Sunday, December 25, 2011

Majlis Persandingan Khai & Gee

Bismillahirahmanirahim.....

terimalah sedikit sebanyak perkembangan saya dalam dunia fotografi ini...














P/s: ini abg saya yang kawen.. saya harap saya dapat majukan dan tingkatkan lagi prestasi dalam fotografi ini....~~

Study Week yang berfunction...

Bismillahirahmanirahim...

diam tak diam dah bermula study week.. ini bermakna..tak lama lagi final exam akan bermula...

study week selalunya mahasiswa akan pulang beramai-ramai ke rumah, memohon restu pada mak dan ayah.. supaya mendoakan semoga mudah menjawab masa final exam nanti.

oleh kerana rumah saya dari tempat belajar tidak lah sejauh mana, jadi saya juga turut mengikuti sahabat2 saya yang lain pulang ke rumah...

this weekend...ramai pula yang wat walimatul urus yer...

antaranya semalam, kawan sekolah rendah saya, sudah selamat menjadi isteri kepada suaminya yang juga rakan sekolah rendah saya....

di taman ini pun ade lagi walimatul urus yang harus saya hadiri....~~~

buku, note, buku Food Sains saya memanggil-manggil untuk dibaca....
adehh...sabar je la...ape2 pun doakan saya yer...







P/s: semoga mereka semua ini dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan.

-> lepas ini saya berjanji akan start studi food sains ok...

Saturday, November 12, 2011

OST Nora Elena Berubah – Erry Putra & Reen Rahim


(reen)
Berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

(erry putra)
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri
Gelap seluruh jiwaku

(reen)
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

(erry putra)
Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

(erry & reen)
Semuanya telah berakhir
Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Semuanya telah berakhir

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Oh kasih

* lagu ini sesuai saya tujukan padanya...hurm... syahdunya lagu ini.

lagu ini dari ost Nora Elena, drama yang diadaptasi dari novel Kasih yang Suci



Friday, October 21, 2011

PicTure Talk Vol. 2

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

sebagai catatan terindah....







P/s: hidup penuh warna-warni...hayati segala yang terjadi..ada hikmah disebaliknya..

Wednesday, October 19, 2011

Cream Puff

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...

mari cuba resepi ini..

Ramuan
Bahan A
2 biji telur
100g marjerin (butter pun boleh)
125g soft flour
secubit garam
250ml air

Filling
1liter susu UHT
200g gula
4biji telur
50g tepung jagung
50g tepung castad

Cara membuat (Bahan A)
1)panaskan air, letak marjerin.
2)letak tepung dan garam, kacau sehingga tepung masak, dalam lingkungan 15 minit.
3)sejukkan dough.
5)setelah sejuk letak telur satu per satu,dan kacau.
6)letak adunan tersebut dalam piping bag,dan picit didalam tray.
7)bakar selama 20 minit suhu 200 darjah celcius.

cara membuat (filling)
1)separate susu kepada 2 bahagian. 500ml each.
2)panaskan 500ml susu.
3)susu yang sejuk tu dicampurkan dengan telur,gula,tepung castad dan tepung jagung.
4)setelah susu itu panas..campurkan adunan bercampur tadi kedalam susu panas, dan kacau sehingga pekat.
5)sejukkan seketika

Assembly
1)setelah masak,kuarkan dalam oven,dan biarkan sejuk sedikit.
2)masukkan filling ke dalam piping bag dan suntik kedalam puff tadi.
3)sedia untuk dimakan



Selamat mencuba

Pizza comel.

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum..

seperti yang dijanjikan..

Ramuan
bahan A
480g strong flour
25g yis
10g salt
25g olive oil (minyak biasa pun bole)
250ml water

Filling
25g daging cincang
10g mozarella cheese
50g tomato (dice)
50g cili bengala hijau (dice)
10g bolognaise sause (yang instant pun boleh)

Cara membuatnya
1)campur kesemua bahan A kedalam mixer (uli guna tangan pun boleh)
2)setelah menjadi dough, rehatkan seketika, dalam 15 minit.
3)masak daging cincang, keringkan airnya.
4)setelah dough membesar..portion kannya dalam 50 g.
5)nipiskan dough tadi..dan letak di ketuhar selama 7 minit,suhu 200 darjah celsius.
6)setelah masak, sapukan sos bolognaise di atas pan pizza dan hiaslah mengikut cita rasa anda.
7)bakar kembali dalam 20 minit suhu 200 darjah celcius
8)sedia untuk dimakan.



Selamat mencuba

Pastry Berseni

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum....

lagi gambar menarik...

sila lihat...resepi menyusul nanti....









Friday, October 14, 2011

Pastry Class 2011

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt

alhamdulilah, saya sudah pun melanjutkan pelajar ke peringkat yg tinggi sikit,

bila dah ke peringkat tinggi, maka kerja sekolah pun bertambah-tambah, matapelajaran pun semakin susah, dugaan pun semakin bertambah.

salah satu matapelajaran yang saya pelajari adalah, Fundamental of Baking.

apa yang saya belajar......

ini lah yang saya belajar







nampak sedap kan..mudah-mudahan ilmu ini dapat dimanfaatkan ke jslan yang diredhai Allah

Thursday, September 1, 2011

Saat yang dia mahu pergi.

assalamualaikum,

tak tergambar betapa pilu nya hati in apabila orang yang tersayang bakal pergi jauh, sangat jauh dariku,tiada lagi usikan mesra, tiada lagi panggilan manja, tiada lagi bisikan semangat, dia punya kehidupan dia sendiri.

kini, seumpamanya aku tiada lagi bermakna disamping...aku sudah terletak jauh di tangga kebawah sekali.

dia punya satu kehidupan yang dimana aku tiada lagi disisinya...

dizaman kecil-kecil dahulu, terdapat 1001 kenangan yang sangat indah antara aku dan dia....tetapi...aku tidak rasa seperti diulang tayang..dia punyai kehidupan yang baru, yang jauh lebih baik dari sebelumnya.

kini aku bergerak keseorangan tanpa bayangan dari insan yang paling ku sayangi, kini aku hanya melayari kehidupan perseorangan sedang dia sudah lengkap serba serbi..

