Saturday, June 26, 2010

KisAh KaU dAn AkU

Dalam persahabatan ini, dalam menjalinkan ukhuwah yang suci ini kita sering dilanda 1001 masalah dan dugaan untuk mematangkan lagi pemikiran dan lantas mempersiapkan diri untuk bertemu Allah. lantas aku mengerling jam di tangan, masa yang ku rasa bergerak amat lambat. sedangkan keretapi yang ku tunggu tidak kunjung tiba. hatiku gelisah namun aku cuba sabarkan hati dengan zikrullah di bibir. Alhamdulilah hati ku kembali tenang. sesaat kita mudah lupa pada Pencipta. keluhan terlepas di bibir mengenangkan bertapa khilafnya diriku ini. aku melihat jam di tangan lagi, sudah jam 8.20 pagi. aku menanti keretapi dengan sabar, sambil telinga ku mendengar alunan lagu-lagu nasyid dari handphone ku, serentak itu tiba-tiba gegaran handphone ku kedengaran di kocek seluar menandakan ada mesej yang masuk. aku membaca mesj itu tersentak aku terkejut, sahabat aku sudah sampai di KL Sentral. aku semakin gelabah, pantang bagiku apabila ada orang menunggu kehadiran aku. aku tidak suka membuat orang tertunggu-tunggu kerana aku bimbang mereka marah dalam diam. selepas membalas pesanan itu pada sahabatku itu tiba-tiba keretapi yang aku nantikan muncul juga. aku masuk seraya mendapatkan tempat duduk. keretapi agak lenggang. keretapi terus bergerak membelah rel nya untuk menghantar penumpang-penumpang dengam selamat termasuk aku.

45 minit aku di dalam keretapi, akhirnya sampai juga aku di stesen KL Sentral. aku buru-buru keluar bimbang pintu gerabak akan tutup. aku terus mendapatkan sahabat aku yang sudah lama tunggu kehadiran aku. aku menaiki eskalator dan menuju ke tempat duduk di depan KFC seperti mana yang dia beritahu padaku. mataku meliar mencari dimana kelibatnya mataku terhenti pada susuk tubuh yang menunduk dan di tangannya terdapat buku. aku melihat dia dari jauh nampak khusuk betul dia membaca tanpa mempeduli hal sekeliling. aku menapak perlahan-lahan ke arah dia. aku kini sudah sejengkal berada di hadapannya namun semua itu tidak terusik langsung konsentrasi dia pada buku di hadapannya itu. 'hish..kalau dah baca buku dunia pun lupa' bisik hati aku.

"assalamualaikum,"beri salam padanya mudah-mudahan dia sedar. aku menghulurkan tangan
"waalaikumsalam" dia menjawab lantas mendonggak kepala dan terkejut melihat aku di depannya dan seraya dia tergelak.
"ukhti..ana terkeut tadi"katanya seraya menyambut huluran dariku dan memelukku serta ciuman singgah di pipi kanan dan kiri. dia ketawa tidak henti-henti.
"maaf, ana lambat"ucapku, serba salah menguasai diri.
"eh xpe, asalkan ukhti selamat sampai" sedar dengan perubahan mukaku yang sedikit keruh akibat serba-salah yang teramat.
"ukhti pasti belum makan kan?"tanyaku.
"xpe ana tunggu ukhti,"katanya
"jom kita sarapan"kataku seraya mengatur langkah melihat dia buru-buru memasukkan bukunya itu dan terus mendapatkan aku.

kami memilih kedai makan yang menyajikan makanan melayu di KL Sentral. aku hendak makan roti canai, tetapi malangnya roti canai sudah habis, MasyaAllah, baru jam 9.00 pagi sudah habis roti canai. Alhamdulilah laku benar. sahabat aku itu hanya makan mee goreng dan sambal sedangkan aku hanya makan nasi goreng dan sambal. sebelum makan aku menghulurkan plastik hitam kepadanya

"apa ni ukhti?"tanya dia lantas tangannya mengeluarkan sesuatu yang ada didalam beg plastik hitam itu. terdapat ada sesuatu benda yang berbalut hadiah. kemas.
"bukalah, ana rakam hehe.."kataku seraya merakan saat-saat sahabatku itu membuka hadiah itu. bermula dengan balut hadiah apabila habis balut hadiah itu dibogelkan ingatkan sudah dapat tahu isinya, rupa-rupanya masih ada balutan kertas surah khabar yang melindungi hadiah itu. 'saja je nak wat sahabat aku ini tertanya-tanya' bisik hatiku. sudah habis balutan surat khabar itu ditanggalkan rupanya ada lagi yang melitupi hadiah itu. aku melihat sahabatku tersenyum dan ketawa. seraya pantas tangannya mengoyakkan balutan surat khabar itu belum sampai separuh dia buka

