Monday, April 16, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol. 9

Bismillahirahmanirahim..


Assalamualaikum..


rentetan daripada episod sedih kita semua kerana psk mrsm tidak jadi so masa lapang saya, saya habiskan untuk explore dengan budak-budak ikram nih. dan dari situ saya cuba lagi selami apa sebenarnya masalah dorang semua nih. apa yang membuatkan mereka semua jadi begini.


ari jumaat sepatutnya kami bergerak ke mrsm tapi, itu lah, kami semua masih lagi berkabung kerana program mrsm yang tak jadi. ari jumaat itu berlalu pergi, dengan harapan membawa semua episod duka kami terbang ke langit hilang terus tanpa perlu sedih lagi.


dan hari ini fatin ketua fesi ada bincang sikit tentang projek besar untuk program esok. saya memang suka projek besar-besar ini. saya dan fatin berbincang dan tergelak besar seketika dan kami serius kembali, benda itu berlarutan dan saya tak sabar untuk laksanakan projek itu.


"atin kne pastikan dia pergi! kalau tak rosak plan kita!"kata saya
"ye kak! dia pergi! kak jangan risau! dia pergi!!"kata atin semangat sambil membesarkan biji mata nyer.


perbincangan kami berakhir dengan gelak tawa dan adengan tampar menampar.. dan saya akan pastikan projek esok pasti akan berjalan dengan lancar.


hari Sabtu..


pagi itu saya bangun awal. nak main bowling kan, oleh kerana ini adalah kejohanan bowling ikram saya akan kenakan t-shirt ikram yang berwarna hitam, selalunyer aktiviti bersama ikramies saya akan kenakan baju hitam ini, bukan sebab tak da baju lain tapi, sebab baju ini tercipta khas untuk ikramies that why i'm wearing if i hang out with ikramies.


saya tak tahu berapa ramai yang terlibat, mereka semua berkumpul di kedai mamak sebelah kiri Lp. saya bergerak keluar dan parking kete saya di BKBA. dan terus menuju ke kedai mamak, dan bila saya sampai, saya dapati terlalu ramai orang, bukan orang yang nak makan situ, tapi adik2 saya lah.. wah..sambutan sangat menggalakkan. lebih kurang 25 orang yang hadir.


syiha mendapatkan saya..lantas tersenyum manis menyerlahkan lagi kehensemannya.


"kak, makan kak..!" pelawa syiha


alhamdulilah rentetan dari perkongsian kami berdua tempoh hari, syiha mula rapat dengan saya, dia dah tak malu berdamping dengan saya. bagus! satu perubahan yang baik. saya nampak farhan daud gelisah, yela dia sedih sebab tak dapat pergi bersama kami kerana test pastry yang terpaksa dia jalani. dia pergi lewat sikit.


saya hanya memesan milo sahaja sebagai alas perut, ramai adik-adik ikram yang hadir.. memang penuh lah kedai mamak itu. dan dari jauh, saya nampak dia, ber t-shirt merah dan berseluar jeans. rambutnyer tersisir rapi. datang mendekati kami semua. izlan tak habis-habis dengan jenaka dan lawaknya campur dengan tom dan syakir. dan pada masa itu saya tahu satu kenyataan yang tom dan izlan ceritakan pada saya mengenai PPP tok jaya


"kak..kak nak tahu tak, kak ada cakap kat syakir yang kak nak amek first aid dia kalau dia kacau group kak kan?"
saya cuba ingat balik, bila masa saya cakap macam itu ye kat syakir, ya!!! saya ingat! masa menara cawan!
"dia take serius pa yang kak cakap tu, dia terus tak kacau kak dan pegang first aid dia rapat2" jelas izlan lagi.


setelah izlan menghabiskan ayat terakhirnya, saya terus ketawa, serius saya gelak, ketawa semuanya. saya lihat syakir dan tunduk muka dan buat muka sedih nya. saya habiskan saki baki gelak saya dan..


