Thursday, June 3, 2010

Wo ai ni Allah..


Bismillahirahmanirahim.. (dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum wbt (salam sejahtera ke atas kamu)

Hari ini ana ke pasaraya, ana hendak beli barang dapur.. Alhamdulilah rezeki masuk lagi, kelmarin, wat mee kari, kali ini buat nasi lemak untuk 200 orang makan.. Alhamdulilah syukur.. kena tolong ummi ana... di pasaraya, ana melihat karenah manusia-manusia yang bermacam-macam.

tiba-tiba mata ana terlihat pasangan yang berjalan sambil berpegang tangan, berjalan masuk menuju pasaraya, lelaki dan perempuan dalam lingkungan 20-an. terdetik dalam hati ana, "mereka ini sudah bernikah ke?, kalau sudah Alhamdulilah, tapi kalau belum..hurmm," "xpela, ana fikir positif, bahawa mereka itu sudah menikah,"

Didalam hati syaitan menghasut-hasut hati ana supaya membayangkan, kelak apabila ada orang yang disayangi oleh kita. mesti seronok kan.. kita dibelai dengan kata-kata cinta, asyik-asyik bermesej2 dgn mesej yang jiwang yang membuat kita sentiasa diawang-awangan. Astaghfirullahalazim..... ana beristighfar..

memang fitrah manusia yang ingin disayangi, ingin dicintai, ingin dirindui, ingin dikasihi. ana juga salah satu daripadanya. kita nak disayangi oleh keluarga kita, kita nak dirindui oleh sahabat-sahabat kita, kita nak dicintai oleh teman lelaki/perempuan kita. pendek kata kita nak dikasihi oleh seluruhnya..

tetapi..adakah kita pernah terfikir, adakah kita nak disayangi oleh Allah S.W.T? adakah kita perlukan kasih-sayangNya? tepuk dada tanya iman di hati...
itulah kita, terlalu mengagungkan cinta sesama manusia, fanatik, fantastik, bombastik, dgn apa-apa lagi yg sama waktu dgnnya.. sedangkan Allah tidak penah lupa pada setiap hamba-hambaNya, adil kah begitu???

oleh itu, marilah kita sama-sama mencintai Allah. banyak caranya untuk kita menyemai rasa cinta kita pada Allah.

  1. sentiasa mengingatiNya, seperti mana Dia yang tidak pernah lupa pada kita,hambaNya, dengan cara berzikir.
  2. membaca Al-quran
  3. membaca buku-buku agama, motivasi, ilmiah
  4. menjelajah di seluruh pelusuk dunia untuk menghayati kebesaran Allah
  5. berfikir setiap kejadian yang telah Allah jadikan. seperti "proses kejadian manusia" "pembentukan hujan"
Apabila kita mencintai Allah, kita akan mendapat ketenangan yang luar biasa, kalah dengan ketenangan air terjun, kalah dgn ketenangan hutan rimba, ketenangan luas biasa yang ana maksudkan ialah ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Allah Maha penyayang dan Maha Pengasih.. apabila hambaNya mencintaiNya sekali, maka Allah akan mencintai hambaNya 10 kali.. Subahanallah... hebat sungguh...

wahai sahabat-sahabatku, cintailah Allah.. kerana ianya kekal abadi untuk selamanya.. Wo ai ni Allah.. Saya sayang Allah, I love Allah, nescaya kamu akan mendapat ganjaran pahala dan ketenangan yang luar biasa dari Allah S.W.T.
Waallahualam....











1 comment:

  1. salam alaik..

    coretan yang ringkas tapi menarik. cintailah Allah kelak kamu akan mndpat kebahagiaan dan ketenangan dunia dan akhirat..;)

    ReplyDelete