Tuesday, August 24, 2010

kisah Lucu+pelik+lawak= gelak ketawa...

dalam berseronok ana dan sahabat2 ana berkunjung ke Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. dalam kesibukan kota, ramai umat manusia yang membanjiri pekan tersebut untuk membuat persiapan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. diri ini terasa sangat teruja apabila kaki ini melangkah ke pekan yang maha sibuk ini. Alhamdulilah.hajat diri terlepas apabila dapat menyambar satu jubah yang sangat2 cantik.. sahabat2 yang lain shopping bagai nak giler.. alhamdulilah tiada berlaku pembaziran.

selepas berpenat lelah kaki ini melangkah keluar masuk kedai, akhirnya kami semua ke bazar ramadah di stadium darulaman di Alor Setar kedah. Allahuakbar sekali lagi diri ini teruja dengan keadaan bazar ramadah yang sangat2 banyak gerai yang menjual juadah berbuka puasa.. dan lagi satu yang ana perasan di bazar ini harga juadahnya agak murah berbanding di tempat kelahiran ana iaitu di selangor. ana dan sahabat2 terkebil2 melihat suasana di bazar tersebut. alhamdulilah orang-orang Alor Setar ini sangat baik dan peramah. terkejut melihat pasembur hanya berharga RM1.50 sedangkan di pasar malam tempat ana di pauh indah berharga RM2.50 Alhamdulilah..bersyukur masih ade yang murah.

dalam masa nk pulang ke kereta..tiba2 sahabat2 ana mengajak ana pegi ke booth Astro yang kebetulan buka booth berdekatan. ade lebih kurang 5 orang artis yang menghiburkan kami disitu. antaranya ialah Yazer, Akma, Toi, Kefli, dan yang lain2 yg tidak dikenali.
"siapa juara imam muda?" tanya seorang artis ini..
ana terus mengangkat tangan tanpa memikirkan kesannya. tiba2 artis tersebut berjalan kearah ana. dan menghalakan mic nya pada ana.terkejut bukan kepalang, tergelak sakan..
"iya siapa nama akak?" tnya artis tersebut.. (tua nya ana, dia panggil ana kakak pula)
"nama dila," jawab ana
"ok kak dila,jawapanya"tanya artis tersebut
"mestilah asyraf" ana jawab..memang juara imam muda ialah asyraf.
"yeah betul.... "kata artis itu lantas menyerahkan hadiah kepada pakcik dibelakangku, terpinga2 pakcik tuh seketika dan dia menyerah kepadaku sebagai hadiah. (main-main je tuh)
ada byk lagi soalan.. salah seorang sahabat ana mengangkat tangan dengan penuh semangat. tetapi mungkin kerana dia terlalu kecil sehinggakan artis tersebut tidak nmpk tangannya.. (anis minta maaf yer..gurau2 saja) akan tetapi sahabat ana yang bernama anis itu mendapat hadiah dari artis tersebut tnpa untuk menjawab soalan pun. tergambar riak puas di wajahnya. Alhamdulilah. kami ketawa semahunya.

alhamdulilah sempat bersolat di masjid Al-Bukhari berdekatan dengan stadium itu. masjid nya sangat cantik. Alhamdulilah. sempat bergambar di masjid tersebut. selepas itu kami bergerak ke rumah tok salah seorang sahabat ana lagi shakina namanya. kereta ana bergerak laju merentasi bendang yang sedang hijau kekuning-kuningan.indahnya ciptaan Allah.sesudah selamat sampai ke kampung Tok kina. kami agak teruja melihat suasana kampungnya yang berdekatan dgn sawah padi. sahabat ana, Fadh sgt2 teruja apabila sampai di perkampungan itu. first time fadh jumpa telaga yang x buta (betul ke istilah ini) fadh sangat teruja mengambil air dari telaga dan membasuh tangannya.
"sejuk....!!!!" katanya.. kami hanya ketawa dan ketawa....

Alhamdulilah kami berbuka puasa dengan keluarga sahabat ana, kina. sayu pula hati ini kerana sampai sekarang ana masih belum lagi berbuka puasa dengan keluarga ana. sebak juga rasa hati ini. moga keluarga ana sentiasa dirahmati Allah. sedalnya juadah berbuka puasa. ada kuih talam tepung kot..(x tahu nak sebut makan je tahu) sedap.x terlalu manis.tak terlalu tawar. seusai solat maghrib sedang menunggu makanan dihidangkan, ana dan anis bermain-main dengan seekor anak musang. anak musang itu sangat2 jinak. dan manja. pada mulanya ana agak kekok bila pegang anak musang tersebut. akan tetapi anak musang tersebut sangat manja dengan anis.. kami terus2san melayan karenah anak musang.

tiba-tiba...
"eh..!!! dia kencing la!!!" jerit anis. ana sangat terkejut dan mula menepis apa saja yang ada kat depan ana. termasuk sahabat ana dan anak musang itu.. rupanya ana melihat ade cecair yang keluar dari anak musang itu.. aduhai..benar..anak musang itu kecing la..dan air kencingnya terkena pada baju anis dan seluarnya juga. kena juga sedikit diseluar ana. seisi rumah ketawa semahunya, ketawa bagaikan tiada penghujungnya. Ya Allah, ana juga turut ketawa. kesian sahabat ana cik anis nih. habis basah bajunya. dengan kencing anak musang itu. terpaksa sahabat ana mandi dan tukar baju. ana hanya basuh sedikit, sebab terkena sedikit je.

seusai makan kami berehat sebentar. dan kami bersiap sedia untuk pulang ke pinang (ceh..cakap macam jauh jer...) sebelum masuk highway sempat lagi singgah di RFC. Radic Fried Chicken, Alhamdulilah sejak sekian lama tersampai juga hajat nak pegi RFC ni..alhamdulilah..harganya agak murah. (lebih kurg sama je dgn KFC) tapi itulah RFC ni syarikat orang melayu. alhamdulilah.. dapat juga makan RFC ni.

bergambar di istana anak bukit. di alor setar. seronok juga.
"meh la pegi rumah atok aku" kata kina.
"eh..sapa yer?" kata ana terpinga2.
rupa2nya rumah atok kina itu adalah rumah sultan kedah..aduh...sekali lagi seisi kereta tergelak-gelak lagi. cantik pintu pagar rumah sultan kedah ini (pintu pagar jela yang kami boleh pegi..x leh masuk dalam.

setelah penat bergambar di istana anak bukit. kami bergerak teruk ke dataran yang berada di hadapan masjid Zahir. (ibarat di padang kota la..) banyak juga umat manusia yang lepak2 disitu. sehinggakan kami semua di kacau oleh sekumpulan lelaki. aduhai dugaan betul. alhamdulilah kami dengan segera meninggalkan tempat tersebut dan terus puulang ke pulau pinang.

penat! itu yang terkeluar dari mulut kami masing2. tetapi kami seronok kerana masih diberi kesempatan untuk bersama2 merapatkan silaturahim. harap jalinan ukhuwah ini tidak terputus dijalan Allah.

P/s: bersahabatlah kerana Allah, nescaya kamu akan mendapat kemanisannya..~~




Friday, August 20, 2010

Permata Yang Dicari - Dehearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu