Saturday, February 12, 2011

New SnipeR Release..... Nikon D3100



Moga-moga...selepas ini..boleh menjadi fotografer yang cekap,

moga-moga dengan benda ini (sniper) boleh membawa berkat....berdakwah..

moga boleh snap pic cantik-cantik....masih dalam proses pembelajaran..

harap-harap..sahabat-sahabat... boleh bantu saya snap pic dgn lebih smooth...

saya budak baru belajar......

minat sangat dalam dunia fotografi ni..

thanks to djah sebab suntik minat saya dengan lebih mendalam....

sila beri tunjuk ajar yer..huhuhu





P/S: moga benda ini boleh memberi manfaat...ameen...hanya mengharapkan keredhaan Mu ya Allah....

excited separuh mengharap......cepatlah.... tak sabar nih......

Friday, February 11, 2011

Ku Akui Cintamu- Aiman

Aku mula merasakan
terbitnya kasih
bagai mentari
menyinar terang waktu siang

waktu..telah menyatukan
keikhlasanmu kejujuranku
di dalam satu pertemuan

c/o
dan bila ku akui cintamu
mula bertapak mula bertahta
hilanglah sudah kisah duka lama
dan kita mula melangkah berdua
seiring sama dalam kembara
mengenal apa itu erti cinta

kini ruang kekosongan
mula terisi dan dilakari
seribu satu warna kasih

dan bila ku akui cintamu
mula bertapak mula bertahta
hilanglah sudah kisah duka lama
dan kita mula melangkah berdua
seiring sama dalam kembara
mengenal apa itu erti cinta

akan datang badai taufan yang menghempas
ohh.. dan mencabar, namun kita mesti tabah
dan teruskan perjuangan ohh...

dan bila ku akui cintamu
mula bertapak mula bertahta
hilanglah sudah kisah duka lama
dan kita mula melangkah berdua
seiring sama dalam kembara
mengenal apa itu erti cinta

waktu telah menetukan
keikhlasanmu kejujuranku
jadi satu...

ku akui cinta.........





Nikah gadis TANPA DARA


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum,

alhamdulilah, Allah masih memberi peluang kepada ana untuk menyampaikan sedikit sebanyak ilmu untuk dikongsi pada rakan-rakan semua.

soalan: apa hukum memilih gadis yang telah tiada dara sebagai isteri? adakah terdapat perbezaan hukum bagi gadis yang tiada dara tentang haknya membuat keputusan untuk berkahwin?

dalam Islam, janda diberi keistimewaan untuk membuat keputusan untuk bernikah tanpa perlu kebenaran walinya. apakah ia nya sama pada gadis yang tiada dara?

status janda atau tidak (bagi perempuan yang tiada dara)
adakah gadis yang tiada dara itu dianggap janda? berdasarkan sedikit huraian dari Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-mughni yang menjelaskan status seorang gadis kehilangan dara berdasarkan sebab-sebab yang seperti berikut:
1. jika selaput dara (hymen) gadis itu rosak, koyak, KERANA TERJATUH, atau kerana KELUAR ALIRAN HAID YANG TERLALU BANYAK, atau KERANA TUSUKAN JARI, KAYU, dan sebagainya maka HUKUMNYA masih sebagai GADIS/DARA

2. jika gadis itu bersetubuh MELALUI DUBURNYA, maka statusnya tidak berubah menjadi janda. kerana hukum menjadi janda hendaklah disetubuh memalui farajnya.

