Saturday, June 19, 2010

Sahabat sejati Membawa ke Syurga

"nanti dah sampai kirim salam kat dia yer" kata ayahku.
"insyaAllah yah, doakan kita yer, ayah hati-hati bawa kereta,"
aku keluar ke pintu kereta dan terus melintas menuju ke destinasi yang aku tuju. suasana di tempat itu tidak sebegitu sibuk. aku ke kaunter untuk membeli tiket keretapi.
"stesen Kajang"kataku.
setelah tiket bertukar tangan aku terus memanjangkan langkah ke platform 2 untuk menunggu keretapi datang. jam di tangan menunjukkan jam 7.35 pagi. aku melihat di skrin keretapi Sentul akan sampai jam 7.50 pagi. cuaca pagi itu indah sekali dengan matahari terbit malu-malu, terbias sinarnya di dada langit. kagum dengan ciptaan Allah.

keretapi pun sampai, aku pun naik,dah lama juga aku tak naik keretapi,sekarang ni ktm komuter buat pembaharuan dimana pihak ktm telah mengadakan koc untuk wanita sahaja. "alhamdulilah sekurang-kurangnya sesama perempuan tidak ade yang berani buat kejahatan" bisik hatiku.

perjalanan mengambil masa selama 2 jam. sampai je di stesen kajang, aku memberi mesej kepada kawanku itu dan mengatakan yang aku sudah sampai di stesen. dia mengambil masa dalam 20 minit untuk mengambil aku. aku tidak kisahlah sambil menunggu aku mebaca, asib baik aku bawa buku kecil ni. sedang dalam 20 minit aku menunggu sahabatku itu, tiba-tiba telingaku mendengar perbualan daripada lelaki yang berada tidak jauh dari ku.

"malam ni ape game?"tanya pakcik itu.
"malam ni spain lawan swiss,"jawab kawan dia yang berbangsa india
"sapa menang yek, meh bukak game,"kata pakcik tu lagi
"haiyo...ini pun nak bukan game ke..kata orang melayu,"jawab kawannya itu.

aku juga terkejut. yelah judi permainan bola ni kan makin berleluasa, ramai yang mempertaruhkan wang mereka dengan banyak untuk world cup ni.sesungguhnya ini memang haram sama sekali. aku geleng kepala mendengarnya lantas aku meneruskan balik pembacaan. tiba-tiba ada panggilan masuk pada handphoneku lantas orang yang ku tunggu akhirnya tiba juga.

"ukhti keluar dari stesen lepas tu cari kereta saga warna gelap,"kata sahabatku itu.
"ye..ana keluar yer,"aku berkata.

sejurus aku keluar tiba-tiba aku terpandang seorang perempuan yang tersenyum ke arah ku, aku agak ini lah sahabat yang menelefonku tadi, aku tidak mahu buat andaian apa2 sebab aku sendiri masih belum melihat wajahnya.

perkenanlan aku dengan sahabat baru ku ini adalah melalui laman sosial iaitu Facebook, bermula dengan satu komen, aku tertarik dengan kata-katanya, aku tertarik dengan bahasanya. kami berkenalan di situ, dan kami selalunya chat di Yahoo Masengger. kami berkenalan dan akhirnya kami membuat keputusan untuk berjumpa 4 mata. akhirnya terjadilah pertemuan ini. aku tidak mengetahui bagaimana rupa sahabatku ini, berbanding dengan dia, dia sudah melihat gambarku yang terpapar di profile picture di YM, jadi dia sudah tahu bagaimana wajahku, sedangkan aku? tidak mengapa aku berdoa supaya pertemuan kami ini dirahmati.

rupanya perempuan yang tersenyum kearah aku itu adalah sahabatku itu. kami bersalaman dan berpelukan. Alhamdulilah syukur jumpa juga kami akhirnya. dia mempersilakan aku masuk ke dalam kereta nya itu, terkejut aku tiba-tiba ada lelaki duduk di sebelah nya, sepantas kita kulit wajahku merah menyala. rupa-rupanya itu adik sahabatku ini. buat suspens je.hehehe.

