Wednesday, July 4, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah vol 13

bismillahirahmanirahim..

assalamualaikum wbt..

di waktu dinihari, saya mengankat tangan berdoa agar dipermudah urusan hari ini. selepas selesai solat,saya terus kejut wana, dia agak kelam kabut bangun dan terus mandi dan solat, dia ade kelas pagi ini. pagi ini pula saya ada urusan di fakulti, nak membeli belah..di kitchen. 

setelah wana pergi ke kelas, tinggallah saya keseorangan, sambil menanti jam 10 untuk ke fakulti. saya terlelap seketika dan apabila bangun jam sudah pun menginjak ke jam 9.30pg, saya lekas bersiap untuk ke fakulti. bila saya ke kitchen butcher untuk membeli belah,saya lihat pembantu2 makmal terkejut melihat saya. dan alhamdulilah, mereka masih ingat saya. kami berbual panjang sangat2..

byk juga barang yang saya beli, pisau carving, parring knife,baju, scarf, measuring cup, byk lagi.. selepas meminta diri, saya terserempak dgn chef kesayangan saya, chef syakir, dia menyuruh saya singgah ke kitchen untuk berjumpa dengannya, saya masa itu hendak keluar sebentar, saya berjanji padanya yang lepas habis urusan ini saya akn terus berjumpa dengannyer.

saya cepat-cepat habiskan hal, dan terus jumpa chef syakir, sangat2 excited, dia lah chef yang terbaik. yang suka membantu pelajar2nyer. dia ni pantang juga diajak bergambar, memang xkn penah menolak, dia juga suka sgt tersenyum..

kami berborak panjang dalam kitchen yang maha sempit nih, berbeza dari zaman saya sebab kitchen saya dulu tersangatlah luas, siap boleh main kejar-kejar lagi. tapi sekarang, nak lalu pun susah, sempit, kdg2 tergesel bahu dan punggung. chef syakir ajar budak kulinari subjek malaysian cuisine, mereka masak untuk dijual di depan kitchen butcher, haha.
"dila nak ape? amek je, saya bagi,nk lontong? nk karipap? nk mee sup, banyak nih.." pelawa chef,
saya sememangnya sedikit malu apabila dipelawa sebegitu rupa, 
"apa-apa jela chef"kata saya.
chef tu terus memasukkan kuih muih melayu, dan mee sup dan memberi padaku,
"amboi banyaknye chef.."kata saya
"ala...tak pela, bukan selalu awak datang"kata chef..wah..sgt2 terharu

selepas mengucapkan selamat tinggal,saya terus memacu diri ini ke laman siswa untuk jumpa adik-adik saya lah, saya memberi kuih2 tersebut pada najib yang kebetulan ada di ls. saya join makan juga dengan najib. petang ni saya kena beli hadiah untuk psk. saya tunggu mereka di ls saja. kebetulan pula si dia kena beli barang uptown sendirian. 

dari kejauhan saya nampak dia, tersengih2 menuju ke arah saya. selepas ucap salam dia duduk dan kami berbual, adik-adik yang lain juga turut serta. saya menanti kehadiran aimi yang menyuruh saya menemaninya untuk membeli hadiah utk psk, 

dan mereka sampai di ls, dan dengan aimi ada si kecik tuh, berkaca mata, saya menunggu wana abes kelas, dan tiba2 kedengaran guruh berdentum dan seraya hujan pun turun dgn lebatnya,
"alamak hujan la"kata aimi
"xpela kita tunggu reda dulu ye"kata saya

syalwana dah abes kelas, terkedek-kedek dia mendapatkan saya, hujan tidak seganas tadi, mungkin sesuai utk memulakan misi. tiba-tiba saya berkata dengan si dia..

"masih hujan ni, takkan kamu nak redah naik moto je?"tanya saya.
"abes nak wat cam na?"tanya dia

saya berfikir, dan akhirnya Allah mengilhamkan sesuatu,

"macam ni lah, apa kata adik ikut je kakak gi cari hadiah psk, dan kamu cari barang untuk uptown, habis citer"cadang saya.
"ok juga tu kak,"kata dia

saya dia wana aimi, si kecil tu sama-sama meredah hujan yang renyai-renyai dan terus ke kereta, destinasi yang pertama adalah tesco. dalam kesejukan hujan pandai pula si dia menghiburkan hati kami, tapi si kecil itu membisu je. saya tak dengar suara dia, apakah dia bisu, kedengaran suara aimi dan wana berselang seli dengan gelak tawa si dia memecah kesunyiaan suasana.