"la...kak gurau jela! xda makna nya kak nak amek first aid tuh la"kata saya
"mana la saya tahu kak, kak kan senior, macam-macam kak boleh buat, buatnya hilang first aid ni mati saya, ni first aid baru taw, first aid ikram" jelas Syakir
"ya! kak tahu la, saja ja kak nak nyakat kamu time tuh, tak tahu plak kamu take serius maaf ya!" balas saya dan semua yang mendengar tu terus ketawa dan syakir ikut ketawa juga


itulah syakir, dan gelaran "first Aid" itu kekal hingga sekarang.


dan setelah itu, semua nya dah cukup, tak ada lagi yang tertinggal, kami bahagikan siapa yang kena naik bas, sapa yang kena naik kete dan sapa yang kena naik motor.


saya, atin, auni, syiha, dan fathin.. ikut saya naik kereta viva kecil nih.. si dia tu bawa motor pula. . untunglah ada motor kan..dan kami gerak lewat sikit, sebab bagi yang naik bas sampai dulu ke summit. dan kami semua bergerak menuju ke summit dan sebelum tu singgah jap kat kedai kek di Perda! haa.. beli kek..
sebenarnya hari ini hari lahir Along senior. tu lah projek nya. so, kami beli kek dan topi khas untuk along dan selepas itu kereta viva kecil ini terus meluncur laju ke summit.


kami sampai summit lewat sedikit daripada mereka. then masa tu kalut nak group dengan sapa. saya pun pening nak group dengan sapa. tapi tiba-tiba akal ini berlampu-lampu.. saya nak group dengan dia lah. saya tak kira dia bagi ke tak..yang penting saya nak group dengan dia.. dia pun tak kisah saya masuk dalam group ni. so..ahli kami ialah saya, dia, besday boy (along), Tom, dengan syakir kot. .maaf lah kak sedikit lupa. hehehe.. kami main dua game! haa..


"dengan ini kejohanan bowling ikram, bermula"kata Tuan, dan sejurus abg Tuan selesai berkata maka perasmian bermula, along junior melempar bola sebagai tanda perasmian dan game pun bermula. saya sangat-sangat excited. dan rezeki saya mencurah-curah kerana saya dapat 3 strike sekaligus, Kaw ada? hahaha.. Izlan mencemik muka bila melihat saya strike lagi.


"izlan...!! tak nak tengok ka markah kak bape??" kata saya saja mengundang kemarahannya, izlan buat muka. sama juga dengan Tuan dan along junior.


yang bestnya main bowling ini sebab, nanti masa nak baling, ada ja adengan kacau mengacau nih. tu yang annoying tuh. saya lihat group sebelah saya, muhaimin mustaqim dengan, shafika, tiba-tiba saya macam terdetik sesuatu...hehehe.. fine!!


dan dari situ saya dapat kenal lagi dekat dengan si dia, dan apabila saya dapat strike, ahli group saya dan si dia memang sangat-sangat teruja sekali. 


"sakit tangan, kak pakai bola 12"kata saya
"uih berat tu kak, memang la sakit" kata dia


yup! memang pelik kalau perempuan guna bola 12 sedangkan dia guna bola 10 ja. saya suka sebab dia berat dan lebih consisten. tapi kesannya tangan saya sakit.


disamping membaling bola, mengolek bola, ada lagi aktiviti sampingan iaitu, photoshoot la, kekuatan kamera ada 2 kamera saya dan kamera dayah, farhan pulak tak bawak sniper nya, dan dia sampai sedang kami dalam pertengahan game yang pertama. semangat ouh dia nih. 


senyum sana, senyum sini, peace sana peace sini, memang excited bila dapat merakam gambar dan memang ikramies ini memang suka giler tahap meroyan bila ada kamera yang nak shoot kat mereka. termasuk saya lah. tamatlah sudah 2 game kami main, syalwana da sakit tangan, ayu pula tersipu malu, najib pun da mula letih. Firdaus jalil pun masih lagi bersemangat, fizie jangan cakap lah, asyik tersenyum ja, bergambarkan. .