aku seperti tidak rela mahu melepaskan dia pergi, kerana tiada apalah lagi harta ku selain dia...kini dia melangkah pergi..

tanggal 2 September 2011 jam 11 pagi ini, dia melayari suatu alam yang baginya yang paling bahagia.. bersama dengan insan yang paling dia sayangi..

seperti aku tidak sanggup melihat dia bakal menikahi dengan perempuan itu, seperti tidak mahu aku mendengar segala lafaz ijab dan qabul dari mulutnya...seperti ingin ku berhentikan masa agar tidak ke hari esok..

sepertinya aku terasa yang air hangat ini tidak berhenti-henti mengalir turun ke pipi..dan seluruh sendi terasa luruh dan tidak mampu menghadapi hari esok....

sepertinya tangan ini terketar-ketar untuk menekan butang di kamera ini untuk merakam saat2 manja yang dahulunya pernah ku miliki. ..

sepertinya yang kaki ini terasa sangat lemah untuk meniti hari esok....

sepertinya terasa yang tiada lagi sisa kekuatan yang berbaki di dalam hati....

sepertinya aku tidak bersedia menerima KEHILANGAN......................

Allah..tabahkan hati ini...kuatkanlah hati ini, cekalkanlah hati ini..agar semuanya lancar dan baik-baik sahaja esok......
walaubagaimanapun.....aku tidak bersedia berkongsi kasih...
aku seperti tidak bersedia melihat kemesraan mereka....

aku seperti terasa mahu melangkah membawa diri jauh-jauh dari hidupnya...

aku tidak mampu nak beri support padanya sedangkan diri ku ini masih lemah tanpanya.....

Monday, August 8, 2011

Teaser Wedding Taufiq&Syikah

Assalamualaikum...


First time mengikuti Shoot wedding, hari tu engagement..now wedding....


















Flowergirls yang comel..cantik bagaikan puteri.......





P/S: Semoga bahtera perkahwinan dapat dilayari dengan penuh kesabaran dan kebahagiaan, semoga rumah tangga kekal dunia dan akhirat..Ameen

PicTure Talk to Us..

Assalamualaikum





pengalaman mengajar kita erti kesabaran, pengalaman adalah guru terbaik, pengalaman mengajar kita tentang hakikat dunia yang penuh penipuan...








P/s: saya punya pengalaman yang buruk yang banyak mengajar saya supaya menjadi insan yang baik...(ke arah yang lebih baik)

LeT PiCtuRe Talk To us


















P/S: harap gambar begini bole mentarbiah kita semua..........

Wednesday, August 3, 2011

Muslimahku....



Bismillahirahmanirahim..

Dunia seakan tidak berputar pada paksinya
budaya sonsang semakin meracik-racik minda
hingga kita tidak bisa membezakan
mana yang baik dan mana yang buruk

wahai muslimahku sayang
peliharalah mahkotamu
tunduk pandanganmu,
jagai tutur katamu,
kerana manusia disekilingmu,
memerhati bila punya waktu,
mahu menregutmu.

wahai saudariku,
jadilah wanita ibarat didalam kaca
yang cantik dilihat tetapi sukar disentuh,
jadilah seperti mawar berduri,
yang menggunakan durinya sebagai senjata,
yang tidak mudah tunduk pada kumbang.

wahai bidadari syurga kelaknya,
persiapkan dirimu,
untuk menghadapi dunia yg penuh tipu daya,
perkuatkan amalanmu,
agar mudah menangkis anasir-anasir luar,
perkemaskan imanmu,
moga bisa menjadi benteng pertahanan daripada musuh.

wahai bakal zaujah penyeri rumah tanggamu,
jodoh itu ketentuan Illahi,
akan datang sendiri dengan izinNya,
usaha jangan lupa,
iaitu mempersiap menjadi lebih baik,
moga syurga dunia aman dan tenteram.

wahai golongan yang dikasihi Allah,
hayatilah hidupmu sepuas mungkin,
jangan pernah tinggalkanNya,
jangan pernah ragui kasihNya,
didalam susah mahupun senang,
hanya Dia di hati kita...

p/s: ingatan utk diri sendiri juga yg byk salah n silap..moga kita sama-sama memimpin tangan ke syurga firdausi...kelak.. Ameen...

Sunday, June 19, 2011

Outing, Sunway pyramid, Wendy, Shooting

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah, seharian pergi outing di sunway pyramid bersama sahabat saya, iaitu siti khadijah...

dia khabarkan kat saya yang dia sangat bosan duduk rumah...so dia decide nak keluar jalan-jalan..

oleh kerana sudah lama sangat tak pegi sunway pyramid (iya-iya jer) so.. kami pusing satu shopping complex, keluar masuk kedai, sambil shooting di mana angle yang sesuai.

huhuhu..jalan-jalan dan makan-makan...banyaknyer kedai makan...tapi semua penuh.. jadi kami decide makan Wendy, nth pe kebenda la nih, dia macam mcd juga....ade burger... tp saya rasa dalam banyak2 fast food, tiada sapa yg boleh lawan fries kat mcd.. french fries di mcd sangat2 sedap..

shopping sane sini, beli novel, beli barang kt kedai rm5 (japan) macam-macam la...shoot tidak dilupakan... akhiri di sunway dengan makan aiskrim sundae dan roti antie ann...

best...sangat2.. harap boleh keluar lagi...

p/s: S&J shop ade wat promosi, keychain teddy bear serendah RM1 sahaja... lai..lai.. boleh bagi kawan2......

thanks djah sebab bagi pen teddy bear kat saya...





Thursday, June 16, 2011

Alhamdulilah..berkat bila berdua

Assalamualaikum..

lamanya tak update blog nih...busy yang amat sampai tak sempat nak update blog ini.

alhamdulilah tanggal 4 june sy dan rakan seperjuangan, penaung harapan bangsa telah bersama-sama pergi ke seksyen 19 untuk shoot tunang. dijah, nasib ade dijah ni..klu x terketar-ketar nak pegang sniper nih..

alhamdulilah majlis pertuanangan berjalan dengan lancar. bagus sekali..

now... busy in editing picture.......mari tolong saya.........

selepas habis shoot untuk orang tunang... saya dan dijah pegi ke uitm shah alam. kami ade outing di canseleri uitm shah alam.yang uniknya canseleri ni.. sebab.. view nya sgt cantik..boleh nampak satu shah alam..

so..kami berdua shoot pic, main belon, tiup belon...dan melihat belon sabun itu terbang ditiup angin..cantik sgt.

alhamdulilah..dalam seronok2 skill pun bertambah.....suka2!

p/s: djah..thanks taw...sbb jadi peneman hidup kita time nih..suka sgt2..nnt kita outing lagi yer...





