Tuesday, September 17, 2013

Pendidik mendidik terdidik dan dididik

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt

terasa lama sangat tak uodate belog seindah muslimah ni..hakikat hidup di dunia yang tak pernah lekang dari kesibukan dunia dan mecari pahala buat bekal di akhirat kelak.

dan selama-lama ni hanya mengharao redha dari Allah agar dipermudah segala urusan dunia ini

setelah habis final exam julai tempoh hari, ku membawa diri ke kedai kedai bagi mempertajamkan skill ku dalam bidang bakeri. segala kenangan dan pengalaman sangat berharga kerana ku dapat belajar banyak benda.

kakak owner dan kakak assistant sangat baik hati dalam mencurah ilmu pengetahuan mengenai bakeri ni.

banyak jenis biskut dan kek yang dapat ku pelajari di sini.. *lebih-lebih lagi biskut raya..sebab time ku keje tu bulan ramadan

setelah syawal menjelma aku lanjutkan karier ku terus ke bidang pendidikan.. aku terus di terima bekerja sebagai lecturer di salam sebuah akademi perlancongan di ampang ni.

kehidupan aku sebagai lecturer sedikit sebanyak mengajar aku erti kesabaran yang amat tinggi, dalam utk menghandle pelajar-pelajar yang datang nya dari pelbagai genre.

ramai rakan-rakan lecturer yang aku kenali dan mereka semuanya baik-baik belaka.

tugas sebagai pendidik adakalanya mencabar minda dan menta serta fizikal..

walau teruk macam mana pun beban ku sebagai pendidik, dugaan ini harus ku hadapi dengan tabah.

tiada jalan mudah untuk berjaya.. tiada jalan pintas untuk ke menara gading

tiada jalan yang singkat untuk mengapai kejayaan..

tiada apa yang indah andai redha Allah kita dapat gapai...

tiada apa yang indah andai Cinta Allah dalam hati kita...

moga jalan yang bakal dilalui membuka 1001 peluang rezeki untuk menuju bahagia..

aamiinn...


Wednesday, June 12, 2013

Setelah sekian lama terdiam....dan menyepi..

Bismillahirahmanirahim..

aduhai...dah berabuk rupanya blog saya ni.. kekangan masa membuatkan saya terus diam menyepi untuk mengupdate kembali...  In Shaa Allah..masanya akan tiba..pelbagai cerita suka dan bahagia bakal dikongsi di sini....

syukran....
jazakumullah..

Friday, March 29, 2013

Cerita demi cerita..

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Huaaa...banyak sangat benda yang saya nak cerita, tapi apakan daya..masa tak ade la.. rindu sangat nak mengarang..tak pelah.. nanti sampai masa saya akan update kembali.. mohon doa dari semua ya..