Saturday, October 30, 2010

Sejauh Mana kita mengingatiNya

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan
berbicara denganKU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau
bersyukur kepadaKU atas sesuatu hal yang indah terjadi dalam hidupmu
hari ini atau semalam. tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi bekerja

AKU kembali mananti saat engkau sedang bersiap.AKU tahu akan ada
sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU,tetapi engkau
terlalu sibuk..di suatu tempat, engkau duduk di sebelah kerusi
selama 15 minit tanpa melakukan apapun. kemudian AKU melihat
engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara
padaKU, tetapi enkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang
teman untuk mendengar khabar terbarunya. AKU melihat ketika engkau
pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. dengan
semua kegiatanmu, AKU terfikir engkau terlalu sibuk
untuk mengucapkan sesuatu kepadaKU

Sebelum makan tengahari, AKU melihat kamu memandang sekeliling
mungkin engkau berasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah
sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. engkau
memandang tiga atau empat meja disekitarmu dan melihat beberapa
temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum
menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak
melakukannya.. masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap
engkau akan berbicara kepadaKU meskipun saat engkau pulang ke
rumah kelihatannya seakankan banyak hal yang harus kau kerjakan

setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan suis tv. engkau
menghabiskan banyak masa setiap hari di depannya tanpa memikirkan
apapun sambil menikmati rancangan yang disiarkan. kau saksikan
dengan penuh girang manusia-manusia yang bermaksiat kepadaKU
yang melanggar perintahKU. kembali AKU menanti dengan sabar saat
engkau menonton tv sambil menikmati santapanmu. tetapi engkau
masih tidak sudi berbicara denganKU. saat tidur, KU fikir kau merasa
lelah. kau mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat
ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut.
engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar
lebih lama daripada kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain.AKU sangat menyayangimu. Setiap hari AKU
menantikan sepatah kata,doa, fikiran, atau syukur dari hatimu..

keesokan harinya engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan
penuh kasih bahawa hari ini kau akan menyediakan sedikit waktu untuk
menyapaKU. tapi kau yang KU tunggu tak kunjung tiba. tak juga kau
menyapaKU. Subuh..zuhur..asar..maghrib..isyak.. dan subuh kembali..
kau masih mengacuhkan AKU. tiada sepatah kata, tiada seucap doa, tiada
sebarang harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU. apa salahKU
padamu wahai hambaKU?rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan
harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, zuriat yang KU rahmatkan,
apakah hal itu tidak membuatkan dirimu ingat untuk menyapauKU??
percayalah, AKU selalu mengasihimu dan AKU sentiasa berharap suatu
ketika nanti engkau akan menyapaKU, memohon perlindungan KU
yang sentiasa menyertaimu setiap saat....

Sunday, October 24, 2010

KemAnisan UkhUwaH

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum wbt..

terasa lama sungguh ana tidak update blog ini. maklumlah kekangan masa. ana berhenti seketika untuk menulis blog ini..tapi sekarang ini..Alhamdulilah ana dapat mencuri sedikit masa untuk menulis sedikit luahan hati cetusan rasa penyambung kasih silaturahim berpanjangan.. apalah yg ana mengarut ini.hehehe..

pertama dan selama-lamanya mari la kita sama-sama mengucapkan syukur yg tidak terhingga pada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kita dapat sama-sama mengharunugi hidup yang sementara ini.

dalam melayari kehidupan seorang mahasiswa ini, terselit satu kenangan indah untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. masa ana di pulau pinang ini semakin lama semakin sedikit. tinggal lebih kurang 3 minggu lagi ana di bumi penang ini. sesungguhnya pulau pinang banyak mengajar erti kehidupan, pahit manis, suka dan duka perjalanan hidup sebagai khalifah Allah dalam usaha mencari setitis ilmu.

Ikatan kasih rumpun anak-anak melayu (IKRAM) seindah nama dan bahasa itu lah salah satu persatuan yang wujud di universiti ana. ana menyertainya semasa ana sem 1. kini ana sudah lebih kurang 2 tahun setengah berada di IKRAM ini.

alhamdulilah segala suka dan duka dan 1001 masalah dapat ana harungi dengan bantuan sahabat-sahabat dan tidak lupa pada ahli keluarga IKRAM. apabila bersahabat kerana Allah, kamu akan rasa kemanisan ukhuwah itu. Alhamdulilah..kemanisan ukhuwah itu mengalir ke dalam salur darah ana dan terus membawa ke hati.. disitu ia mekar..

pejam celik kita bersama, kini tibalah giliran ana pula yang harus melangkah keluar meninggalkan penang ini, kerana kontrak pengajian ana mula sampai ke penghujung. Allahuakbar, tiada kata yg bisa menggambarkan bagaimana gelodak hati dan perasaan ini apabila sampai giliran ana pula yang bakal meninggalkan adik-adik dan sahabat2 di IKRAM.

perpisahan kita hanya jasad sahaja. asalkan hati sentiasa mengingati antara satu sama yang lain, InsyaAllah, ukhuwah ini tidak akan putus..Ameen mudah-mudahan.
kepada adik-adikku, yang muslimah adik ikin naser, adik ikin salim, adik nadia, adik mira, adik iffah, adik huwaina,adik sakinah, adik my, adik nadia,adik raudah, dan yang lain-lain yang akak tidak sebutkan namanya, igtla bahawa, akak syg sgt kat kamu semua, jadilah muslimah yang baik, jadilah seperti wanita di dalam kaca, cantik dipandang tetapi sangat sukar disentuh..

tidak lupa pada adik-adik yang muslimin iaitu adik iman,adik ashraf,adik hazwan, adik munawar,adik hafizi,adik amirul hakimi,adik syamel,adik aiman,adik abdul rahman aiman,adik haziq,adik amir farhan,adik fadhli, adik iskandar,dan adik yg akk tidak sebut namanya, mengertilah kamu semua bahawa akak sangat sayang pada kamu semua,jaga la IKRAM baik-baik, bimbing dia ke jalan yang diredhai..

kepada seperjuangku, ukhti khadijah,ukhti nabilah, ukhti nurdinah,ukhti aina syazani,ukhti hannan, akhi asyraf sazmel, akhi haikal, akhi firdaus,dan yang tidak disertakan nama, ana harap kita sama-sama kuat mujahadah dalam mempertegakkan agama Allah.

kepada abang dan kakakku di IKRAM ini, abg firdaus,awe, abg shafiq saad, abg fareez, abg utea, abg farid, dan kak chaol,kak shaz, kak azuin, kak alia dan pada sesiapa yang ana tidak sebutkan namanya,semoga tabah dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini.

sesungguhnya beratnya kaki ana untuk melangkah tinggalkan penang ini, terasa berat sungguh hati ini untuk meninggalkan kamu, akan adakah pertemuan anatara kita? masihkah punya kesempatan untuk kita bersua muka lagi untuk masa-masa akan datang..? Allahuakbar, sesungguhnya ana insan lemah semoga ukhuwah ini tersimpul rapi,kekal abadi. . . Ameen Ya Rabb....