"haa....ukhti...terima kasih.wah.."kata sahabatku itu. wajahnya tersenyum manis sampai ke telinga. aku hanya senyum sahaja.
"suka tak?"tanyaku
"suka sangat..wah..boleh baca lagi nih"katanya terharu.

aku hanya menghadiakan sebuah novel yang bertajuk 'Tautan Hati' penulisnya ialah Fatimah As-Syara salah satu penulis kegemaran sahabatku ini. aku juga menyukai penulis tersebut aku pernah terbaca buku hasilannya iaitu 'Pemilik Cintamu Selepas Allah dan Rasul' meleleh ari mataku membaca karya nya itu. selesai makan aku dan sahabatku ini berjalan menuju ke kaunter tiket. aku membeli tiket ke midvalley. selepas melepasi halangan dari mesin tiket itu aku dan sahabatku terus menuju ke platform 6 untuk pergi ke Midvalley. sempat aku mengajarnya bagaimana nak berhenti dan tukar keretapi. dia mengangguk-angguk faham dan tersenyum, aku tahu dia jenis mudah faham. selepas itu kami duduk menunggu keretapi datang. suasana di platform 6 itu agak sibuk. lama juga nak tunggu keretapi itu. peluang ini tidak ku lepaskan dengan berbual-bual dengan sahabatku itu, banyak cerita yang aku kongsi padanya, dan dia juga begitu. sedar-sedar keretapi dah pun sampai. aku dan dia terus menaiki keretapi itu, kami terpaksa berdiri sebab tiada tempat duduk kerana semuanya telah terisi. 'tak mengapa 1 stesen je' bisik hatiku. sambil berbual-bual kedengaran kami ketawa kecil. apabila bersama sahabat aku ini aku sentiasa ketawa pandai dia buat lawak.

keretapi berhenti pada stesen Midvalley. aku dan sahabatku berjalan keluar dari keretapi dan berjalan terus memasuki Midvalley. buat kali kedua aku masuk ke dalam Midvalley itu hatiku tertawan dengan kecanggihan dan taburan keda-kedai yang bermacam-macam jenis. terkaku ku seketika.

"ukhti ini baru south center, ada banyak lagi taw!"terangnya.
"iya ke?"tanyaku, aku berjalan-jalan dengannya, suasana di Midvalley agak lengang. Almaklumlah baru jam 11 pagi. aku berjalan sambil bercerita, keluar masuk kedai, semuanya aku jelajah. sampai ke wayang. hati ini teringin nak masuk wayang tetapi cerita yang agak best pada jam 4.20ptg, aku berkira sendiri, tentu akan lepas waktu asar. aku membatalkan niat untuk menonton wayang mungkin lain kali, kami berjalan dan terus berjalan, hingga dia membawa aku ke dalam sebuah kedai buku MPH,

"wah..besarnya.."kataku seraya aku tinggalkan sahabatku termangu-mangu.
"hehehe..sabar..sabar.."katanya seraya tersenyum
"wah..."kataku lagi tanpa mempedulikan segala kata-katanya.
kami masuk ke dalam kedai buku itu, kami berjalan di setiap rak yang ada di situ, sahabat aku mencari buku Muet, aku juga adalah tengok-tengok sikit, tapi buku tersebut tidak banyak, selepas itu kami pergi rak yang menempatkan novel. tercengang aku tatkala melihat ratusan novel tersusun disitu. sahabat aku itu hanya ketawa kecil.
"kat sini ada satu ruangan untuk membaca taw!, kita pilih novel lepas itu kita baca yer,"terangnya.
"iya, baik lah,"kataku.

aku mengambil novel yang aku nak beli iaitu 'Denyut Kasih Medik' karya Dr. Farhan Hadi. aku terlihat satu novel yang aku pernah baca suatu ketika dahulu novel 'Salju Sakinah' aku ambil lantas aku berikan pada sahabatku itu.
"best taw cerita nih, bacalah"kataku, dia akur lalu mengambil novel itu daripada tanganku, dia juga mempromosikan buku 'sinergi' karya Hilal Asyraf padaku. aku hanya mengambil dan membawanya ke tempat yang dikhaskan untuk membaca.
"mari kita ke alam fantasi"kataku dan tergelak.
"betul-betul jom.."balas sahabatku.