Friday, June 3, 2011

Excited+ Takut= ??

tanggal 4 june saya bakal shoot di majlis pertunangan.....ya Allah..mohon dipermudahkan semuanya.... risau...thanx to sifu dijah kerana sudi menemani saya...

p/s: dijah..syg kamu lebih....

Saturday, April 2, 2011

Redhakan Pemergianmu.

terasa sudah cepat sangat masa berlalu, sudah lebih 2 tahun aku mengenali dirinya, hubungan kami tetap begitu, tetap hambar, tetap kaku, entahlah, dia sangat berbaza dari yang lain, entah apa salahku sehinggakan dia melayanku sebegini rupa.

aku seperti tidak boleh mengetahui perihal hidupnya nun jauh disana, aku seperti tidak layak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, bagaimana keadaannya. sihat ke tak, aku seolah-olah lost contact dengan dia, iya, memang lost contact pun, aku langsung tidak tahu, bagaimana perkhabaran dia, bagaimana pelajaran dia, masalah-masalah yang dia hadapi, kegusaran yang dia alami, aku tidak tahu apa-apa..

berbeza dari setahun yang dulu, setahun yang lepas, aku dengan dia sangat akrab, sangat mengambil tahu antara yang lain, sangat-sangat menyayangi ukhuwah antara kami, aku teringat antara beribu kenangan manis aku dengan dia adalah semasa aku dan dia pergi ke pasar malam, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, kami yang masa itu tidak punyai preparation (payung kat dalam kereta) habis basah kuyup dan mencari payung-payung gerai pasar malam untuk berteduh, kami mengiggil kesejukan, walaubagaimanapun kami ketawa bila melihat keadaan masing-masing iaitu basah semua, kuyup baju kami.

satu lagi kenangan yang tak dapat aku lupakan adalah disaat time aku dan dia study bersama-sama dalam library, masa tu exam week, memang kami akan study sama-sama, memang bidang yang kami amek memang sangat jauh berbeza, tapi kami masih boleh study dan berkongsi ilmu sama-sama, aku yang tidak berapa mahir dalam mengira kadang-kadang meminta agar dia membantu aku dalam untuk menyelesaikan soalan akaun, dan F&B. aku juga banyak membantunya dalam prediction soalan CTU 101. kadang-kadang dalam masa study itu kami berhenti seketika untuk ke surau sama-sama. dia akan tunggu aku sampai aku abes solat, begitu juga aku, sekiranya aku abes awal aku akan tunggu dia. tapi selalunya dia yang akan tunggu aku.

kami akan study sampai library tutup, sampai abg library tu ckp, "library nak tutup da," so kami kelam-kabut kemas barang dan keluar dari library tu. penah suatu ketika setelah kami keluar dari library, kami lepak di kedai makan tpk sementara, dia menghulurkan choki2 kepada aku, aku serba salah untuk mengambilnya. "kita kongsilah" saranku, lantas dia mengeluarkan pensel box dan mengeluarkan gunting lalu mengunting choki2 itu supaya menjadi dua,kami makan sama-sama dan ketawa riang, kalau beli keropok lekor pun, dia akan share pada aku, begitu juga aku, kalau beli roti john, aku pasti akan tinggalkan separuh untuk dia.

kadang-kadang,botol airku tertinggal dalam kereta, namun dia tetap akan menghulurkan botol airnya pada aku. dalam tengah-tengah exam week, aku dengan dia pernah hang out ke jusco, asalnya hanya hendak membeli buku, tetapi dia mengajak aku tengok wayang, aku hanya setuju menemankan dia tengok wayang.kami setuju, dia membelanja aku tengok wayang, manakala aku akan belanja dia makan. so kami enjoy dalam tengok wayang itu, memandangkan cerita itu adalah cerita berkenaan dengan pendekar..aku tetap feel untuk menghabiskan cerita itu.

apa sahaja yang aku buat, dia pasti ada bersamaku, kalau aku habis kelas kitchen, aku pasti akan bagi dia sedikit makanan lebih, dia pasti akan setia menunggu panggilan dari aku. segala permasalahan aku, dia pasti ada kuncinya. pelik betul! bukan aku tak cuba untuk selesaikannya sendiri, tapi bila permasalahan sampai ke jalan buntu, maka akhirnya dia lah kunciku. kadang-kadang hubungan kami pernah disalah ertikan, tapi kami dengan tegasnya mempertahankan pendirian kami.

tapi..itu setahun yang lepas, now..bila aku dengan dia dah terpisah jauh, aku semakin renggang dengan dia, sangat-sangat. aku tak tahu dimana salah aku,dia semakin jauh dengan aku, sangat-sangat jauh, bila aku sekali sekala datang menjenguk dia, dia tetap begitu, dia senyum, dan akan tegur aku macam biasa, tapi terselit nada janggal di situ. kalau aku berbual dengan dia pasti pergaduhan akan terjadi, memang dia akan bergurau dengan aku, tapi ianya tidak semanis dulu, dia dengan lagak selambanya, aku tahu mungkin terlalu banyak masalah yang dia hadapi, dia semakin dikenali ramai, dia juga menjawat jawatan yang tinggi. berbeza time setahun yang dahulu. kini dia yang aku kenal, sudah tidak seceria dahulu, dia agak serius, lagi-lagi bila dengan aku, kenapa yer? entahlah..puas aku fikir..

bila aku bahaskan permasalahan ini pada dia, menanyakan apa salahku, dia dengan pantas mengatakan tiada masalah dari pihak aku, tetapi dari pihak dirinya,aku tidak tahu konflik apa yang melanda dirinya, "insyaAllah,masalah ini akan selesai, dan semuanya akan menjadi normal seperti biasa" itu katanya. tapi sehingga kini, tetap tiada perubahan..dia terus mensilentkan dirinya daripada aku.

bila aku lihat..entah..aku terus down...iya,aku tahu dia gembira disana, sangat-sangat gembira..dan bahagia juga..tanpa aku.. aku cuba untuk tidak menangis..tapi kornea mataku tidak henti-henti menghasilkan air hangat dan lalu jatuh ke pipi. aku terus-terusan sedih.. entah tanpa khabar,tiada berita,aku tak tahu apa yang berlaku nun jauh disana.

ya! sesungguhnya dia sangat bahagia tanpa aku, mungkin dengan kehadiran aku disisinya akan mengucar kacirkan hidupnya,dan akan menyerabutkan keadaan. aku tak nak itu terjadi, cukup lah atas segala apa yang telah dia beri kat aku setahun lalu. setahun yang lalu, dia melayani aku ibarat puteri, segala apa yang kurang akan dia penuhi. cukuplah..aku sangat berterima kasih pada dirinya kerana menjaga aku sepanjang aku berada bersama dia,berjuta-juta kenangan manis yang telah kami hadapi setahun yang lalu,aku sangat bahagia dan bersyukur kepada Allah kerna memberi aku secebis rasa bahagia aku dengan dirinya. sudahlah..cukuplah..at least..aku dah merasa kebahagiaan walaupun ia tidak kekal..

dan kali ini aku lepaskan dia pergi, pergilah sejauh mana yang kau mahu.. aku hanya mampu memerhati dirinya dari jauh. aku bebaskan dia dari belenggu hidup aku yang terus-terusan menyusahkan dirinya.. aku tidak lagi mahu membebankan dia dengan konflik hidupku, cukuplah dengan apa yang dia mengetahui sejarah hidupku, aku redhakan pemergiaanmu, akan ku abadikan namamu dalam doaku,ingatanku, dan di dalam hatiku, sesungguhnya dia mempunyai nama yang indah, dan aku tidak akan lupa segala suka duka yang penah kita alami dulu, nama kau tetap akan terus terpahat dalam hatiku.

kini, aku melangkah keseorangan, tiada lagi dirinya yang memimpin diriku, tiada lagi suara-suara pembangkit semangat,tiada lagi kata-kata indah dari dia,tiada lagi selawat dan zikirnya untuk dinyanyikan kepadaku dikala ku sedang sedih. dan tiada lagi panggilan yang mampu menceriakan hari-hari aku. dan tiada lagi mesej motivasi dari dirinya. yang ada hanyalah kenangan yang bersemadi dalam hatiku..

aku harus kuat..biarpun tanpa dirinya..aku tahu..dia tetap memerhatikan aku dari jauh, entahlah..hanya kenangan-kenangan yang manis antara aku dan dia menguatkan diri aku supaya bertatih untuk mencapai redha Illahi.

kadang-kadang aku harus menoleh kebelakang supaya tidak lagi membuat kesilapan yang sama dimasa akan datang....sehingga kini aku terasa yang dia tersenyum manis melihat perubahan dari dalam diriku,peribadiku,tutur kataku.

walau kami berjauhan..tapi rasa itu tetap ada...dia harus ku lepaskan..

pergilah kau, terbanglah kau jauh dariku,
tinggalkanlah diriku,
carilah kebahagiaanmu,
carilah hidupmu,
carilah kejayaanmu,
semoga kau berjaya dalam setiap yang kau lakukan..
dengan ini aku melepaskan diri kau keluar dari hidupku...

wahai hati..dah-dah la tu menangis
wahai air mata..keringlah..
wahai jiwa..tenanglah..
wahai Pemilik jiwa dan tubuhku,
setiap percaturan dariMu adalah yang sebaiknya,
redhakan lah hatiku atas setiap apa yang berlaku,
doaku tidak putus-putus untukMu,
mengharapkan agar kesedihan ini pergi,
yang ada hanyalah ketenangan..
ameen Ya Rabb..

akan aku semadikan namamu...dalam kehidupan sehariaanku..

kini aku hanya melangkah dan terus melangkah agar kesedihan lalu hilang dan lenyap dari diriku......

Friday, April 1, 2011

tiada tajuk

kenapa saya sedih, hati saya meronta-ronta, ada sahaja silapnyer..kenapa ye. terasa ada air hangat jatuh menitis ke pipi, tapi kenapa, hati ini sakit sangat, kenapa? tak Tahu,hati ini mula berbolak-balik, kenapa terasa diri ini dulunya tabah tapi mula jatuh merundum? kenapa? saya tak tahu kenapa..mana hilangnya semangat saya yang lalu, kenapa begini?

saya tak tahu, saya tak tahu kenapa, air hangat ini terus-terusan membasahi bumi, terasa diri ini kecil sangat di mataNya, di mata rakan-rakan, di mata sahabat-sahabat yang lain, masing-masing sudah kecapi kebahagiaan dan impian dalam hidup, sedangkan diri saya..? entah, saya masih tidak dapat teruskan apa yang saya minat,

saya redha tapi dalam masa yang sama..... (was-was)

kita lebih bahagia kalau kita buat apa yang kita minat, tapi kalau sebaliknya..

saya tak de jawapan...

saya terus-terusan menyusahkan orang yang saya sayang,

dan saya tak suka itu, saya cuba untuk meringankan segala, tapi.. (xde effect je)

saya cuba menjadi pakar motivasi dalam diri saya, tapi air hangat ini tetap mengalir...

saya benar-benar putus asa.....

sahabat, saya terasa yang saya tidak layak bersama kamu semua....~~

Monday, March 28, 2011

Pertemuan Tanpa Dijangka.



Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

hari ini ana merasakan sangat tertekan di tempat kerja.selepas ana habis waktu kerja, ana mendapat satu mesej dari sahabat ana yang sangat jauh, iaitu di utara sana (xdela jauh sgt) menghantar msej pada ana yang dia berada di I-City shah Alam bersama sahabat ana, Dinah! tanpa berfikir panjang, ana dengan langkah yang laju terus menuju ke arah kereta viva kecil warna hijau ini, terus membelah jalan ke I-City Shah Alam..

dalam masa 15 minit..kereta ana sudah park di depan kereta dinah, ana melangkah berjalan 1.5km (maybe) ke i-city, tengah kaki ini melangkah dan terus melangkah, tiba-tiba, retina mata ini menangkap 3 susuk tubuh yang membelakangi ana yang ana rasa macam kenal jer. dengan perlahan ana mendekati mereka, mereka terkejut dengan kehadiran ana, lantas ana berpelukan dengan semua, Ya Allah, indahnya.. pertemuan walaupun tanpa dijangka.

ana juga berpeluang untuk berkenalan dengan seorang sahabat ini namanya ialah june, june pelajar diploma X-ray,(peh, hebat) alhamdulilah seronok dapat berkenalan dengannya. selepas itu kami tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar di ribuan lampu di i-city ni.

selepas puas bergambar..(x puas sebenarnya) hehehe..kami berjalan ke tempat parking dan menuju ke kopitiam wak dol di seksyen 7 untuk minum-minum sambil berborak-borak lagi...kopitiam wak dol agak sesak ketika ini,semuanya student uitm shah alam masing-masing buat assignment, studi, (skrg minggu test) hehehe..

kami hanya memesan minuman,manakala cik dinah kita memesan nasi goreng kampung take away, sementara ana pula memesan fries untuk santapan semua,hehehe. ana tahu mereka gelisah, sebab jam dah menunjukkan hampir jam 11.05 malam, mereka harus pulang ke uitm puncak alam, kerana risau pak guard tak kasi masuk, hehehe.. setelah semuanya menghabiskan minuman masing-masing, kami berangkat pulang meninggalkan wak dol kopitiam ini dan menuju ke parking kereta. tetapi sebelum itu pelukan semangat dan kekuatan yang diberi oleh mereka kepada ana, 1001 kata-kata semangat yang ana dahagakan selama ini akhirnya terisi juga,

kata-kata semangat dari mereka penguat untuk ana meneruskan perjuangan di medan practical ini. ana kembali kuat, sangat merindui mereka....

selepas itu, kami berpecah, mereka naik kereta dinah. dan ana kembali ke kereta ana..

kereta kami meluncur laju, mereka pulang ke uitm puncak alam, sementara ana, pulang ke rumah.

selaju kereta meluncur, menuju ke destinasinya..memberi kenangan yang indah dan abadi, yang tersemat di hati ana.

selepas membayar tol 60 sen, haluan kami terpisah, mereka membelok ke kanan, sementara ana hanya terus di jalan yang lurus..

hajat ana kesampaian, untuk bertemu dengan mereka.. syukran ya Allah..atas pertemuan yang tidak dijangka ini..

syukran, nabilah, june, dan dinah..untuk malam yang singkat ini










P/s: kadang-kadang benda yang tak dirancang itu lebih manis daripada something yang kita rancang, begitulah perancangan Allah, sebaik-baik perancangan, adalah dari Allah

Friday, March 18, 2011

Coming soon PPP 1 SMS Kepala Batas



cerita cinta antara kita akan terlakar di blog ini sama-sama kita nantikan kisah suka duka kita mengharungi program perkasa pelajar buat julung-julung kalinya di SMS Kepala Batas...sama-sama kita nantikan...dan harap semua terhibur..anggap ia pengubat rindu antara kita semua.....~~~

Coming soon.....~~~~

Sunday, March 13, 2011

First time shoot di majlis perkahwinan.....



hari ini..saya cuti..Alhamdulilah...program Alumni IKRAM ditunda.. nak wat ape yer..
last2..saya ikut famili saya gi kenduri..kawen..best!! boleh tengok pengantin...bila sniper sudah berada di tangan..semuanya best!

2 buah rumah yang ade kenduri kawen yang harus didatangi...satu rumah kawan ayah di Jalan Genting Rantau panjang, klang.. lagi satu rumah kawan abang..di rantau panjang..
abang hafizi...saya kenal dia!

rumah pertama...wah.. laparnya..sangat lapar...makan..tapi tak banyak..but still sedap....pengantinnya pakai baju warna ungu..bertudung..alhamdulilah..cantik.. (namanya pun pengantin kan..)

bila time pegi rumah kawan abang saya di rantua panjang, tiba-tiba dia memerlukan khidmat fotografer...saya pun ape lagi..aduh..jadi bidan terjun la...
saya suka...suka sangat shoot masa tuh....

kakak marzita yang malu-malu... abang fizi yang macam kayu..! (jgn mare ye bang)
tetapi walau bagaimanapun..sumenyer berjalan dengan baik...
tersenyum puas bila meninggalkan majlis.....
terasa best pula kerja ini...
boleh buat part time nih.....siyess......
alamak..nak mengedit la....huhuhu........

mudah-mudah.......saya boleh mantopkan skill dalam bidang fotografer ini..
ameen...
buat abg fizi dan kakak marzita..selamat menempuh alam baru......~~

Thursday, March 10, 2011

Senandung Al-Fatihah- Irsyade

dengan menyebut namaMu Ya Allah
Yang Maha Pengasih Penyayang
segala puji bagiMu Ya Allah
Pemelihara seluruh alam maya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepadaMu kami menyembah
dan padaMu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
bukan jalan mereka yang Kau murkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepadaMu kami menyembah
dan padaMu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
bukan jalan mereka yang Kau murkai
dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Ya Allah...Ya Allah....Ya Allah...


PELUANG...(monolog dalaman)



adakah peluang itu datang berkali-kali?...tanpa kita sedari kita menolak peluang tersebut..adakah kita akan mendapat peluang yang lain di masa hadapan nanti?

dan adakah peluang di masa hadapan itu lebih baik dari peluang yang ada ini? atau sebaliknya? Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui setiap apa yang bakal terjadi...

tetapi andai terlepas peluang ini....adakah datang peluang yang lebih baik lagi?
atau tidak? kalau iya Alhamdulilah...kalau tidak? ruginya...

adakah kita perlu menghargai setiap peluang yang ada di depan mata kita?
(benda dah ada depan mata sapu je la...rugi nanti kalau terlepas)

tetapi kita manusia nih mengimpikan peluang yang lebih baik dari yang sekarang...
(nampak sangat tidak bersyukurnya)

maka bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang pada kita....

kadang-kadang apa yang kita harapkan tidak kesampaian..kerana Allah tahu yang terbaik.Dia pasti menyediakan yang terbaik pada hambaNya...

kadang-kadang..apa yang terbaik bagi kita...tidak semestinya yang baik pada Allah..kadang-kadang.. apa yang buruk bagi kita...sebenarnya itulah yang paling terbaik buat kita InsyaAllah..ada hikmah dan rezeki di sebalik semua itu...

Betapa percaturan Allah itu sangat-sangat hebat...tanda kuasaNya yang tiada tandingan...

tapi...hati ini masih ragu-ragu....(iman tak kuat lah tu..cepat sangat sangsinya)
Astaghfirullah...tak boleh nih!!
itu la syaitan laknatullah yang suka membolak-balikkan hati manusia ni..(termasuk diri saya)....(nampak sangat saya lemah) tak leh! saya xle kalah dengan hasutan syaitan.....

tapi........no! tiada tapi-tapi lagi...harus tetap pendirian..........

terimalah apa saja yang berada di hadapan kita kalau itu boleh membawa kebaikan dalam hidup....yang penting adalah hati!!.... tidak kisahlah apa-apa peluang baik dan buruk yang datang.....yang penting adalah pembawakan hati kita.....bila niat kita itu ikhlas..maka jadi baiklah..kalau tidak..maka sebaliknya...

tapi..............(la..ada lagi) saya minat kearah itu.....
minat kan boleh dipupuk..macam cinta...kalau tak kenal maka tak cinta...
kadang-kadang..minat juga tidak cukup.....
jadi manusia ni kena bersyukur.........
tapi kita nak yang terbaik....(mana kamu tahu peluang selepas ini terbaik untuk kamu??!!)
pucuk pangkal......bersyukur jadi manusia... yang lain mengimpikannya tapi tak dapat..yang kamu ini senang-senang je dapat tawaran tersebut..nak tolak lagi? memang manusia tak bersyukur tol!
tapi......(ape lagi nih?!)

takutla..........(Allah Maha Memberi Rezeki..pandailah Dia wat kerja Dia...)
masih tak yakin lagi ker?
hurm...entah....(nampak sangat ragu-ragunya)
dah..dah......dengar...peluang tidak akan datang selalu....dah dapat ni..hargai betul-betul....

yang penting..bersyukur atas segala apa yang telah dikurniakan oleh Allah...Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya yang bergantung padaNya....Allah Maha Pengasih dan Penyayang..Dia sentiasa bersama kita..tanpa kita sedari...Dia tahu apa yang Dia buat..Dia tahu apa yang terjadi 2-3 tahun yang akan datang...Dia tahu apa yang berada di dalam hati kita...Dia terlalu kasih pada kita..tidak kisah memberi rezeki walaupun kita berpaling padaNya......(teruknya kita ini)..

so..nak tapi-tapi lagi???
Saya redha...saya mohon moga Allah redhakan hati saya atas segala apa yang berlaku..
saya akan cuba untuk redha......atas apa yang terjadi...Allah sayang saya..sebab tu Dia bagi banyak sangat cubaan dan dugaan pada saya......saya yakin..Allah sudah mengaturkan perjalanan hidup saya sejak di luh mahfuz lagi....

saya punya impian....saya mencari keredhaan Allah.... semoga atas apa yang telah ditetapkan ini mendapat redha dari Allah....

tak apalah...mungkin ini yang terbaik bagi saya...

dan bila mana hati ini menjadi ragu-ragu....dalam pilihan..maka istikharahlah...

p/s:teman-teman..doakan saya yer

Wednesday, March 9, 2011

Terpisah antara kita sahabat....




setelah sekian lama kita bersama..akhirnya ku rasa kita terpaksa berpisah..kerana mengejar cita-cita. ya Allah, peritnya perpisahan..seakan tidak boleh hidup tanpamu.. tetapi apakan daya kita harus berpisah..moga kejayaan kita kelak bakal mencipta pertemuan antara kita..

ingatlah, walau dimana kamu berada.... kita tetap berpijak pada tanah yang sama, kita tetap menghirup udara yang sama, dan..yang penting, kita tetap menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah S.W.T.

doaku, moga ukhuwah kita terus kekal berpanjangan..hanya Allah yang dapat memisahkan kita...moga kau sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Allah.. ku sentiasa berada di dalam hatimu..walaupun jasad tidak kelihatan..ku tetap bernafas di sampingmu..

andai tidak berkesempatan untuk berjumpa di dunia......di akhirat nanti..PASTI...

ditujukan khas untuk: semua sahabat-sahabat yang jauh dimata...~~~ saya rindu kalian semua....

Monday, March 7, 2011

Program Perkasa Pelajar 1




bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

alhamdulilah Allah masih memberi kesempatan pada saya untuk menulis, ini hanya pengalaman hidup saya yang saya kira sangat-sangat bermakna dalam hidup saya ni.

tanggal 18 hari bulan Februari, saya telah mengikuti satu program anjuran Kelab Kesayangan saya iaitu IKRAM, Program Perkasa Pelajar di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Penang. program tersebut bermula pada pukul 3 petang means bertolak dari uitm penang lah... tapi berbeza pula dari saya yang sekarang berpraktikal di Klang, Seawal pukul 8 pagi saya bertolak keluar rumah ditemani oleh sahabat saya NurDinah, untuk ke uitm Shah Alam mengambil Abang Fareez.kami sama-sama menyertai program tersebut.

banyak dugaan yang kami tempuh semasa perjalanan ke penang.
1. sesat di uitm shah Alam (masa nak ambil abang Fareez 1/2 jam sesat)
2. kekangan masa

selepas berhenti makan di rumah abang fareez di cangkat jering, kami meneruskan perjalanan ke penang. jam di tangan sudah pukul 1.15 petang. harus sampai ke penang jam 2.30 petang. sempat ker? mula mengorak langkah, viva kecil itu bergerak 140-150 km/h membelah lebuh raya tersebut. bebelan Abang fareez tidak saya hiraukan yang penting selamat sampai di uitm penang. InsyaAllah.

alhamdulilah..akhirnya viva kecil ini sampai juga di tapak bas pada jam 2.20 petang. masa tu ada ramai orang di tapak bas,tapi macam bukan ikramies jer.... abg fareez nak pegi foodcoart, nk pegi toilet katanyer..so viva kecil nih pun terus meluncur laju ke foodcoart..selepas itu..kami bergerak parking ke tempat letak bas dan menuju ke arah khemah zon menunggu. saya, cik dinah dan abg fareez menuju ke khemah tersebut..dari jauh saya lihat adik sura sedang sabar menunggu, jumpa adik timah dan adik aziah, peluk cium mereka..agak sedih sebab mereka tidak join ppp kali ini..

miss huda pun join juga, nampak nasman, asyraf idris, fizi pun, munawar hanya datang sekejap, iskandar pun, dan tak terkecuali mustaqiim iman pun ade, dan ade lagi junior-junior baru yang saya x sempat kenali, macam najib, afzal, hanafi, nizam,kinah, nadiah, dan banyak lagi.. (maaf..kakak menghadapi masalah untuk mengingati nama kamu semua)

abg shafiq berjumpa dangan saya dan dinah, serta abg fareez,
"wehy, aku nak pegi dengan korg" kata abg shafiq...
jom ler...kereta viva kecil ini pun pergi meninggalkan perkarangan tempat letak bas utim penang. sementara itu bas yang membawa ikramies ke SMS kepala batas telah lama bergerak pergi.. (kena tinggal nih)

dalam perjalanan, kami banyak berkongsi cerita2 yang besh (melepas rindu ler) kami singgah di pekan kepala batas, nak print something. sesudah itu..kereta kecil ini pun sampai ke sekolah yang berkenaan..

first impression masuk sekolah ini SMSKB
1. lawanyer...
2.besarnya..
3.sekolah baru ker..?
4.mesti budaknyer hebat-hebat..
5.harap mereka terima kita...huhuhu

aduhai.. saya parking viva kecil ini di depan dewan dan lantas masuk ke dewan..fuyooo ramainyer...adik-adik yang sedang menunggu..maaf..kami lambat..hehehe tengok muka adik-adik buat saya risau semacam, huhuhu, tahu la kami lambat..relax ah lu..hahaha..saya, dinah dan abg fareez, abg shafiq terus ke belakang sementara melihat abang iskandar (ketua fasilitator) memberi ucapan kata-kata aluan..
ramainyer adik-adik yang join..

tiba masanya perkenalkan diri.. siyess..blurr giler time tu... tak tahu nak cakap ape..ntah ape yang saya merepek kat depan tuh..hahaha..tapi tak kisahlah yang penting adik-adik sume enjoy...huhuhu

eh..ade riadah la...alamak..kena tukar baju, diriku berbaju kurung..huhuhu..lantas start kereta dan meluncur laju ke arah aspuri SMSKB, lawa wehy sekolahnyer..siyesss..adik-adiknya tunjukkan dorm kami.. cheewah.. (teringin nak jadi budak asrama) aduh tingkat 4..tingginyer..penat daki tangga..huhuhu..xpela..jihad! Allahuakbar...hehehe..

riadah sesama kita... kenalkan dulu tepuk semangat.... hahaha... PERHATIAN,HEBAT 1-3, hebat juga yer ketua fasi kita nih..hehehe.. riadah nih..saya yang conduct riadah petang itu,iya adik-adiknya sgt2 bersemangat! main sarang burung...nasib ler tak bawa kasut sport..kalau tak..memang saya yang menang semuanya..hahaha.. yang kedua selepas main sarang burung, kita berpecah,,lelaki ade agendanya, perempuan ade ler..seronok sgt2...main kejar-kejar baling barang..tgk adik-adik macam hepi jer..alhamdulilah..lepas da peluh-peluh main, then masa tu ade perjumpaan dengan adik2 yang muslimah..ade rahsia sikit nak cakap dgn mereka..

makan time! alahai..saya tak dapat makan.....nasi habis..sedihnya.. xpela..saya hanya mandi dan tukar baju get ready tok ke surau..di surau besh pengisiannyer..yang paling terharu abang nizam yang bagi kuliah maghrib.. lepas solat isyak..kita ke dewan untuk LDK 1= pecah ais, or ice breaking, taaruf, sume ler, pembahagian kumpulan, saya dapat adik laki-laki la....wah...kepada adik perempuan jangan frust yer....

sememangnya adik-adik group saya memang mudah mesra dengan saya..like!! alhamdulilah,dapat main game! dapat berkenalan! dapat wat tepuk semangat..sangat besh!! eh..cepatnyer masa......tapi yang penting..nyanyi lagu tema..sesegar...hijau daunan...saya pegi kat adik perempuan mne2..saya peluk jer..so..jangan marah yer...hehehe..uih..ade activiti titanic..memang best, disitu kita dapat tahu bagaimana kekuatan dalam satu kumpulan tersebut dan kerjasama sangat2 penting.terima kasih kepada yang meniup lilin yer..hahaha... memang best kan? walaupun letih tapi terpancanr kegembiraan dari muka adik-adik semua setuju x? ok..adik-adik da boleh tidur...da.. jumpa esok..
hurm..post-morterm yg terpantas..sbb guard nk kunci pintu dalam kol 12 tgh mlm..huhuhu..xpe..esok masih ade..

pagi itu...masa solat subuh..yang geng-geng saya ni adelah pengisian sikit kat belakang...bestnya..adik-adik banyak tanya..itu dan ini..tapi sedih sebab dapat bagi sikit jer..pengisian..xpela..nnt bagi lagi.. sarapan...roti, hot dog, timun, tomato, scamble egg, fuh..sedap..tapi..tulah..saya hnya makan roti sekeping dengan tomato 2 slice jer..lepas itu semua ramai-ramai ke dewan untuk sukan riadah, taichi!! memang taichi abes la...cuba bayangkan ada satu tembikai besar..hahaha... like.. siap ade adegan tumbuk menumbuk lagi...memang best. .

