Wednesday, June 9, 2010

Result...owh Result... Sejauh Mana kita Takutkannya


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum....

"Tanggal 10 june 2010 jam 12 tengah hari keputusan peperiksaan semesta akan keluar, sila log in ke uitm student portal untuk melihat keputusan anda terima kasih"

"alamak result keluar lah, Ya Allah...takutnya..dapat berapa yer?"

"ala kau mesti cemerlang punya la.."

"wehy..berdegup-degup jantung, sampai nak terkeluar"

"10 june, tidak sihat.."

"pada 10 june, no call, no mesej, no online"

lihat.. banyak rintihan-rintihan yang berlaku dikala keputusan peperiksaan hendak keluar. di laman sosial seperti facebook juga terdapat banyak luahan hati tentang takutnya keputusan yang bakal keluar esok..

ana juga tidak terkecuali, merasakan hebatnya getaran jantung ana ni. seluruh pelajar uitm seMalaysia pasti tidur tidak lena malam ni kerana memikirkan result exam mereka. terus terang ana juga merasakan sedemikian. risau hati ini.

akan tetapi, kita kadang-kadang terlalu risaukan result kita ni sampai mengabaikan ketakutan kita pada Allah, Nauzubillah.. kita terlalu takutkan result kita, melebihi segalanya.

"kalau aku fail macam mane nih?, nak jawab apa dgn mak dan ayah, mereka pasti kecewa"

"kalau tak dekan sem ni rugi jer.. xle pakai selempang, anugerah naib cancelor (ANC),"

"wehy.. kalau repeate, buang masa lah..banyak lagi yg nak kena cover"

begitulah rintihan-rintihan yang kita selalu dengar dalam kalangan kawan-kawan kita. tapi marilah kita fikirkan sejenak, kita perlu tahu yang kejayaan itu milik mutlak Allah. jadi, hanya Dia lah yang layak memberi kejayaan kepada hamba-hambaNya. kalau tiada usaha, macam mana nak dapat kejayaan? sebab itu lah kita harus aplikasi 3 kombinasi ini iaitu "Usaha, Doa, Tawakal"

apabila kita sudah berusaha sebaik mungkin, kita akan berdoa kepada Allah semoga mendapat kejayaan, dan selepas itu kita akan bertawakal, berserah kepada Allah atas qada dan qadarnya.

jikalau kita gagal di dunia..tidak bermakna kita gagal di akhirat, jikalau kita berjaya di dunia, belum tentu kita akan berjaya di akhirat. Oleh itu, sahabat-sahabatku, redha lah dengan keputusan peperiksaan kita, walaupun sedikit, walaupun gagal, walaupun kena repeate, walaupun dekan, walaupun jatuh pointer kita, bersyukurlah... kerana semua itu ada hikmahnya. dan sesungguhnya Allah tidak akan memberi sesuatu kepada hambaNya dengan sia-sia.

usaha lagi jikalau kita gagal, minta keredhaan pada Allah, belajar umpama berjihad ke jalan Allah, memperjuangkan ilmu Allah, belajar itu ibadah, lakukan sebaik mungkin untuk dapat keredhaan Allah.

takutkan Allah, tidak salah kalau kita risaukan result exam kita ini, tetapi jangan berlebihan, jangan sampai mengatasi ketakutan kepada Allah.

Allah Maha Pemberi Rezeki, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui...

InsyaAllah jikalau kita sudah usaha sebaiknya, dan berdoa kepada Allah, serta berserah kepadaNya, InsyaAllah.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita semua..

kepada sekalian sahabat-sahabatku uitm seMalaysia, ana mengucapkan selamat maju jaya, good luck untuk keputusan exam esok, (hari ni la..tgh hari nanti.. jam 12 tgh hari) semoga kita semua memperoleh keputusan yang cemerlang, dan semoga kita semua cemerlang, bukan sahaja didunia tetapi di akhirat juga... Ameen... Waallahualam....

No comments:

Post a Comment