Sunday, April 1, 2012

Cerita Tentang penyatuan Ukhuwah Vol. 6

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum WBT.

hari terakhir, program perkasa pelajar. dan hari itu saya bangun, dan masih letih, tak puasnya tidur, biasa lah time-time macam ini menang liat sangat nak bangun, dan saya sedar saya dah lewat untuk ke surau.

dan saya bergegas, siapkan diri, pakai baju kurung kaler hijau, sebab nak pegi berarak! best! excitednya.dan tanpa menghiraukan mereka2 yang masih bersiap saya terus meninggalkan mereka.

"kakak pergi dulu ya," kata saya pada mereka.
"baik kakak!" kata mereka.

dan saya terus mengambil tempat di group ABC, dan saya terkejut Miss Nurul Huda memberi perkongsian pada adik-adik tu. alhamdulilah, terima kasih miss, dan saya hanya duduk di samping mereka dan telinga ini dapat menangkap suara alunan mendayu-dayu zikir, istighfar kepada Sang Pencipta. siapalah gerangan yang beristighfar, lembut dan mendayu-dayunya suara itu, dicampur dengar serak-serak basah mungkin kesan daripada lesu baru bangun tidur dan kesan resdung nya itu kot. .yang membuatkan suaranya begitu. 

dan alunan-alunan zikir itu saya ikut dalam hati dan ia membuatkan saya sedih dan akhirnya air mata yang saya tahan dari hari pertama program hingga ke hari ni tewas juga, jatuh juga air mata yang selama ini cuba saya pertahankan. dan ia mengalir deras, saya biarkan sahaja ia jatuh dan sesekali saya menyeka air mata ini. 

"Ya Allah, berikanlah Taufik dan Hidayah kepada kami, hamba-hambaMu, agar kami senantiasa tidak lupa pada segala yang telah Kau berikan kepada kami" Doa saya pada pagi itu. 

tidak cukup itu, telinga saya dihadiahkan juga dengan alunan ayat-ayat suci Al-quran semasa mereka solat subuh. dan suara itu tetap mengetuk pintu hati ini supaya terbuka dan menerima hidayah yang di pinta..

dan dengan rasa rendah diri, alunan suara itu juga berjaya menusuk di hati ini, dan dengan izin Allah, pintu hati ini terbuka untuk menerima hidayah Allah.

Tenang! itu yang saya dapat rasa, bila memberi perkongsian pada adik-adik, serius saya sangat tenang. dan saya mohon agar ketenangan ini kekal.

dan apabila sudah selesai solat subuh, kami semua pegi sarapan!! haa..lemah betul lah saya bab-bab sarapan ini, tapi oleh sebab kena berarak, so saya harus bersarapan supaya ada tenaga untuk berarak dan moga tidak pengsan semasa berarak.

selepas bersarapan, kami tunggu di perkarangan dewan makan perempuan untuk menunggu bas yang akan membawa kami keluar untuk berarak. haa! kebetulan! warna baju saya sama macam warna baju pasangan saya la..hijaunya pun sama... cute! macam pengantin lah! kepak..kepak..kepung..kepung.. hahaha..

menurut arahan, fesi-fesi harus menemankan adik-adik berarak, uru-uru setia haruslah kemas dewan untuk majlis penutup tengah hari ini. dan pada perkiraan saya, lelaki ini pasti tak pergi sebab dia urusetia. lalu saya datang mendekatinya dan memberi beg saya yang penuh dengan barang itu.

"erk..boleh tak tolong pegangkan brg akak ni, sabab akak nak pegi berarak. kamu tak pegi kan?" kataku pada dia.
"ouh, boleh kak" katanya seraya mengambil beg di tanganku lalu digalas lembut di bahu kanannya.
"beg ini ade banyak barang berharga, ada hendpon, ade kunci kereta, ada dompet, sebatang pen , satu buku." terangku.
"ouh banyaknya barang berharga, tak pe lah, saya pegang ja lah beg ini" katanya. 
"thanks dik.."balasku sambil tersenyum.
"kak, patutkah saya pergi?" tanya dia tiba-tiba..
"tanya lah ini"kata ku seraya menepuk dada saya, andai hati mahu pergi maka pergi jela, andai tidak, ia tidak menjadi masalah, apa-apa pun bagitahu yang lain andai kamu nak join benda ini.

dan saya terus meninggalkannya untuk sesi fotografi kot.hahaha. dan apabila mahu menunggu bas tiba, saya nampak dia sudah bersedia, tetapi beg saya tiada lagi di galas. 
"kak! saya nak pegi!, " katanya.
"alhamdulilah baguslah," kata saya ceria!
"yela lagipun dah lama tak berarak, dulu last berarak time sekolah ja" terang nya
"Kamu sekolah mana dahulu?" tanya saya..

dan bermula taaruf antara kita berdua, saya tak sangka awak orang Jeram! orang Jawo tuh! dekatnya dari rumah saya kat Kapar itu. kami berbual-bual sehinggakan tidak sedar yang bas sudah sampai untuk ambil penumpang.


dan saya pun mula mengambil tempat di dalam bas. suasana dalam bas itu meriah dengan alunan selawat ke atas Nabi.. Ya Allah, sejuk ja bas itu. ade orang-orang lain juga dalam bas selain daripada adik-adik itu mereka juga cukup kagum dengan semangat cintakan Rasulullah yang dipertontonkan kepada mereka. ya! adik-adik dari SMK Permatang Tok Jaya. perjalanan ke dewan hanya mengambil masa kurang dari 5 minit sahaja. dan apabila sampai ke dewan tersebut, 
setelah itu ada lah seorang daripada penganjur menjemput kami untuk mengambil roti dan air mineral.


dan menunggu yang muslimin datang, kami wat la apa-apa yang patut, bergambar..harus la kan! hehehe.. eh..cepat pulak mereka sampai, kami yang muslimat sudah sediakan air mineral untuk mereka sekali. ha! express kan? hehehe..setelah itu kami masih lagi dengan aktiviti bergambar lagi... kali  ni muslimin pun nak masuk juga! masuk! as long dapat jaga batas semua ya!! dan alhamdulilah semua nya ok ja! 


dan di kesempatan ini lah saya cuba lagi untuk mendekati nya. mengorek apa yang patut, dia yang berbaju melayu berwarna gelap sikit itu hanya tersenyum dan sedikit sebanyak dia kelihatan gugup sedikit.. berbicara dengan saya. ala! tak suka la..! tak pa saya akan pastikan dia akan lebih suka dan selesa berborak dengan saya lepas ni just Wait and See! heee..


dan kami pun mula berarak..wahhhh ramainya yang join, bukan SMK Permatang Tok Jaya ja..daripada sekolah tadika...sampai kan ke orang tua yang join perarakan ini. alhamdulilah, best nya, dan perarakan kami habis awal sekitar 45 minit ja! 


dan kami teruskan dengan permainan dalam kumpulan, abg wafi kita ni ade ja idea dia nak kasi adik ini terus kompius dengan game tali nya itu .hahaha..saya akui saya pun da lupa cam mana nak wat tali tuh.tapi alhamdulilah semua nya ok.


dan diri ini juga masih lagi mengusha panas dirinya di sana, sekejap ja..tapi tiba-tiba dia hilang, dan seketika nampak dirinya sudah kemas dan segak berbaju kemeja, hehehe, ouh tukar baju ya.. saya pun kena lah tukar juga, dan masa yang ada ini saya gunakan sebaiknya untuk tukar baju dan make up! kerana sebentar lagi ada majlis perasmian penutup program. 


yang saya tunggu untuk perasmian program hanya lah video yang cantik itu,dan penyampaian hadiah. apabila majlis itu bermula, saya duduk di bahagian belakang sambil mata ini memainkan peranan yang sebaiknya untuk mengusha. ya..saya suka usha orang..dan perilaku orang. dan bila sudah puas melihat orang, saya start to terlelap dalam keadaan duduk, saya ini kalau dah mengantuk, mana-mana pun bole terlelap. serius, saya memang terlelap. nasib tak jatuh kerusi.hehehe.


dan saya puas hati tengok percaturan video bila dengar dayah dok membebel dalam video tu menjadikan video itu bertambah kiut. walaupun tak banyak gambar saya dalam video nih tapi tak mengapa, nasihat saya, kalau nak dalam video ada banyak gambar kita, just make it by yourself. dan ya! saya akan wat video saya dan letak gambar saya banyak2 betoi tak? hehehe


dan sesi terakhir, iaitu sesi BERGAMBAR! sesi yang sangat-sangat digilai oleh Ikramies sejak turun temurun lagi. dan saya akui, saya pun suka sangat bergambar dan juga suka mengambil gambar. dan kami mengambil gambar pada setiap ahli kumpulan dan semua peserta sekali. 


dan hati ini teringin sangat nak bergambar dengan dia! yang lengkap berjaket fakulti, dan saya lamar dia..


"dik, jom kita tangkap gambar," ajak saya, harap2 jawapan nya positif, dan seperti yang di sangka dia mahu bergambar dengan saya!!! yaaahhhoooooooo!!! best nya! dan ramai yang jelez dengan saya time tuh, turut serta juga dalam sesi pengambaran kami.hahaha..xpa..xpa.. masuk lah.. dan itu lah first time saya tangkap gambar dengannya. dan..alhamdulilah.


dengan berakhirnya sesi bergambar itu maka berakhirlah program perkasa pelajar ke 3 dan ia banyak memberi kenangan manis pada saya dan ikramies yang lain.


sesi post morterm dilakukan dalam keadaan yang in hurry sebab pakcik bas dah tunggu, saya hanya dapat bercakap sedikit saja, tak pa nanti cakap lain. dan kami menaiki bas terus untuk menuju ke uitm pulau pinang sambil dihantar oleh lambaian dan pandangan mata adik-aidik SMK Permatang Tok Jaya. dan bas pun bergerak meninggalkan sekolah itu..