3. jika hilang daranya kerana persetubuhan TERPAKSA atau disetubuhi ketika tidur. maka hukumnya sama seperti janda mengikut pandangan yang terkuat. tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan hukumnya masih seperti gadis.

jika gadis tersebut hilang daranya ketika persetubuhan secara sedar maka:

1. menurut mazhab Imam Ahmad dan Al-Syafi'i, gadis yang telah disetubuhi melalui farajnya sama ada persetubuhan itu halal atau haram maka statusnya tetap dikira sebagai JANDA. contoh di dalam kitab Kifayah al-Akhyar (mazhab Syafi'i), Syeikh Taqiyyuddin al-Hisni menjelaskan : "Janda ialah wanita yang TELAH HILANG SELAPUT DARANYA melalui persetubuhan sama ada persetubuhan tersebut HALAL atau HARAM,SYUBHAH,ZINA. Adapun jika terjatuh atau menusuknya dengan jari atau kerana aliran darah haid yang kuat atau kerana lama membujang (tidak berkahwin), maka mengikut pandangan yang sahih,hukumnya masih seperti DARA/GADIS

2. menurut Imam Malik dan Abu Hanifah pula gadis yang disetubuhi secara tidak halal iaitu zina, maka hukumnya masih dikira gadis (bukan berstatus janda)

3. Imam Abu Hanifah memperincikan pendapatnya dengan menyatakan bahawa gadis yang kehilangan dara kerana zina masih dianggap gadis dengan syarat penzinaannya itu tidak diketahui umum. adapun jika penzinaannya diketahui umum atau pernah dikenakkan hukuman kerana kesalahan zinanya itu maka gadis itu dikira sebagai janda. (Imam al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, jil.4, hlm 225)

kesimpulannya, ingin ana tegaskan kepada sahabat-sahabat ana khususnya kaum hawa, peliharalah diri anda daripada terjebak dengan kancah zina, dan peliharalah kehormatan diri sebaiknya. ini kerana sesetengah lelaki soal dara atau keperawanan itu menjadi yang UTAMA kerana ia melibatkan soal MARUAH. jika selaput dara belum terkoyak itu menandakan bahawa wanita itu masih terpelihara dan belum pernah melakukan hubungan seksual dengan mana-mana lelaki. maka jagalah ia sebaiknya.

untuk kaum adam pula, fahamilah selaput dara hanya satu membran elastik yang nipis yang terletak di pangkal vagina. ia boleh terkoyak disebabkan SUKAN AKTIF, seperti menunggang kuda, gimnastik, memanjat gunung, lompat tinggi. Justeru, jika hilangnya selaput dara bukan disengajakan maka jumhur ulama menetapkan bahawa gadis itu masih dalam hukum seorang perawan. hymen yang terkoyak semasa bersukan dan melakukan aktiviti lasak bukanlah bermakna gadis itu TIDAK DARA LAGI. erti keperawanan dalam Islam ialah wanita yang terjaga daripada hubungan seks luar nikah sehinggalah dia berkahwin dengan pasangannya yang sah.

moga post ini bermanfaat untuk seluruh muslimah di luar sana.....
sama-sama muhasabah diri...

p/s: jadilah wanita seperti didalam kaca, cantik dilihat tetapi susah untuk digapai..
moga2...
jadilah seperti mawar berduri cantik dipandang tetapi sukar didekati....
mo0d: sedih...sob..sob..

SEINDAH MAWAR BERDURI



HANYA SELEPAS NIKAH

Tuesday, February 1, 2011

Bosan..


Assalamualaikum...

lama ana x update blog ni..first..ana bosan..ana sangat bosan.......
entahla..macam-macam bermain di kepala ni..samapai ana bosan..
di depan mata ana..ana lihat manusia suka menjatuhkan antara satu sama
lain..tiada yang membantu..semua menjatuhkan..

berbanding masa dulu-dulu...bantu-membantu antara satu sama lain..apabila
melihat seseorang jatuh.. pasti ramai yang akan tolong....sudah pupus ke
orang-orang yang macam gitu..

serius...bosan...hurm...x suka tengok keadaan ini..
dan lebih parah lagi diri ini jadi mangsa....
terkorban...dalam kejatuhan itu...
entah...habis..kalau dah jatuh..
memang..terus menerus..menjadi korban...~~

aneh dunia nih....~~