisahkan kunci biliknya dan memberi kunci moto nya pada saya.
"kunci itu?"tanya saya
"ni kunci bilik saya"kata nya.
"kak nak!" kata saya seraya senyum nakal. dia hanya ketawa dan senyum
"jom kak" kata-kata nya itu mengundang ketawa saya. nakal juga dia nih!

dan selepas itu, macam biasalah, terpisah la kami semua. saya kembali ke bilik. menunggu hari esok. saya meneliti kunci motonya yang telah saya satukan dengan kunci kereta saya. saya tenungkan sahaja kunci-kunci itu, dan terasa angin luar meniup lembut, rata-rata yang lain sudah enak dibuai mimpi. mata saya masih terkebil-kebil letih menguasai diri tapi otak masih gagah berfikir apa yang bakal saya hadapi hari esok. dan saya pastikan, esok adalah merupakan satu memori indah yang takkan saya lupakan.

jom tidur..si dia pasti lena tidur dah,esok kan dia ada kelas.. HaHaHa (gelak jahat) bukan pada dia sahaja, tapi semua sekalian adik-adik saya. semua ada kelas esok..hehehe.


dan sekuat mana mata mampu menahan.akhirnya terlelap juga.


moga esok ada pelangi yang menyinar hidup kita semua.


TO be continue..


P/s: saya sayangkan kamu semua.