wah..ada dapat hadiah lah, dapat award, dapat title, dan yang penting saya dapat sepit baju yang cute sangat-sangat. ala..si dia tak menang award, tapi tak pelah, awak menang award di hati saya..cheewaahh! kelas kaw jah! kaw ada?!!


setelah itu, mereka solat zuhur, dan akan tunggu di groud flour untuk gerakan seterusnya.


sedang saya meng usha mana-mana side yang bole saya shoot gambar ini tiba, saya nampak dia, syamim dan najib di eskalator, dan saya terus shoot gambar mereka, mereka sedar dengan kehadiran kamera lalu mereka dengan pantas mendaki balik eskalator itu untuk mendapat pemandangan tinggi, melihat cara dorang mendaki eskalator yang khususnya untuk turun itu wat saya geli hati. kiut sangat dorang semua ini.


dan kami berbincang untuk pergerakan seterusnya, kami semua akan bergerak ke jusco untuk makan, ha..kelas kau jah! makan kat jusco, kat food coart ja! dan daripada situ saya kena amik feel untuk laksanakan projek terbesar itu. 


dan kami semua ke stesen bas untuk menghantar mereka naik ke bas. oleh kerana bas tak gerak lagi, saya dan geng yang naik kereta dan moto tunggu sehingga bas rapid ini bergerak. sambil menunggu banyak yang kami kongsikan. 


"tak salah kan kalau ada bakal, kami kedua-dua belah pihak dah setuju," kata syiha 
saya tak terkejut kalau orang sehensem syiha ini dah ada pendamping, saya cuma beritahu apa yang betul dan sebolehnya tidak mengecilkan hati sesiapa pun.


dan bas rapid itu bergerak, si dia pun bergerak dengan motor kesayangannya, dan kami juga bergerak menuju ke kereta. dan tiba-tiba ada benda berlaku.


kereta saya tak boleh buka! tekan alarm pun tak nak bunyi! saya dah gelabah! saya dah tak tahu nak wat apa, nasib syiha fatin, teyn2 dengan wana menenangkan saya. aduh kalau kereta ini tak boleh buka, projek semuanya tidak menjadi, kerana barang-barang ada dalam kereta saya ini, kehulur ke hilir ke kedai bateri,


"kak, meh sini kunci tuh"kata syiha dan saya terus beri padanya tanpa banyak soal.


ntah macam mana syiha dok tekan..tekan tiba-tiba berbunyi la alarm kereta tuh. saya tarik nafas lega Ya Allah, alhamdulilah... saya tak nak guna alarm lagi, saya nak pakai manual ja. risau la! dan usai menghidupkan enjin, kereta kami terus melunjur laju terus ke jusco, dan serius! kami lewat! dalam 1/2 jam kami lewat rentetan daripada musibah ini. mungkin Allah menyuruh kami lebih berhati-hati dan beware...


saya sampai jusco dan atin dengan kawan-kawan nya berjumpa di depan secret recipe untuk melaksanakan projek itu, selebihnya pada saya, dan kami berpisah, saya, syiha, teyn-teyn dan wana terus ke food coart di mana mereka menunggu. sementara atin dan kawan-kawan nyer kelam kabut nak hidupkan lilin pada kek khas untuk along Senior.


dan saya terus masuk mood, provokasi harus dijalankan khas untuk si mangsa, besday boy Along, saya sampai di food coart dan ketika itu mereka semua tengah sibuk dok beli makanan segala. saya lihat meja itu sangat panjang, di cantum-cantum kan, yela 25 orang kan. 


dan apabila semua sudah duduk, saya mulakan provokasi pada along. 


"sebenarnya kak tak puas hati la dengan along" kata saya serius. ya! along tersenyum bila mendengar mukadimah saya, dia menyangka saya main-main, tapi hakikatnya saya serius time itu. muka saya, suara saya terus berubah.


"macam ini jadi ketua fesi, macam sampah!" kata saya direct, dan saya perasan perubahan mukanya dihina oleh saya dikhayalak ramai, saya tahu along sentap! 


"kak, kita dah bincangkan masa meeting hari tu" katanya membela diri dan masih untuk cuba senyum.


masa tu ada masalah sikit, sebenarnya saya dah tak sanggup nak provok along dah, sebab dia hampir menjatuhkan air mata nya, saya terlihat-lihat kalau-kalau nampak atin dengan kek nya untuk surprise kan along tetapi ternyata tidak saya terpaksa membebel-bebel lagi kat along untuk melengahkan masa.


ya! saya tahu along geram kat saya, saya tahu along nak tumbuk ja muka saya, sebab memikirkan saya ni senior dia mematikan hasratnya. ya! saya nampak semua itu di matanya. 


"Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Aaaalllooonnngg, Allah selamatkan kamu" bergema ruangan food coart itu dengan suara ikramies, dan aten dengan kawan-kawan nya terkedek-kedek berjalan menuju ke arah along sambil menyuakan sebiji kek itu padanya dan dia terkejut! dia memang tak sangka surprise tu, memang tak sangka.. dia ketawa seraya memandang saya, hahaha..saya hanya ketawa dan tugas saya selesai untuk provok along. 


"along terharu sangat-sanga, along tak expect pun...bla...bla..bla...bla..." ketua fesi banyak cakapnya.


dan setelah itu kami pun mula makan, dan saya tak lapar, saya tak makan pun, yup! saya hanya minum air dengan makan kek. saya duduk di sebelah dia!


"kak tak makan ka?"tanya dia
"tak nak, tak lalu" jawab saya.


saya hanya menjamah kek sepotong dua dan adalah adengan sapu-sapu krim kat muka masing-masing. yup! kelihatan macam ikramies ini kanak-kanak riang. tapi tak mengapa, sekali sekala, asalkan menjaga batas, saya tak terlalu rigid untuk memandang sesuatu itu. tak kisah lah mereka nak buat apa pun yang penting mereka pandai menjaga batas. dan saya tidak akan sesekali memarahi mereka.


habis makan, kami berpisah, ada yang nak jalan-jalan dengan rakan-rakan yang lain, ada yang nak pulang, tapi rasanya tak da kot yang nak pulang, so, kami ke surau untuk solat asar. setelah itu, kami terus ke popular, usha-usha buku kejap, dan terus ke tempat permainan token-token tuh. dan pada masa ini saya saja nak luangkan masa dengan dia, ialah nak kumpul kenangan. kami bergerak secara kumpulan terus ke tempat permainan itu, sesampai ja di situ, group tadi terpisah, semua bawa haluan nya masing-masing, dayah tinggalkan saya tanpa pesan, Tom, izlan dan syakir hilang tanpa jejak, auni, hidayu pergi tanpa saya sedari, dan tinggal di situ saya dan dia, saya pandang dia, dia pandang saya dan kami ketawa akhirnya.


"adik nak main ka?" tanya saya
"kak?" soalan di balas soalan.. Fine!
"tak nak, kak nak duduk kat situ," kata saya.
"jom lah kita duk sana, saya teman kak" kata dia kembali.


dan dari situ lah saya kenal siapa dia yang sebenar, banyak yang kami bual kan, dia juga mula kenal siapa saya yang sebenar. kami berkongsi curahan rasa, berkongsi pendapat, bergelak ketawa bersama, dan benang serta tali antara saya dan dia terikat ketat. dan dari situ saya mula gelarkan dia something.
sepertimana saya gelarkan syakir "first aid" macam itu lah saya gelarkan si dia dengan "tunang"  saya tak tahu kenapa gelaran itu terhasil, maybe atas apa yang terjadi di PPP dulu kot. 