kami berdua duduk sambil membaca buku masing-masing. khayalku seketika membaca buku 'Sinergi' itu, aku baca dan terus membaca. dalam setengah jam kami berkeadaan sebegitu. akhirnya aku menutup buku.sahabatku terkejut melihat perlakuan aku.
"kenapa ukhti? buku tu best tak?"tanya dia terus.
"bukunye macam pelik sikit, jalan ceritanya agak lambat"terangku.
"kalau macam tu ana tak nak beli lah, buku ni best lah.. tak sabar-sabar nak baca apa lagi seterusnya, ana nak beli buku ini"katanya seraya tersenyum
"hehe..best buku tuh"kataku dan pergi mencari novel yang lain, teringin pula hendak membeli novel 'Karipap Karipap Cinta" karya Nazri M.Annuar. kata abang seniorku buku itu sangat best. aku mencari dimana novel tersebut. setelah mencari dan tercari akhirnya aku terjumpa timbunan novel tersebut, lantas aku ambil satu dan terus ke tempat dimana sahabatku sedang membaca buku. jam di tangan sudah ke angka 1.30petang. kami terus ke kaunter bayaran dan setelah itu kami membawa diri ke surau berdekatan oleh kerana waktu zuhur sudah masuk. sampai di surau aku terkejut melihat suraunya yang maha kecil. aku tidak solat ketika itu hanya sahabatku sahaja yang solat tetapi melihat surau yang sentiasa bertali arus di jam ini membuat aku rasa kurang selesa untuk menunggu di dalamnya kerana ruangnya sangat-sangat terhad. tetapi aku sabarkan diri. aku duduk menunggu sahabatku menunaikan kewajipannya pada Yang Maha Esa.

sedang aku asyik melihat kelibat orang solat dan keluar masuk mataku terpaku melihat seorang perempuan kacukan cina. 'mungkin mualaf' bisik hatiku. pakaiannya MasyaAllah ketat sungguh,melihat dia memakai telekung dan bersolat, sedang dia bersolat, dalam rakaat ke-3 aku melihat kainnya lucut sedikit menampakkan belakang badan di bahagian punggungnya. tersentap aku seketika, MasyaAllah, aku hanya berdoa semoga Allah memberi hidayah kepadanya. sahabatku sudah selesai menunaikan solat.dan kami segera keluar dari surau kecil itu. dalam hati aku mengeluh shopping complexe sikit punya besar tapi surau sekecil-kecil ruang. kami menuju ke Oasis Foodcoart. sedikit pelik dengan nama foodcoartnye. adakah ia diambil daripada channel astro Oasis? bila difikirkan geli hati juga. sahabat aku mengorder set makan tengah hari nasi dan tomyam dengan sup kecil dan dua keping tembikai. sedangkan aku hanya mengorder claypot nasi dengan ayam black papper. cukuplah. kami mengambil tempat jauh ke belakang sedikit,sedikit privasi, hehehe. selepas membaca doa, kami pun makan, dan makan dan sampai habis. Alhamdulilah.

kami menghabiskan masa dengan berbual-bual dari perkara yang serius hingga perkara yang sekecil-kecilnya, perbualan kami diselangi dengan gelak ketawa halus kami. best sungguh, tidak pernah kami terdiam, ada saja cerita yang best yang kami kongsi.
"boleh ana taw bagaimana semuanya terjadi?"tanyaku, kali ini nadaku serius.
aku hanya dengar dan mendengar, Subahanallah, sesungguhnya apa yang dilalui oleh sahabatku itu sangat-sangat teruk, dia terpaksa menghadapinya seorang diri, tiada sokongan dari siapa-siapa, aku cuba untuk menahan esak tangis supaya tidak jatuh air mata dari pipiku, aku mahu menjadi kuat dihadapannya, walau hakikatnya aku tidak mampu, aku mahu jadi sebahagian dari kekuatannya, mahu menjadi bahu kanannya pendek kata mahu bersamanya dikala dia senang dan susah, kuat sungguh mujahadahnya, aku pun tidak mampu setanding dia, Subahanallah, ini adalah anugerah Allah padaku, dengan mengurniakan sahabat yang seperti ini, sesungguhnya pemberian dari Allah terlalu bernilai bagiku, mungkin aku tidak boleh menjadi teman yang baik untuknya tetapi aku akan cuba sebaiknya ikrarku dalam hati, melihatkan air matanya yang jatuh ke pipi makin mengigit tangkai hatiku.aku hanya memegang tangannya menyumbangkan sedikit kekuatan padanya. semoga dia boleh menjadi setabah-tabah manusia.