sesampai je di tesco, aimi wana dan si kecil yang dikenali sebagai sarah izzaty menolak troli dan masuk ke tesco dan terus menyusup hilang tinggalkan kami berdua, sekali lagi saya pandang dia, dan dia pandang saya, dan kami tergelak, dan terus memantaskan kaki mengejar mereka yang menuju ke tempat keropok untuk hadia hamper. kelihatan aimi dan wana serta sarah, membelek-belek, keropok tu, dia hanya memerhati dan saya adalah cakap apa-apa yang patut, selagi boleh jimat saya akan cuba jimat. setelah berdiskusi, mereka sepakat untuk ambil keropok tersebut, mereka tolak troli menuju ke air botol bikarbonat untuk diletakkan juga dalam hamper.


sarah tu adalah cakap sikit-sikit, selebihnya, aimi yang banyak wat keputusan, wana pun da mula pening lalat, saya pun dah blurr2 ayam, si dia juga banyak diam dan memerhati sekeliling tentang keperluan makanan untuk uptown. bila dia melihat-lihat air botol tersebut, dia jadi keliru, harganya murah tapi takut rasanya berbeza, dia telefon taukeh empunya kedai, hehe. mereka menyuruh beli yang sama seperti semalam, tak mengapalah, fries, kami beli di sini, askrem juga, manakala, air botol cola tu kami beli di perda, 


setelah barang hamper sudah dibeli, kami pulang, banyak juga barang yang dibeli, sebab, mereka kena buat 10 hamper untuk psk akan datang hari jumaat ini. dan kami terus menuju ke perda.


setelah semua urusan selesai, saya dan yang lain, terus pulang ke uitm untuk menuju ke kolej kristal, saya menurunkan dia ke uptown sebab dia nak bagi barang-barang uptown kepada taukeh, manakala saya dan gadis comey2 ni terus ke kolej kristal, semasa menurunkan si dia, tiba-tiba haikal salleh terkedek2 dapatkan saya,dan tanpa sebarang kata terus melabuhkan punggungnya di tempat duduk sebelah saya, saya hanya ketawa melihat telatahnya. dia comey lah!


setelah sampai di kristal, ada masalah timbul, macam mana nak angkut barang ini bawak naek atas, sebab tak de plastik, penang memang sangat strict dalam penggunaan plastik, saya lihat di bonet kereta, ade 10 botol air bikarbonat, 10 paket gula2, 10 paket biskut, lebih dari 10 jenis keropok, dan banyak lagi la, pembalut hamper pun ade. =.="


saya terfikir, macam mana lah nak bawak semua benda ni naik ke bilik, 


"hah.........!! kami naik atas kejap amek beg balik kampung banyak-banyak, pastu masukkan semua benda ni dalam beg tu lah"kata Aimi.

idea itu kedengaran lawak, tapi ia berhasil, mereka bertiga terus ke atas meninggalkan saya dan haikal salleh untuk jaga kereta. haikal salleh tak habis-habis dengan celoteh itu dan ini, dan tiba-tiba ade telefon berbunyi..yang pasti bukan henpon saya, henpon haikal salleh lah.. aweknya tepon kot...setelah haikal cakap sambil buat muka seposen itu, saya hanya ketawa melihat gelagatnya. 

"kena marah"tanya ku
dia geleng-geleng jer.


setelah barang-barang habis dibawa naik ke bilik, saya segera memarkir kan kereta ini di depan PI dan terus menuju ke gerai untuk preparation. buatlah apa-apa yang patut, saya agak letih hanya duduk di kerusi sementara yang lain sibuk menguruskan kelengkapan dan tidak kurangnya ada yang mengoreng french fries yang baru dibelinya tadi. hari makin gelap. tak lama lagi waktu maghrib nak masuk dah. dia datang menghampiri saya, meminta izin untuk bersihkan diri dan solat, lepas maghrib dia akan turun kembali, saya hanya mengangguk dan dia mula tinggalkan gerai dan menuju ke kolejnya.


setelah selesai solat maghrib, saya mula menjaga gerai, dayah dan fathin juga, adilah tak boleh tinggal, yela, taukeh tuh, hajar sharma pun ada, semuanya bertungkus lumus, dan tidak lama selepas itu, izlan dan sekeluarga tiba dan mereka mula membantu apa-apa yang patut, kami gelak ketawa, sume lah, dari jauh si dia pun datang juga. setelah bertegur sapa dia mula menjual, menjerit-jerit memanggil orang suh mai beli. ramai juga orang yang datang membeli air. lepas itu saya mencari dia, saya lihat dia tiada, saya cuba cari sekeliling, rupa-rupanya dia pergi gerai sebelah, entah apa la yang dia tulis tu, isi borang ke apa. saya tak mahu bertanya lebih lanjut, kalau dia rasa nak bagi tahu dia bagitahu lah, 


tengah syok-syok menjual, alamak! air kelapa habis plak, air gula pun dah tinggal sikit, saya tanya taukeh, adekah dia nak kami amek air kelapa di foodcoart baiduri sana. 


