Tuesday, February 14, 2012

Tautkan Ukhuwah Antara Kita Kembali




Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum...

alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita masih lagi dapat bertemu dalam ikatan kasih penuh syahdu, disulam baja rindu, berpaut pada kasih yang Satu iaitu kepadaNya

Alhamdulilah, akhirnya saya dapat bertemu dengan adik-adik baru Ikram saya. selama ini saya tidak pernah mengenlinya selain di alam maya, jalinan antara kami hanya bersatu didalam Facebook dan telefon.

tetapi pada kami ini, saya dapat bertemu sendiri dengan mereka, dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi, dapat mendengar segala permasalahan mereka dari hati ke hati.

pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang saya berada di Penang ini. antaranya ialah, bermain bowling, beriadah di mengkuang dam, ber PSK, Ber Lunch, Ber Dinner dan banyak lagi..

saya ingin merapatkan kembali ukhuwah antara mereka, saya juga mahu tautkan semula penyatuan antara mereka untuk memperkuatkan lagi kelab ini.

Betapa puas nya hati ini apabila saya dapat menyatupadukan semangat antara mereka semua dalam untuk mencapai keredhaan Allah. dalam untuk bersama-sama mencipta jalan untuk menuju ke Syurga Firdausi bersama-sama..

indahnya jika tali2 persaudaraan sesama kita ini berkekalan hingga ke akhirnya.

syahdunya hati andai ukhuwah antara kita terjalin kekal hingga ke akhirnya, dunia dan akhirat.

puasnya hati jika melihat semangat juang antara mereka untuk mempertahankan kelab ini daripada serangan anasir-anasir luar.

Ya Allah, Permudahkan segala urusan kami.

Temanku,
kita layari bersama perjuangan suci ini,
perjuangan untuk mencapai keredhaanNya,
kita satukan hati-hati kami,
untuk mendapat kasih sayang dan cintaNya,

Temanku,
segunung intan pun tidak sama,
dengan harga sebuah ukhuwah,
yang terjalin dengan rasa kasih pada Pencipta,
dalam naungan rasa tawadduk padaNya.

Temanku,
tiada ungkapan perpisahan antara kita,
yang hanya adalah rasa rindu dan kasih,
kerna walau dimanapun kita berada,
rasa sayang itu tetap ada di hati kita.

Temanku,
andai ku pergi jauh,
terlalu jauh di alam lain,
ku pohon agar,
ikatan ukhuwah antara kita bersemi hingga ke syurga nanti..

Ameen ya Rabb...





p/s: teristimewa untuk seluruh sahabat-sahabat yang saya kenali semoga jalinan suci antara kita tersimpul rapi kekal selamanya