"maaf ukhti, ana lewat sangat-sangat," katanya..
"eh xde papela ukhti..ana ok je."kataku untuk menyedapkan hatinya. alahai apelah sangat tunggu 20 minit tu.sekurang-kurangnya masa ku terisi dengan membaca buku dari terbitan AL-hidayah yang bertajuk "Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia" karya dari Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni. memang best. satu motivasi yang khusus untuk wanita yang dilanda kemurungan.

"inilah bandar apa?," tanyaku.
"inilah bandar Kajang, ukhti" jawab sahabatku itu.
"wah..besar juga yer..,"pujiku kagum.
"mari kita pegi sarapan ukhti pasti lapar kan, dari tadi tidak sarapan," katanya.
aku hanya tersenyum tanda menyenangi segala tindakannya. dalam hati aku sangat-sangat menyenangi kehadiran rakan baru aku ini. sedar-sedar aku telah sampai di satu restoran mamak yang nama restorannya buat aku fikir dua kali. "mamak!!" jeritku dalam hati, Ya Allah bestnya, daha lama aku tak layan mamak, sangat rindu dengan makanan mamak, roti canai, naan cheese, tosai paper, Ya Allah semuanya sedap-sedap sangat. sahabatku ini tahu-tahu saja yang aku ini teringin sangat nak makan mamak.


"wah..dah lama ana tak layan mamak, hehehe" kataku girang.
"eh yeke, mari kita makan,"ajak sahabat aku nih.
kami memilih satu tempat yang agak kehadapan sedikit, suasana di restoran mamak di kala pagi itu agak lengang, Alhamdulilah sekurang-kurangnya selesa juga nak makan. sahabat aku ini mengambil tempat duduk disebelahku, lantas pelayan datang mengambil order dari kami bertiga.
"tosai paper ade?"tanyaku.
mamak itu hanya mengganggukkan kepalanya, menyedari tindakannya itu aku terus meng'order' tosai paper kegemaran aku itu.

selang beberapa minit roti telur dan tosai paper pun sampai di meja kami.aku dan sahabatku memandang antara satu sama lain dan ketawa serentak melihat tosai paper aku yang besar semacam. tosai paper aku ni sebesar pinggan malah melebihi pinggan. sangat besar dan rangup tosai paper aku ini. sahabat aku hanya ketawa melihat telatah aku makan makanan yang baginya mungkin agak pelik sedikit. sedang kami makan kami sempat berkongsi cerita-cerita tentang tempat belajar aku, dan juga tempat belajarnya, banyak sangat cerita yang kami kongsi bersama.

"disana ada kawan ana yang ambil food science juga" terangnya.
"wah..food science di uitm shah Alam?"tanyaku
"iya ade kawan ana belajar disitu,"katanya.
"best tak belajar di shah Alam sana?"tanyaku.
"banyak sangat cabarannya ukhti, susah juga kehidupan di sana"terangnya.

begitulah, ukhuwah yang terjalin antara kami berdua, walaupun baru kenal tidak lebih dari 2 minggu tapi kami ibarat sudah kenal selama 2 tahun. banyak gelak tawa dan cerita-cerita yang kami kongsikan bersama. selepas membayar harga makanan, kami memasuki kereta Saga baru dan menuju ke rumah sahabatku ini.

pening kepala ku melihat jalan-jalan raya dirumah nya itu, kebanyakkannya highway, dalam hati aku berdetik 'ni kalau sesat ni susah betul nak pusing balik' dalam kesamaran itu sempat pula aku berfikir sampai macam itu sekali. sesampai di taman perumahan dua tingkat yang bagi aku agak mewah juga..

