Thursday, July 8, 2010

Kesakitan dan fadhilatnya


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah, kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih diberi kudrat untuk bernafas dan menghirup udara segar di bumi Allah ini. sama-samalah memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi.

ana hanya ingin menulis tentang kesakitan, penyakit, dan sama waktu dengannya. semua orang didunia ini akan merasa sakit, kesakitan, menghadapi penyakit. dan segala-galanya.

sungguh bertuah kepada sesiapa yang telah diuji oleh Allah dengan segala bentuk kesakitan. disini, 1001 bentuk kesakitan yang diberi oleh Allah kepada hamba-hambaNya. ada seorang sahabat ana yang sedang menderita menghidap penyakit buah pinggang yang agak serius. dalam sebulan sekali sahabat ana itu akan berulang-alik ke hospital untuk membuat dialisis yang boleh dikenali sebagai cuci darah. sesungguhnya sahabat ana itu sangat tabah dalam menghadapi kesakitan itu.

selain itu ada juga sahabat ana yang menderita kesan daripada kemalangan. terdapat pendarahan dalam otak yang telah mengganggu saraf-saraf yang penting seperti saraf mata dan yang lain-lain. sahabat ana ini menjalani hidupnya dengan payah sekali.
"mata ni kabur lah..tak nampak sangat bila berjalan"
"sakit sangat-sangat samapai dah tak tertanggung lagi"

itu antara rintihan-rintihan yang sempat diluahkan pada ana. ana melihat sahabat-sahabat ana tu walaupun penyakit yang dideritai itu tersangatlah teruk, tetapi semangat juang mereka tetap kental, sabar dan tabah.

Allah menghadiahkan dugaan kepada hamba-hambaNya dalam pelbagai bentuk, antaranya dalam bentuk kesenangan, kemiskinan, kekayaan, kecantikan , kesakitan, tetapi sedarlah hakikatnya bahawa Allah mencipta semua itu tidak lah sia-sia.

kepada sahabat-sahabatku yang lain yang diuji dengan kesakitan, maka bersabarlah, sesungguhnya Allah sangat menyayangi kamu, itu tandanya Allah prihatin terhadap diri kamu, Allah sangat sayang pada kamu. semoga Allah tiupkan semangat juang yang tinggi pada sahabat-sahabatku yang tengah menderitai penyakit yang berbahaya. usah kamu gentar dengan kesakitan itu, kuatkanlah semangat, dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kamu.

No comments:

Post a Comment