"xpa..saya try call pakcik ni suruh hantar"kata dia.


saya hanya angguk dan memberi laluan kepada dia untuk deal dengan pakcik tu. setelah beberapa minit dia mematikan talian, dia menuju ke arah saya dan berkata


"pakcik tu tak leh anta, kita kne amek kat sana, dia ade banyak keje kat sana" kata dia. 
"abes tu cam ne?"tanya saya
"tak pe la, saya pegi sana jela,"kata dia
"naik pa?"tanya saya lagi
"jalan kaki, bukan jauh pun."katanya lagi
"what?"ya memang tak jauh, tapi nak membawanya tu macam mana yer.
dia macam pelik lihat saya terkejut. dan akhirnya Allah mengilhamkan sesuatu.


"macam ni la dik, apa kata kita gi sana naik kereta ja"cadangku. 
"boleh juga kak"jawabnya. kami berdua terus menuju ke kereta dan kali ini saya menyuruh dia bawak kereta saya terus ke food coart baiduri. dia macam takut-takut, tapi saya paksa juga dia, sebab saya macam malas nak bawak kereta. dia berhati-hati bawak kereta saya ni. apabila kereta mula bergerak saya terperasan sesuatu, saya terus ketawa. saya lihat dia bawa kereta saya guna kedua-dua belah kaki! dia hanya ketawa..dan ketawa..


"saya tak biasa lah kak bawak kereta guna satu kaki"katanya.
saya hanya ketawa dan ketawa. 


bila dah sampai kat food coart, jumpa pakcik tu, dia la yang deal dengan pakcik tu. saya lihat pakcik itu bagi satu tong besar berisi air kelapa, dan satu bekas besar air gula. saya bersyukur sebab bawak kereta, saya tak boleh bayangkan macam mana nak bawa tong air besar ini. saya dan dia terus bawa tong air dan air gula segera ke gerai.


sesudah topup air kelapa yang bagi saya sangat popular di malam itu, saya di ajak oleh izlan, fathin untuk ke meeting di tingkat 1 bangunan annex, letih angkat air belum hilang saya terus ke meeting, dan bila saya masuk bilik or kelas itu, meeting belum mula lagi. saya lihat fathin di hadapan tengah menulis sesuatu di buku.


"untungla, kak dapat dengan taufik!" kata dayah.
"eh? dapat apa??" tanya saya. saya pun pelik, dayah hanya sengih-sengih, saya terus mendapatkan fathin yang sedang tekun menulis sesuatu, 

"fathin wat pa?"tanya saya
"fathin group kan nama untuk fesi kumpulan"jawab fathin.
"akak dengan sapa?"tanya saya lagi
"saya letak kak dengan taufik la"terang fathin.
"ehhh..."terkejut seketika.
"nape kak? akak ok kan dengan taufik? ke nak fathin tukar?"tanya fathin lagi
"xpela, mana-mana pun boleh,"kata saya.


so..ini lah maksud dayah tadi....saya baru faham.......dan saya terus membawa diri ke along fatin ketua fesi, haikal salleh, muhaimin dan kelihatan mereka sedang membincangkan sesuatu serius. saya cuba mendengar dan mengambil tahu apa yang mereka bincangkan..


dan sekali lagi Allah menduga kami.. ada lagi masalah. dan masalah kali ini lain dari yang lain. ia perlukan pengorbanan.


ada seorang yang patut dikorbankan.. perlu!!

risikonya tersendiri..


tapi dalam diam, saya setuju, sebab saya nampak potensi hamba Allah yang bakal dikorbankan..


kami sepakat...


apa pun risiko kami akan tanggung sama-sama...


dan berkat pertolongan Allah, pengorbanan suci ini pasti akan terbayar di Akhirat kelak..


dan Hamba Allah tersebut sangat bertuah....


1001 sokongan dan dorongan mampu membangkitkan nya...


dan moga-moga masalah ini akan selesai..


dan harga sebuah penyelesaian ini adalah Pengorbanan......


dan saya Tahu dan yakin, dia boleh lakukannya...


kami sama-sama akan membantu kamu........... kesayanganku..




 TO be Continue........


P/s: seiring sehaluan satu cita dan impian, susah dan senang kita tempuhi bersama, bertemu berpisah kerana Allah.