"biar ana teka rumah ukhti yang mana,"kataku girang sambil melihat satu persatu rumah yang berada disitu.hati ku kuat mengatakan bahawa rumah nombor 6 itu adalah rumahnya.
"nombor 6 ni,"katanya ringkas sambil tersenyum.

aku keluar dari perut kereta dan melangkah masuk ke rumah yang bernombor 6 ini, selepas pintu masuk sebelah kiri aku terlihat ada kolam ikan, sekilas aku terlihat lebih kurang 5 ekor ikan di dalam kolam itu, cantiknya. kami disambut oleh maid sahabatku ini, terpancar rasa kagum bila melangkah masuk ke rumah yang bagi ku ini bagai mahligai impian, hiasannya cukup ekslusif dan simple. aku menyerahkan bungkusanku yang berupa cupcake coklat kepada sahabatku dan dia meletakkan kek itu di dapur. aku membontotinya dia mendaki ke tangga dan membawa aku ke dalam biliknya. aku melihat sekeliling, biliknya agak kecil tapi masih luas.pertama yang aku buat sejurus melangkah ke biliknya aku melihat rak bukunya, terdapat puluhan buku bersusun rapi di rak bukunya itu. banyak sangat bukunya yang tersusun. kagum dengan sahabat aku yang seorang ini yang terlalu minat membaca.

"boleh ana duduk di sini?"tanyaku
"eh siler lah ukhti duduk hehehe"katanya seraya tergelak.
aku melihat dia membuka hand sock dan tudungnya, aku hanya tersenyum dan tiba-tiba rasa mengantuk aku datang, terasa ingin sahaja baring di katilnya yang berwarna merah jambu cadarnya. tapi sedaya upaya ku tahankan, hari ini aku akan spend time bersama kawan baru aku ini, aku tidak akan sia-siakan peluang ini. tiba-tiba adik lelakinya memanggil dia, lantas dia keluar dari bilik mendapatkan adik lelakinya, kelihatan mereka berbincang sesuatu, futsal, kawan-kawan, dah sampai itu je yang aku dengar.

"maaf ye ukhti kita kena hantar adik ana main futsal sekarang nanti kita singgah di Warta ye"katanya.
"eh xde pape lah, kita hantar adik ukhti main futsal dulu lepas itu kita pegi jalan-jalan ye" kataku.


lantas sahabatku itu memakai kembali hand sock dan menyarungkan anak tudung seraya itu dia mendekati aku dan memberi plastik yang berwarna kuning
"pilih la satu, ada 3, satu untuk ana, satu untuk ukhti satu lagi untuk ainaa"katanya.
"ada warna apa? warna pink ade?"tanyaku.
"ada 2 pink dan satu biru,"terangnya.

aku melihat dalam plastik itu ade 3 kotak kecil yang berbungkus kemas. aku terasa segan pada mulanya untuk menerima hadiah darinya. ku amati betul-betul. mana satu kotak yang didalamnya berisi cenderamata yang berwarna pink.

"xpe ana pilih yer, ana pilih ni"katanya seraya tangannya mengambil satu kotak yang berbalut kertas hadiah itu dan dia membukanya.
"ana saja-saja je beli ni,"terangnya dan tersenyum apabila melihat muka aku yang penuh blurr.
aku melihat saja sahabatku itu membuka bungkusan kotak itu, didapati dia mendapat warna biru.
"ana dapat warna biru, yang dalam plastik itu mesti pink kedua-duanya"terang sahabatku lantas tersenyum.
"syukran la ukhti,wat susah-susah aje."kataku. terharu!

kami bertiga masuk ke dalam kereta semula untuk menghantar adiknya berjumpa kawan-kawannya. kereta bergerak laju dan traffik juga agak lancar. tiba-tiba kami tersesat jalan, susah benar untuk mencari tempat futsal ini. aku juga makin blurr melihat sahabatku dan adiknya berkomunikasi, bergaduh-gaduh kecil dalam hati aku tergelak juga melihat telatah sahabat aku ini. sesudah u turn masuk keluar simpang, akhirnya kami menemui tempat yang dicarinya itu, setelah itu adik lelakinya keluar mendapatkan kawan-kawannya dan kereta kami dengan lajunya meninggalkan tempat futsal ini.

"kita pegi Warta ye,"kata sahabat aku ni.
"Warta? apa itu? sejenis makanan ker?"tanya ku.
"eh tak la, warta ni tempat shopping ade jual tudung, lagi besar dari PKNS kat S.Alam tu"terangnya
"wah tudung!!"kataku excited.
"kita pergi ye,"katanya.


setelah memarkir kereta kami berjalan menuju ke pintu masuk. aneh seketika apabila sahabat ku ini tidak menggunakan lif yang disediakan sebaliknya menggunakan tangga.


"eh.. tangga,"kataku tiba-tiba
"kita naik tangga yer exersice!"katanya semangat. aku hanya tergelak melihat telatahnya itu.
sesudah mengharungi anak-anak tangga yang tinggi itu, kami akhirnya sampai ke tempat yang dimaksudkan itu. seketika aku jadi lupa diri, melihat pelbagai jenis kedai-kedai yang banyak menjual buku-buku agama, tudung dan pelbagai macam lagi. kami melawat dari kedai ke kedai dan semua kedai yang berada disitu.
"ini lah maher zain, ana suka lagu dia!"katanya tiba-tiba
"eh?dia mat saleh ek? hensem lah"kata ana seraya tergelak.
"ana nak minat dia pula lah!"kataku lagi
"hehehe ukhti nih.."kata dia.

kami melihat kasut, melihat baju dan akhirnya kami melihat tudung yang terjual disitu, Alhamdulilah kami berjaya menemui tudung yang agak murah juga. kami membeli tudung disitu, yang bezanya adalah warnanya aku memilih warna pink dan dia memilih warna ungu cair.cantik juga. setelah pusing-pusing kami keluar untuk ke destinasi yang lain pula.

"kata nak bawak ana pegi kedai syabab?"tanyaku.
"iya..dia dekat pkns, jom kita pegi"katanya semangat.

sejurus itu kami menaiki kereta dan menghalakan laluan ke PKNS. tiba-tiba kejadian aneh berlaku, semasa kami hendak mencari tempat letak kereta, signal kiri dan kanan tidak berfungsi langsung. hanya tawakal kepada Allah kami sandarkan.
"mungkin lepas ukhti matikan enjin dan start enjin maybe ia akan ok"ntah betuk ntah tidak teori aku ini. tapi aku harap kata-kata itu bisa melegakan perasaan cuak di hati sahabatku ini.
"emm..benar juga cakap ukhti"katanya lagi.dimukanya terpancar riak kerisauan yang teramat.

dia mematikan enjin dan menghidupkan enjinya kembali dan membuat seperti yang aku cadangkan tetapi gagal. ternyata teori aku tadi tu boleh campak jauh-jauh tidak boleh pakai langsung.

"tidak boleh juga la uhkti"katanya. aku lihat mukanya itu macam mahu nangis juga.
"emm.. jap"kataku seraya pantas jariku memainkan punat signal dan tiada cahaya lampu yang keluar dari kereta ini.
"mungkin mentolnya terbakar.."kataku lagi, harap kali ini tekaanku benar.
"eh xpelah kita keluar dulu, nanti kita tengok lagi benda lah ini"kataku seraya keluar dari badan kereta. tidak sampai hati aku lihat mukanya yang blurr itu. aku tersenyum dan lantas cuba menceriakan keadaan.
"jom la!"katanya seraya tersenyum. Alhamdulilah.bisik ku syukur.

kami berjalan masuk ke PKNS
"wah..ada kfc.."kataku
"hehehe,jom kita pegi"katanya seraya menarik tanganku
"ukhti nak jalan-jalan kat sini.."tanya dia.
"emm..boleh juga..satu round.."jawabku.

aku melihat ada baju dan tudung instant ala..tudung ekin yang sekarang semakin popular. ku panggil itu tudung instant kerana cara memakainya sangat senag sekali.hanya sarung sahaja. sesudah itu aku menaiki eskalator dari bawah aku terlihat nama kedai tersebut iaitu Syabab.
"itu syabab!!"kataku riang. seraya meninggalkan sahabatku terpinga-pinga dan aku terus melangkah ke kedai itu tanpa menoleh ke belakang. aku melihat terdapat ratusan buku yang tersusun di kedai buku yang bagiku agak luas ini.
"wah...."hanya itu yang mampu ku katakan. sahabatku itu hanya tersenyum melihat telatah ku dia hanya mengikuti langkah ku.
"ana suka buku nih"kata dia..aku hanya tersenyum. banyak sangat buku, sampai rambang mata aku dibuatnya.


dan aku teringat untuk membeli tafsir al-quran segera aku ke tempat tersebut. ternyata tafsir al-quran itu agak murah sedikit harganya berbanding di Warta tadi. aku ingin membelinya. lantas pendapat sahabatku aku bertanya.
"ukhti..mana cantik..ana suka yang ini,"seraya aku tunjukkan tafsir al-quran yang agak kecil ni padanya.
"nape tidak beli yang ini cantik taw..warna pink,"seraya dia menunjukkan tafsir al-quran yang lebih besar sedikit.
"warna pink ni light la.ana jenis kotor sedikit, karang x pasal-pasal kotor pula tafsir ni"terangku padanya. dia hanya mengangguk faham. aku membeli novel dari penulis thriller yang ku gemari iaitu Cinta Sufi. dan aku lantas ke kaunter untuk membuat pembayaran.


"eh ukhti tidak apa-apa biar ana bayar,"katanya seraya mengambil tafsir al-quran dari tanganku dan terus ke kaunter pembayaran..
"eh..eh...tak payah la..biar ana bayar"kataku.agak terkejut dengan perbuatannya.
"ana memang dah niat dah nak bagi tafsir al-quran ni pada ukhti, sebab itu ana suruh ukhti pilih yang warna pink ini"katanya lembut dan tersenyum.
"eh? la..ukhti..aduh.."sungguh aku tak terduga langsung. sungguh aku tidak tahu nak cakap apa. aku melafazkan kesyukuran ke hadrat Illahi dengan apa yang terjadi. entahlah aku sebak ketika itu.namun ku tahan, ku cuba ukir senyuman, aku tidak tahu kenapa aku harus sebak dan sedih tahap melampau ini tapi hakikatnya aku cukup terharu dengan pemberiaan sahabatku ini.

"jom kita pulang, kita solat then ana nak bawak adik ana pegi makan"katanya tenang.
aku yang masih blurr-blurr ayam ini hanya menurut saja langkahnya. kami ke tempat parkir kereta dan menaiki kereta itu,dalam hati aku agak kecut perut kerana kereta kami ini tiada signal kanan dan kiri. dalam hati aku hanya berdoa semoga perjalanan kami selamat.

"xpe..kita jalan sahaja. insyaAllah kita tidak akan apa-apa"kataku. harap dapat memberi keyakinan pada sahabatku untuk memandu kereta tanpa signal ni kalau ada polis nyaris kami kena saman.mudah-mudahan dijauhkan.

alhamdulilah akhirnya kami sampai ke rumah dengan selamat. Alhamdulilah syukur. kami pulang ke rumah untuk solat zuhur dan selepas itu kami hendak main bowling bersama. semasa hendak solat zuhur kami solat berjemaah, teringat aku pada sahabatku di sungai petani sana. dia pernah menjadi imam untuk solat asar di pusat islam. sekali lagi ana merasa solat berjemaah yang imamnya ialah sahabat ana. benar, sungguh syahdu sekali. di dalam doanya bukan hanya untuk dirinya.bukan untuk dirinya semata-mata. tetapi untuk seluruh umat di dunia ini aku cukup kagum dengan sahabatku ini.

seusai solat aku mempersiapkan diri untuk mengambil adik lelakinya yang sudah selesai bermain futsal. aku membedakkan muka ku yang agak comot ini.
"eh? sama lah..ana pun pakai bedak ni juga"katanya riang seraya tergelak.
"eh? sama...hehehe ukhti pakai yang mana? ana natural"tanyaku
"ana punya sand biege"jawabnya. kami tergelak sendiri.

setelah semuanya sudah siap aku dan sahabatku turun untuk mendapatkan kereta itu. tapi rupanya adik perempuannya sedang membelek kereta itu, dan kebetulan juga ayah kepada sahabat aku pulang ke rumahnya.aku yang tidak ready apa-apa terkejut tidak terkira. malu tiba-tiba menerpa. tidak bersedia sebenarnya untuk menghadapi ayah sahabatku ini. tetapi aku gagahkan hati ini. aku hanya memberi senyuman manis dan tunduk muka sebagai tanda hormat. ceh! macam orang Jepun pula. dengan langkah yang berjaga-jaga sekali lagi aku berdoa supaya perjalanan kami diselamatkan.dalam untuk berseronok mudah-mudahan aku tidak lupa pada Allah.

kami sampai di metropoint kami mencari makan dahulu sebab perut ini dah berkeroncong. masa di tangan sudah menunjukkan jam 4.10ptg. kami memilih untuk memakan nasi di Station Kopitiam. aku hanya memesan nasi goreng lauk sweet and sour ayam. lapar juga aku time tuh Allah saja yang tahu. akan tetapi aku bersyukur masih berpeluang untuk menyuap nasi ini untuk mengalas perut. tidak dapat dibayangkan bagaimana penduduk di Palestine yang cukup susah untuk menjamah nasi. Ya Allah, aku insaf seketika.

ternyata banyak juga cerita-cerita sedih yang menimpa sahabat aku ini. akan tetapi dia sangat tabah mengharungi liku-liku hidup ini. dia cukup tabah. aku pun belum tentu boleh jadi setabahnya. dia selalu berkata padaku "ana selalu menjadikan Allah sandaran ana" dan hingga sekarang kata-katanya masih terngiang-ngiang dalam ingatanku.

kami bermain bowling. main 3 game ya Allah patah jariku. selalunya aku bermain 2 game paling banyak pun.maknanya kali ini aku pecah rekod. setiap balingan aku ada yang spare tapi yang pasti tiada yang strike. lucu sungguh melihat aku dan sahabat aku ini membaling bola bowling itu. nmpk balingannya bersahaja tetapi ke longkang juga akhirnya. sungguh gembira. tiada apa yang boleh ku katakan bahawa ia tersangatlah gembira.gembira yang datangnya dari dalam hati. yang tulus ikhlas. masa berlalu sebegitu pantas sekali. sedar-sedar sudah lewat petang. lepas sahaja habis bermain bowling kami terus bergerak ke kereta dan dia menghantar aku pulang ke stesen Kajang di mana tempat yang aku diambil tadi sewaktu pagi. suasana disitu agak kelam kabut. kami salam dan cium pun tidak berapa proper sangat.

"nanti dah naik keretapi mesej ana yer!"arahnya.
"baiklah"jawabku, perlahan aku tidak tahan sebak sebenarnya. terasa pertemuan ini begitu singkat sangat-sangat singkat. padahal awal pagi aku keluar rumah tidak sedar hari sudah gelap. aku melambai-lambai tangan tanda selamat tinggal. sehinggalah kereta saga itu hilang dari pandangan aku.

aku membawa diri ke kaunter tiket untuk membeli tiket pulang ke stesen Klang. alhamdulilah 5 minit selepas itu keretapi pun sampai. keadaan dalam keretapi agak lengang. aku mengambil tempat yang agak tersorok dari pandangan mata sesiapapun. aku melihat senja berlabuh sebelum malam membuka tirainya. seketika aku terimbas akan pertemuan tadi saat-sat kami di kedai buku Syabab, aku terasa ada air deras jatuh ke pipiku, aku sedih dalam gembira kerana pertemuan atas redha Allah memberi 1001 kenangan manis bagiku.

sesungguhnya dia adalah sahabat yang baik. antara sahabat yang boleh memimpin aku ke syurga. sahabat yang suka dukanya bersama aku. yang sentiasa menenangkan aku dikala aku sedih. sekali lagi bile terkenang semua itu. air mataku jatuh lagi, kali ini sangat deras, aku tidak tahu kenapa aku harus menangis. tetapi yang penting aku bahagia.

harap semoga tercipta pertemuan lagi selepas ini. InsyaAllah. doaku dalam hati.




No comments:

Post a Comment