da penat-penat tu tiba-tiba kak aina datang..wah..bagi sedikit pengisian..tentang pengurusan masa, like ditambah pula dengan abang amirul hakimi dengan wasssaaabeee nya.hahahaha...alamak..makan tgh hari lewat la...xpe2 adik2 sgt kuat semangat..masih bersemangat meneruskan program..break 15 minit sebelum ke aktiviti seterusnya..
aktiviti keraskan diri... huu..macam-macam gaya ade...cun sgt2! cun abes la! hahaha..

yeah....bole makan..jom makan...solat zuhur...dan ke dewan semula untuk aktiviti menara cawan... hehehe...kagum betul tengok kesungguhan adik membina menara cawan tu..da separuh jalan tiba-tiba ade je yang tolong jatuhkan..itu lah dunia..dalam dunia ni untuk mencapai satu impian memang susah, banyak sangat dugaan yang perlu kita hadapi..

solat asar, riadah, atau explore race! huhuhu..siapa yang ke check point saya, gelung beracun bersama lilin, hahaha..nasib saya tak tiup lilin tuh..hahaha..banyak..ade 6 check point..saya check point pertama...jgn tinggalkan abg dan kakak fasi yer..hehehe.. da lepas tu..mandi dah senja la.. makan jangan lupa, siap kan diri untuk solat maghrib dan ade lg pengisian oleh ustaz, best sangat! then, teruskan program di dalam surau, diketuai oleh abg firdaus, dimulakan dengan misunderstanding, misteri kepergian abg iskandar...keadaan jadi agak serabut tapi masih terkawal..hehehe..dan...bermula..lah..masuk ke alam..bila lagu senandung Al-fatihah mula berlagu....abg firdaus mula berkata-kata sehingga menyentuh emosi adik-adik,segala video,dipertontonkan membuatkan kita mengenang kembali, dan menghargai orang yang paling kita sayangi iaitu, ibu-bapa, selawat salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, syahdu sungguh malam itu, ia membuatkan kita terfikir kembali apakah kita bisa membalas segala pengorbanan ibu dan bapa kita...?? tepuk dada, tnya hati kita...~~

sahabat, tanpa dirimu, aku sunyi dalam mengharungi onak duri, ku tenggelam tanpamu sahabat, begitula betapa pentingnya sahabat dalam hidup kita, datangnya tanpa kita sedari, perginya kita tangisi, itulah sahabat, peluk eratlah sahabatmu,biar ukhuwah kita berkekelan dunia dan akhirat. misteri kepergian abg is terjawab juga akhirnya, rupanya abg is tak merajuk..saje je dia buat-buat merajuk.. selepas itu, kita dipertontonkan video senyum, banyak senyum2 yang comel akak juga tak terkecuali! hehehe..selepas berpelukan..kami di minta tidur kerana pagi itu ade qiammulai,

pagi yang dingin, dalam jam 5.00 pagi..alhamdulilah qiammulai dijalankan..saya dan yang lain yang tidak terlibat, ade program lain,huhuhu, adik-adik yang muslimah, kita bersama-sama menghirup suasana pagi di perkarangan sekolah sambil tgk bintang, tgk bulan,dan melintasi aspura, hehehe..kita main tiang, dengar lagu..dan..byk lagi,paham-paham sudeh..hahaha.. masa matahari naik,baru kami semu berlari-lari mengejar sarapan...! lapo!

kejap jer da hari ketiga, maknanya hari terakhir, sedihnya, cepat betul masa berlalu, masih ade riadah lagi..pagi itu..kita warming up..alhamdulilah sporting sungguh adik-adik ini..sebelum ke aktiviti yang seterusnya, nyanyi lagu tema lagi... hehehe..ceria sungguh adik-adik.teruja betul saya.. okeh..kita main lagi..sepit baju letak belakang tudung..untuk yang perempuan..permainan ini kita pisahkan..laki dengan laki..perempuan dengan perempuan, sepit baju itu nyawa adik-adik..hehehe..bermain di padang sana, sukanya adik,gelak ketawa sampai baring-baring pun ada..hahaha...lepas abes game itu, yeah..LDK terakhir iaitu Shoot the moon, ni lah saat yang paling sebak sekali, group kakak, yang laki-laki, wafi,taufiq,mukhris,asyraf,khairul,amirul,adi,nazmi,kamal,hazim,azam, dan sesiapa yang tidak disebutkan nama (akak memang menghadapi masalah untuk mengingat nama) akak sayang dekat kamu semua, sama juga pada semua adik-adik SMSKB kakak sayang kamu semua...~~ingatla segala pesanan kakak dan abang semua.

majlis penutup, alhamdulilah, semua berjalan dengan lancar..bagusnya.. montage yang lawa, credit tu kakak sura!!

lepas makan, solat, kemas barang, ke dewan untuk berpisah, tangkap gambar, hurm..saat yang paling tak best ialah perpisahan, beratnya nak langkahkan diri ini keluar dari pagar sekolah tuh..sangat sedih la..sebak betul.. disaat tangan ini bersalaman, disaat bahu bertemu bahu, dipeluk erat satu-satu, ade butiran permata jatuh ke pipi setiap antara kita, sangat sedih,syahdu,apa yang kita kongsikan selama 3 hari 2 malam ini tersimpan kemas dalam lipatan sejarahku...

sesungguhnya tidak sia-sia ku merentas jauh dari selangor ke penang semata-mata untuk menghadiri program ini, best sangat, banyak memori yang saya kumpul, sebak,pilu, bila nak berpisah dengan adik-adik, berpisah dengan ikramies, adik-adik seperti tidak rela melepaskan kami, nak wat cam ne, kita harus berpisah, moga tercipta pertemuan antara kita..satu hari nanti..jangan lupakan kakak disini,

bas uitm bergerak keluar dari perkarangan SMSKB dihiasi dengan lambaian adik-adik dengan deraian air mata..terasa lemah kaki ini untuk memijak pedal minyak, sejurus itu, adik-adik mengerumun kereta viva kecil ini seperti tidak mahu viva ini melangkah keluar seperti bas uitm tadi..tapi apakan daya..ia harus melangkah pergi, jauh destinasi nya iaitu pulang ke selangor kembali....

akhirnya viva kecil ini pergi jua, meninggalkan SMSKB yang menyingkap 1001 kenangan indah antara kita...~~

P/s: jaga diri, miss u all, ingat segala pesan kami, moga ketemu lagi....