dan di dalam bas pula lain ceritanya. saya masih juga dan sempat mengusha mana-mana ikramies yang tertidur untuk dijadikan bahan lawak dan disamping itu aksi mereka tidur akan dirakamkan dalam sniper saya. hehehe..ada lah gambar-gambar tidur yang berjaya saya rakam kan, antaranya Afif Malik dan adik yang berkaca mata putih exco multimedia, ala..lupa la namanya, tengok saya senang lupa nama orang, Wan amirul hakim kot..maaf kalau salah. . dia antara mangsa tidur yang telah saya rakamkan gambar nya sewaktu dia nyenyak tidur.hahaha.best-best! 


dan saya tahu adik-adik baru saya ini terkejut dengan keterampilan diri saya yang happy good lucky, ada sebabnya saya jadi begitu. dan bas sampai ke perkarangan depoh bas dan kami sama-sama turun dan ambil beg masing-masing. sorang-sorang pergi meninggalkan depoh bas ini untuk naik ke bilik, saya Dayah Abdullah Hazwan Kamil dan Tuan Izram Hafizi Sama-sama membawa diri ke food coart Baiduri untuk membasahkan tekak. setelah itu hazwan dan fizi serta tuan meninggalkan kami berdua. saya pandang dayah, dayah pandang saya, dan bermula sesi kami.


bila mata bertentang mata..rasa resah tidak terkira, nafas laju menutus kata, lidah tergeliat tidak mengapa asalkan sampai maksud di kata.


dan kami terus berkongsi rasa hati, terus berbicara dari hati ke hati, terus bertaaruf. dari petang berganti maghrib, dari maghrib berganti isyak tak mengapa, kami kan ABC. ya! banyak sakitnya Dayah Abdulllah ini, banyak kisah perit yang telah dia alami, kami bercerita sehingga 5 jam terasa seperti 5 minit, dan sehingga itu la kami tak terasa apa pun. seperti food coart baiduri kami yang punya, kebisingan mereka tidak sedikit pun mengganggu kami, dan dari situ, titik tolak pertemuan eratan jalinan saya dan Dayah Abdullah. 


sedang kami berbual-bual tiba-tiba Al menegur kami, dia sudah cantik bertukar baju, sedangkan kami masih berbaju kurung. Al yang bluur itu lagi bertambah bluur bila nampak kami begini. dan di situ saya berkenalan dengan Al exco sukan kita! ya! kami tak sedar yang kami masih berbaju kurung dengan beg baju masih di tepi kami, dan kami ketawa serentak..


dan ada lagi satu yang saya ingin kongsikan, selama 5 jam kami berbual 3 gelas air kami minum. 


"dayah! betul ka air ni kalau refill dapat 50 sen ja?" tanya saya..
"betol kak! 50 sen ja!" jawab dayah semangat!
"dayah tipu la, ingat mcd ka apa"tambah saya lagi.
"ok akak tak percaya ya, ni saya bawak 50 sen ja!" kata dayah dan pegi mengambil gelas nya untuk di refill.
"tgk!!," jerit dayah, yup! betul 50 sen, buktinya dayah tak bawak sebarang dompet melainkan 50 sen nya ja. dan kami ketawa bahagia.


kami masih lagi terus berbual-bual sehingga kan ade SRS menghalau kami, dan itu kami pun pulang ke bilik masing-masing, dengan busyuk2 nya dengan masham2 nya xpa, sudah sebati.


selepas menghantar dayah ke kolej intan saya membawa diri ke kolej delima. dan saya tekan button lif dan dengan segera pintu lif terbuka. saya sampai di bilik ifa. dan terus membersihkan diri.


ya! banyaknya kenangan manis yang saya dapat dalam 3 hari berprogram. itu lah IKRAM yang mengajar saya bersosial dengan cara yang betul bila ukhuwah kerana Allah, segalanya jadi manis.
syukur ya Allah, kerna nasih diberi peluang untuk join program IKRAM ini.


sakit badan-badan ini, sangat-sangat tapi tidak mengapa. dari program ini la saya dapat rapatkan lagi tautan ukhwah saya dengan Fathin Rabihah Halim, dari situ la saya dapat kenal Muhammad Taufik bin Md Arifin, dan saya juga dapat kenal Nor Izlan Zulkifli, dan beramah mesra dengan Wan Nur Hidayah, saya dapat kenal Mohammad Tom, saya dapat takutkan Syakir Ramli, saya dapat lepas rindu dengan Noor Syalwana binti mohamad Toher, di situ saya start kenal dengan Afif Malik, dan saya dapat juga berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan Najib Sara, dan tidak lupa Nurul Hidayu Hassan, dan di samping itu Farhan Daud dan Syahrin Safwan Omar, Muhd Syamim tidak dilupakan. dan senior mereka Nina Syakina. dan semua yang saya tak dapat nyatakan di sini Along senior, Abg Wafi, Fatin ketua Fesi, Idayu, kamu semua kekuatan saya. dan terima kasih kerna hadir dalam hidup saya.


dan badan saya letih sangat ini. dan senang nya saya tidur. senangnya saya terlelap. dan esok pastinya ada aktiviti yang menarik bakal menanti.


dan kita pasti melakar kenangan yang lebih indah dari yang ini


To Be Continue....


P/s: terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu... 

1 comment: