Friday, April 13, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol.8

Bismillahirahmanirahim...


Assalamualaikum WBT.

hari ini hari Rabu..woo..lepas berseronok dan sedih2 semalam, saya pasangkan tekad untuk berdiri dan try to achieve my mission. i hope, before i go back to Klang, i have to make sure that, our Ikramies sibling are being together and helping each other and make sure that they will took care our lovely Kelab. 


adoyai berspeaking pulak saya ini, dan aktiviti untuk hari Rabu ini sangat membosankan sedikit sebab..adik-adik saya semua pegi kelas.. 
"apa barang gi kelas, lihat macam saya! da cuti da.senang hati ja" kata-kata itu sering saya ungkapkan pada mereka, dan reaksi tak puas hati dan tumbukan manja sebagai hadiah yang terbaik dari mereka. ala, nanti time kak da stat belajaq, hampa plak cuti noh...


dan saya membawa diri ke Laman Siswa untuk online, yela.dah xda kelas kan? hehehe.. sambil memerhati gelagat dan tingkah laku student sekarang ini. 


malam ini ada meeting untuk PSK MRSM Kepala Batas la.. dan saya telah diberitahu oleh Tuan Izram yang dia menjemput saya dan muslimah yang lain untuk turut serta dinner sebelum pergi ke meeting. 


saya dengan senang hati nya setuju sahaja. tapi tak makan pun just minum air ja.hehehe.


dan di malam itu saya lihat ada segerombolan budak-budak lelaki datang, peh, ramainya datang, 3 meja juga bersambung. dan saya aiffah, syikin salim, dan cik noor syalwana antara muslimah yang hadir, tidak mengapa, haikal salleh pun ada, so.. meeting bole siap lambat sikit, haa... tiba-tiba mata ini tertumpu pada seseorang, yang urmm good looking, saya tak penah lah jumpa dia, siyes! 


sapa pulak la dia nih.. xpa la maybe kawan dorang or maybe adik saya. dan masa tengah dok kacau tuan izram makan, tiba-tiba lengan saya terlanggar gelas dan tumpah terkena kunci kereta saya. terkejut betul saya, nasib baju tak basah.


bila nak balik kampus! tiba2 something happen! alarm saya tidak berfungsi! wehy..sedih ouh!! giler2.. satu permatang pauh bole dgr bunyi alarm saya yang bising itu, dan dengan kepakaran Nor Izlan, akhirnya alarm saya berfungsi juga, alhamdulilah.


dan saya terus bawa kereta masuk untuk hadiri meeting psk ini. dan di sini tibalah masanya diumumkan partner untuk fesi tok program yang akan datang..


"ok! hazwan dengan syiha yer" kata along..
tiba-tiba mereka semua pelik, kenapa syiha? kenapa mereka.
saya tak pelik saya siap dah get ready nak warning dengan hazwan kamil supaya jaga-jaga sikit dengan syiha tuh, mesti cantik adik tuh, tengok nama lah kan, S.Y.I.H.A peehhh...


"sori-sori.. kalau macam tu kak dila partner dengan syiha" tambah along.
so..saya pulak yang kompius, xpalah x kesah pun partner dengan perempuan, dan mereka-mereka semua terus memandang ke arah saya dan tersenyum, lagi saya pelik pe ke hal nya dorang wat cam ni, dan timbul niat di hati.
"syiha yang mana?" tanya saya pada izlan dan faris yang kebetulan berdekatan dengan saya. Subahanallah! sebenarnya, syiha tu laki-laki. saya mati2 ingat syiha itu perempuan. bila mata kami bertemu! dia la orang yang dinner kat de mara tadi, yang hensem tuh! peehhh... saya wat muka phyco saya sambil tangan ini mengepal penumpuk dan lagaknya umpama nak belasah orang, dan adik-adik saya dah mula ketawa bila melihat aksi saya.


"abeslah kau dengan kak dila! abes lah," kata Syakir lagi menakut-nakutkan syiha, dan caen juga berkata itu ini sebagai penambah rasa.. 


dan dari situ saya mula kenal dengan syihabbudin. 


peh...kurniaan Allah, keindahan Allah ini memang sangat menakjubkan, bila melihat dia saya terus memujiNya, tak sangka ada orang sehensem ini yer kat dunia nih, tapi bila melihatkan first impression dia pada saya, saya yakin, dia memang sangat kurang selesa dengan dia.


oleh sebab itu, saya bertindak untuk bersemuka dengan dia seorang perseorangan. dan saya cuba fahami dirinya. ya! susah juga nak fahami dia, sebab dia agak kurang serius sikit. dan dia macam annoying sikit. syiha annoying pada mulanya, bila saya ber"dating" dengan nya di laman Siswa, yeah! saya cuba runtuhkan dinding antara kami berdua..


"yup! kita baru kenal dik, kan kita kapel fesi, kita kena cuba cipta chemistry di antara kita"terang saya. apa yang saya buat bukan sia-sia. ada sebabnya.
"erk..ya kak.."syiha ni memang agak susah nak lenturkan dia...kena amek masa...saya akan usahakan juga semoga dia tak kan rasa malu-malu untuk conduct or bekerjasama masa psk nanti. dan banyak yang telah saya rangkakan. dan banyak juga idea yang saya minta padanya. iya! dia susah nak serius..nak kata main-main tak pula, pelik juga si syiha ini.mungkin ada sesuatu yang menganggu nya yang membuatkan dia jadi begini. 


ya! saya dah slow talk dengan dia, mungkin belum nak berkesan lagi tapi tak pa..kita tunggu ja nanti.dia meninggalkan saya untuk pergi ke kelas. dan saya bersendirian lagi..


itu la rutin saya kat uitm penang ini. 


dan hari khamis saya dapat lamaran daripada adik-adik supaya menyuruh saya menemankan mereka untuk pergi berkolarberasi dengan pihak sekolah mrsm di kepala batas. saya yang sememangnya free saja sepanjang masa bersetuju untuk menemankan mereka semua.


dan perjalanan pun bermula, dari permatang pauh nak ke kepala batas tidak lah begitu jauh. dan yang naik kat kereta saya ialah Fatin, Along dan Wafi. sepanjang perjalanan, ada ja lawak-lawak yang kuar dari mulut fatin, dan along juga turut serta dengan aktiviti tersebut, tak cukup dengan itu Wafi dengan mulutnya bising membebel itu ini lagi membuatkan kami semua tergelak guling-guling.


masa perjalanan saya nampak sebelah kanan saya SMS kepala Batas, iya! saya sangat-sangat merindui sekolah itu, kerana IKRAM juga penah memotivasikan sekolah itu, dan adik-adiknya, terlalu hebat!!!! dan hyperactive. saya merindui adik-adik lelaki saya di sana..dan yang perempuan juga..


terimbas kenangan yang terlayar di situ, kesusahan kami Fareez, Dina dan saya melayari perjalanan itu memotivasikan mereka. kami dalam rush kerana kami bertolak jam 9 pagi ari jumaat, kami kena pastikan yang kami perlu sampai uitm penang selepas solat jumaat.


dan perkongsian abg fareez benar-benar berkesan di dalam hati ini..


dan saya sampai di perkarangan mrsm kepala batas, saya sangat teruja melihat sekolah nya yang sangat-sangat membangun, dan mereka-mereka semua pergi ke pejabat untuk berbincang, berunding, dan semua sekali. 


tinggallah saya dan fatin di ruang menunggu. dan dari situ kami berbual panjang, panjang sangat, apa yang terbuku di hati saya terungkai satu per satu, segala persoalan terjawab sudah. dan saya kagumi dak kecil di sebelah saya ini. dan ramai ikramies kata yang perangai fatin ni serupa dengan saya, dan cara kami senyum pun ada iras-iras, haaa...adik kan! mesti la sama.


dia explain kat saya satu persatu apa sebenarnya yang terjadi segalanya, dia menrungkai kan segala kekusutan dalam kepala saya nih. apa-apa yang saya tidak faham dan tidak puas hati semuanya dia explain kembali pada saya. best bersembang dengan dia nih. gelak tawa sama-sama..comel lah dia nih.


tengah kami berborak sambil ketawa tiba-tiba ahli jawatan tertinggi yang menguruskan program ini keluar. dan tiba-tiba saya rasa semacam. melihatkan riak muka mereka yang redup saya pasti ade something yang happen di dalam sana.


dan saya tak tahu apa yang mereka bincangkan, dan saya pasti ada yang terjadi. mereka masih berbincang dan berbincang, saya nampak muka Haikal Salleh kerut seribu. dan rombongan kami pulang dengan kekecewaan..dan untuk meredakannyer kami semua singgah di tepi jalan makan cendol.


saya memecut kereta laju meninggalkan kepala batas, kejarkan kelas along dan kokorikulum fatin membuatkan saya menekan padel minyak untuk terus sampai di uitm Penang. 


dan setelah selesai menghantar mereka, saya kembali ke bilik, bersedia untuk episod sedih meeting malam ini. saya dan yang lain pun berkumpul untuk meeting malam ini, haikal salleh yang lead meeting malam ini, dan suasana sunyi menyelubungi meeting malam ini, Haikal mencari muka saya untuk meminta kekuatan dari saya. .saya hanya memandangnya dengan penuh harapan agar dia mengerti bahawa apa pun yang terjadi saya tetap menyokongnya. 


banyak tarian-tarian dan joget-joget lambak yang dipertontonkan dan itu semua tidak cukup untuk mengusir rasa sebak saya. dan saya memandang semua ahli ikram yang hadir dan mata ini terhenti pada si dia! eh dia pakai baju warna hijau la! sama macam saya.! baju saya pun warna hijau! betul-betul sama warnanya..! yeah! sama sangat-sangat.. dan hati ini kembali berbunga


"eh! kita pakai baju sama la!!" kata saya pada dia, dia tersenyum dan teruja dengan kebetulan ini. ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sedih saya tapi... saya terasa macam, saya nak balik. saya tak nak dengar lg tetapi bila mengenangkan adik-adik yang memerlukan kekuatan dan semangat saya tetap gagah berdiri di situ. 


dan kenyataan yang perit itu berjaya haikal salleh luahkan, dan warga ikram terdia dan terkejut, saya duk di belakang diam, dan diam, dan saya lihat mereka juga turut terdiam, saya terasa seperti roh terbang dibawa angin lalu, hanya jasad yang masih di sini. along cuba explain apa yang terjadi, saya memandang syiha iaitu partner tak jadi saya, saya lihat raut wajah nya yang redup, ya! saya nampak! dia excited untuk menjadi fesi..dan semuanyer sedang tengah explain tiba-tiba dayah tundukkan muka ke meja, lagaknyer seperti orang menangis, kalut seketika, yang perempuan semua try pujuk dayah tapi dayah tetap membatukan dirinya begitu, saya mengambil inisiatif untuk membawa dayah keluar supaya ikramies yang lain tidak risau dengan keadaan sebegitu.


di luar, saya minta dayah untuk habisi sisa air mata nya, saya cuba mendiamkan diri dan menunggu untuk dayah bersuara. 


"kak, kenapa program ini batal, dayah kesian kat haikal, dayah tahu haikal berkerja keras untuk program ini! dayah tak sanggup nak tengok haikal kak, haikal tak tidur malam dan last2 macam ini kak..dayah sedih sangat" terang dayah panjang lebar..


dan saya terdiam untuk seketika, blurr..tak tahu nak cakap macam mana.. dan alhamdulilah Allah mengilhamkan something...


"dayah, hidup kita ini macam menara cawan, kita hampir sampai ke puncak, dan tangan2 yang zalim itu lah yang meruntuhkannya iaitu cabaran, macam itu lah sekarang, kita hampir nak pergi program, dan disebabkan something kita gagal, runtuh cawan kita dik." terang saya.


"dayah jangan lah nangis, dayah kata dayah kesiankan haikal, tapi apa yang dayah buat ini lagi buat haikal sakit, lagi wat haikal menderita, dayah kena support haikal, tapi bukan dengan menangis begini" panjang lebaq saya explain kat dayah. 


saya lihat tangisan dia mula reda, dan dia mula tersenyum, saya mengusap belakang badan nya untuk memberi semangat, saya harap dia bersemangat untuk ber semangat pada sahabatnya haikal. dan kami berdua tersenyum lalu masuk kembali ke kelas untuk meeting.


suasana dalam kelas agak haru biru, meeting dah lama habis tetapi tidak bersurai lagi kerana menunggu tag nama untuk psk ini sampai. saya berborak-borak dengan adik-adik yang lain sementara menunggu ketibaan tag nama itu.


dan tag nama sampai dan di edarkan kepada semua yang terlibat, saya sempat merakamkan aksi-aksi mereka dalam sniper saya ni. macam-macam aksi yang saya dapat rakam antaranyer video mengenai..


"hai MSRM..Cak..cak..!" jerit semua..


dan saya sempat menyuruh wana untuk merakamkan gambar saya dengan si dia kerana baju kami warna sama! dia sama sekali tidak kisah pun! best! syiha mendekati saya dan tersenyum kecil.


"kak, tak da rezeki nak partner dengan kak," kata syiha.
"partner tak jadi" kata saya.


dan gerak kerja untuk program PSK SMK Dato Onn di teruskan dengan membawa gerak kerja mereka di smk dato onn nanti.


dan apabila masing-masing dah tinggalkan kelas itu tiba-tiba Tuan izram bersuara


"dila ari sabtu kita main bowling nak! kita wat kat summit!"cadang tuan dengan excitednya..
"ok boleh ja,,dila uruskan muslimat abg uruskan muslimin ya! nanti pape hal kita mesej ya!" kata saya.


dan kami masing-masing meninggalkan bangunan annex untuk kembali ke bilik, dan saya pasti episod sedih ini berakhir di sini....


pasti ada kenangan yang terlakar selepas ini..


dan kenangan itu akan membuatkan kita lebih rapat lagi...


dan saya lupa nak mintak no. dia!! msej dayah lah! hehehehe


semoga saya masih boleh bersama dengan mereka lagi..


bila melihat dada langit, kerinduan pada keluarga mula membuak-buak, dilema menyerpa, matlamat saya masih belum capai, saya masih tak boleh tinggalkan mereka..


dan melabuhkan badan di atas katil setelah seharian bekerja keras... dan mata ini berkelip-kelip sambil akal memikirkan sesuatu...tak leh pikir dah..mata ini harus tidur, esok ada banyak urusan lagi..


dan mata ini lama kelamaan terpejam juga.. dan terus "mati" dan dengan harapan masih ada lagi nyawa untuk esok dalam mencari keredhaanNya..


To be Continue...


P/s: kamu semua kekuatanku..







2 comments:

  1. Ehhh....ade cakap pasal SMK datoo onn? waa~ kak Dilah..story ni sedih laa T_T"

    ReplyDelete