sedar tak sedar jam menunjukkan ke angka 4.45petang. pantasnya masa bergerak. kami terus ke surau kecil itu kembali untuk solat, aku seperti biasa duduk di belakang sambil memerhatikan orang solat dan keluar masuk orang di surau ini. apa yang menimpa sahabatku itu membuatkan aku insaf, aku patutnya bersyukur kerana masalah aku tidak seteruk sahabat aku, aku masih punyai keluarga yang menyokongku, masih punyai sahabat-sahabat yang sedia membantu, sedangkan sahabat aku ini tiada siapa-siapa yang mahu menyokongnya, hanya mengharapkan belas kasihan daripada teman-teman di sekelilingnya. Subahanallah! begitu sayangnya Allah pada sahabatku itu. 'Ya Allah berilah kekuatan pada kami' doakku dalam hati.

usai solat kami ke tingkat atas untuk menikmati kek dari secret resepi, aku memilih chocolate indulgence dan sahabat aku memilih chocolate cheese kot, tak ingat lah, kami masing-masing bergelak ketawa, puas aku melihat mukanya yang terpancar riak gembira walaupun di hatinya menanggung beban yang berat sangat. aku kagum dengan sahabat aku nih.aku berazam untuk kuat sepertinya. selepas makan, kami terus keluar dari perkarangan Midvalley, kerana hari sudah gelap, aku khuatirkan sahabat aku ini kerana takut tertinggal solat maghrib, aku ke kaunter membeli tiket, satu ke stesen kajang, dan satu lagi di stesen klang, aku memberi tiket ke stesen kajang padanya, dan masa itu aku merasa saat perpisahan yang semakin hampir. kami dipersimpangan jalan. sudah tiba masa untuk berpisah.
"jaga diri baik-baik yer, InsyaAllah nanti kita jumpa lagi yer,"katanya itu mengundang sedih di hati.
"kita kena kuat, kuat dan kuat"katanya lagi seraya memelukku. aku sebolehnya menahan kolam mataku daripada pecah.
"ana minta maaf kalau ada kata-kata ana yang menyakiti hati kecil ukhti"kataku, dan aku terperasan setitik air mataku jatuh, dihadapannya.
"eh, janganlah, nanti ana pun nangis juga, banjir Midvalley ni"katanya sempat juga bergurau.
"jaga diri baik-baik yer"kataku seraya memelukknya sekali lagi mengharapkan supaya kami berdua kuat dalam mujahadah ke jalan Allah.

senja menyaksikan penyatuan dua hati sahabat yang sejati, berdoa semoga sama-sama peroleh kekuatan, berdoa semoga dapat berjalan menuju redha Allah. semoga dapat kecintaan dari Allah. pelukan yang terakhir kami peluk selama mungkin, menyalurkan kekuatan masing-masing, berkongsi kekuatan semoga kami bisa kuat dan tenang menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini. kami terpisah, dia ke platform 1 manakala aku ke platform 2, kami dipisahkan oleh rel keretapi, tapi dari jauh, aku masih nampak dia sedang menelefon seseorang mungkin bapanya. keretapi telah sampai dahulu, aku melambai-lambai padanya, dia membalas lambaianku, keretapi itu nampak ramai sangai orang, sahabat aku terhimpit-himpit antara satu sama lain, kasihan dia. keretapi itu terus berjalan dan membawa 1001 kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

terjalinnya Ukhuwah yang ikhlas kerana Allah, terdapat 1001 hikmah yang dapat dikongsikan pada sahabat aku ini, sesungguhnya aku bersyukur kerana Allah telah menghadiahkan aku sahabat yang sebaik ini, sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, sebelum ini dia telah mengurniakan aku seorang adik yang baik, yang mengajak aku ke jalan yang diredhai Allah. namun Allah itu memberi lagi sahabat yang baik kepada aku, Subahanallah, apa lagi yang aku hendak di dalam dunia ini? aku sudah mempunyai keluarga yang baik dan bahagia, aku telah dikurniakan adik angkatku yang semulianya, dan tidak kurang itu aku juga telah mendapat sahabat yang memahami dan baik, apa lagi yang aku mahu di dunia ini selain dari mereka? aku bersyukur dengan kehadiran mereka. semoga mereka boleh membimbing aku ke jalan yang doredhai Allah. dan semoga kami semua boleh sama-sama masuk ke syurga, bersama-sama.. itu harapanku..

No comments:

Post a Comment