jangan pernah salah sangka dengan apa yang saya buat, saya buat semua ini ada sebabnya. sebabnya, saya tidak berkebolehan untuk mengingat setiap nama semua adik-adik saya ini, so, saya letakkan gelaran pada mereka ini semua agar saya tidak lupa adik-adik saya ini, dan alhamdulilah gelaran ini melekat pada mereka semua hingga ke hari ini.


antara gelaran yang melekat ialah:

  1. Syakir = First Aid
  2. Teyn-teyn = Annoying
  3. Dayah = jelita
  4. Tom = teknikal
  5. Izlan = teddy bear
  6. taufik = tunang
  7. hidayu = terayu
  8. syiha = hensem
  9. farhan daud = kuat
  10. syahrin safwan = cengkerik kecil
  11. adillah nazura = kembaq
  12. sarah izzaty = kartun
ada banyak lagi gelaran-gelaran yang saya gelarkan pada adik-adik saya ni semata-mata untuk mengingati nama mereka semua.

dan kami berdua jadi rapat, dan dayah dan yang lain mendapatkan kami setelah kami ditinggalkan. dan kami berpisah, ada yang naik bas da yang naik dengan saya dan ada yang naik motor.. ya. kami semua rasa sedih sangat-sangat, rasa macam tak nak berpisah, macam kat kampus tak leh jumpa lagi, tapi kami rasa detik perpisahan itu tersangatlah sedih. 

maka..nak tak nak, kami terpaksa terpisah sebab mereka nak kejarkan maghrib, sementara saya dan yang lain maghrib di jusco kerana langkah kami seterusnya adalah..... hehehehe...

saya rindu sangat dengan pasar sabtu kat depan poli, saya menyuarakan hasrat saya untuk ke pasar itu, sebab kepala saya mula pening kerana seharian tidak makan..adik-adik yang lain setuju untuk menemankan saya ke pasar. saya sangat-sangat excited..

selepas habis solat, saya terus memecut laju ke destinasi kami seterusnya iaitu ke pasar. . 

banyak yang tak berubah kat pasar itu, dari jauh lampu-lampu tapak pasar terang benderang, dan bunyi bising mula menerpa.

kami mula mengatur langkah, saya tak tahu nak makan apa, tapi yang saya tahu kepala saya mula berpinar-pinar, dan saya mula sakit kepala. tapi saya harus kuatkan untuk shopping di pasar. dan sekali lagi, saya menjemput adik-adik saya untuk turun dinner ke dewan makan delima. ya! baru je jumpa, nak jumpa lagi. yelah, sebab saya rindukan mereka semua. saya perlu kutip kenangan itu untuk dibawa ke klang nanti.

dan kaki ini mula melangkah, bersesak kami di pasar, melihat itu ini, ya! nasi kerabu pantai timur dah tak da dah, nasi ayam rm2.50 pun saya dah tak perasan..maybe mereka dah tak berniaga lagi di sini

dan kami masih melangkah dan berjalan terus, ketawa sesama sendiri, dan kami bahagia walaupun berjalan-jalan di pasar malam.

dan masa makin mencemburui, adik-adik yang lain pasti sudah tunggu di food coart delima.. dan saya sempat membeli satay sahaja. teringin nak makan.

dan kami kembali ke kereta.. dan terus menuju ke kampus, dan tak sabar untuk dinner dengan mereka semua.

dan saya pasti mereka semua menunggu kehadiran saya.

dan kepala saya makin sakit.. 

dan harap masih lagi boleh melakar kenangan dengan adik-adik saya ini.

Ya Allah, berikanku kekuatanMu kepadaku untuk ku terus hidup dalam untuk mentaati perintahMu

To Be Continue..

P/s: wahai angin, sampaikanlah rindu ku pada mereka semua, agar mereka tahu betapa kasihnya ku kepada mereka... semua...

No comments:

Post a Comment