Tuesday, December 18, 2012

~Melawat Kesayangan~

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum WBT

hati ini teringin nak terimbau kenangan manis saat walaupun sekarang ini agak kritikal dengan pelbagai dugaan khususnya dalam pelajaran. banyak lagi assignment yang minta ditaip, banyak lagi buku yang minta di baca. namun ia tidak sedikit pun menganggu mood ku yang tiba-tiba terfikirkan kenangan manis masa lalu.

pada Ramadhan yang dulu, aku si dia dan dayah, pergi ke SMS Kepala Batas untuk bertemu dengan kesayanganku yang lebih kurang 1 tahun tidak jumpa. terakhir ku berjumpanya semasa dia dalam tingkatan 3.

lama juga plan benda ini, dan akhirnya berjaya juga, kereta viva kecil ini sampai betul-betul di hadapan aspuri nya dan menunggu kesayanganku ini,taufik dan dayah masing-masing menunggu kedatangan adik ini.. kesayanganku ini bernama husna..pelajar tingkatan 4.. 

bila nampak je dia, ku terus berdakapan dengan nya. selama ni kami hanya berhubung melalui internet, dan telefon sahaja.taufik dan dayah hanya mampu melihat jejak kasih kami dan tersenyum

husna ni pemalu, nasib ada dayah, tu yang dia mula selesa dengan dayah, taufik pula masuk jarum, masa tu husna selsema,batuk, takde suara, nak cakap pun perlahan ja.alolololo.....

satu kepala batas juga kami berjalan..dari satu kedai sampai ke satu kedai, dari satu masjid, sampai ke bazar..memang best. beli hidangan untuk berbuka.

tapi masa tu kami bermain dengan masa, sepatutnya kena hantar husna dalam jam 6 ptg, tapi masa tu da lewat kami sampai ke aspuri husna jam 6.25 petang. kami bertiga berjalan-jalan kaki menghantar husna ke aspuri nya memandangkan kami lewat jadi kete viva kecik tu tak bole masuk lagi ke perkarangan asrama.

jadi husna pun membawa kami jalan-jalan melawat sekitar sekolahnya, mengenang PPP1 program di sekolah nya ketika dulu, segala memori bagaikan terlayar di dalam kepalaku..dan bayangan dia tiba-tiba hadir, sebak bila mengenangkan dia, dia telah lama pergi terus tinggalkanku tanpa khabar berita, hurm..

tapi hakikatnya aku masih ada taufik, dia lah racun, dia juga penawar, ade husna yang mendokong dan menyokong. biarlah, yang lepas, biarkan berlalu...

saat perpisahan yang tak boleh nak aku hadapi, ia sakit, sangat-sangat sakit, pertemuan yang singkat membawa pada penyatuan hati. husna di tinggalkan dengan beribu-ribu kata semangat dan perangsang, agar satu hari nanti husna berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

ku melihat langkah husna amak berat untuk balik ke aspurinya. dia masih ingin terus bersama kami, taufik tak habis-habis dengan humour nya. dayah tak lekang dengan kata semangat kat hikmah, dan tidak lupa ku juga kata-kata harapan agar ukhuwah kita berpanjangan.

dia menghantar kami ke pintu utama, walaupun separuh jalan tapi amat bermakna bagiku, dia asyik bersamaku, ku lihat air matanya jatuh. ku lihat dia masih tidak mampu berpisah denganku, dia ingin sentiasa denganku, ku lihat dia enggan melepaskan ku pergi. aku lihat air matanya terus-terusan jatuh. aku dilanda perasaan sebak dengan melihat air matanya itu, perpisahan tetap terjadi, taufik dan dayah main peranan, masing-masing pergi jauh untuk memberi peluang pada kami bersama di saat-saat akhir. 

di dalam sendu yang berpadu, ku gagahkan juga perpisahan ini, yang bertemu pasti akan berpisah. husna seakan faham dan cuba melepaskanku pergi.namun air mata nya tetap jatuh. harapan kami tetap ada, iaitu ingin ketemu lagi.andai tidak di dunia, di akhirat nanti pasti..

gengaman tangan kami terlerai, pelukan kami juga terlepas, saatnya sudah tiba, nak tak nak perpisahan harus terjadi..dengan berat kaki aku melangkah meninggalkan dia dan menuju ke arah taufik dan dayah yang setia menungguku, sambil berjalan aku menoleh, husna setia memerhatikan kami berjalan terus ke pintu pagar sekolah. melihat kami telah hilang di pandangan, husna terus membawa diri ke aspuri dengan semangat dan azam yang baru... <3 b="b">

Kesayanganku Husna

dari kiri Husna, dila, dayah

husna dan Abg Taufik

Nice kan?

P/s: bila rindu, terkenangmu sayang, terasa sayu, syahdu nya jiwaku, bila malam..makin kelam, jauh terbang diriku melayang...

*andai Husna baca entry ni, ketahuilah betapa kakak sayangkan kamu dik, bila mana jalinan kita sudah bertaut, hanya Allah sahaja yg mampu memisahkan..
Ukhuwahfillah abadan abada

una jaga diri di kejauhan sana ya.... miss you dik..

~UnTuk Dia~


Bila mana diri ini sedih dan pilu,
kau hadir memberi sejuta rahmat,
membawaku kembali ke pangkuanNya,
Dengan Lawak Jenakamu,
Cukup Buat ku tersenyum dan ketawa.

Dengan kata-kata hikmahmu,
Cukup buat ku rasa bahagia,
Gelak tawa kita seakan tidak hilang.

Penat lelahmu dengan aktiviti harian,
Tidak cukup itu dengan melayan karenahku,
Kadang-kadang hati ini rasa serba salah,
Kerana mengganggu kehidupanmu,
Tapi, kau tetap cuba untuk menceriakan hariku.

Wahai naqibku, andai bisa ku menjadi naqibahmu,
Saat impian menjadi satu,
Sama berkongsi tentang keajaiban PenciptaNya,
Dan kita sama mengejar mencari keredhaanNya,
Demi mencapai matlamat yang satu,
Iaitu, Cinta kepada Allah.




~Penawar Rindu~


P/S: Bukan siapa-siapa, hanya makhluk Allah yang sama-sama mencari keredhaan Nya. 

Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah Berkumpul kerana kasihkanMu,
bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman..

Amin Ya Rabbal A'lamin..

Lama menghilang...

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum..

Erk.. rasa nya agak lama juga belog ini tidak aktif.. Tuan punya belog sibuk dengan tugasan harian..tak pelah..lepas ni banyak benda yang bole update.

banyak sangat perkara yang terjadi..tak tahu nak luah mcm mana..apa-apa pun moga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Allah..

Amin.. Ya Allah.