Monday, March 28, 2011

Pertemuan Tanpa Dijangka.



Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

hari ini ana merasakan sangat tertekan di tempat kerja.selepas ana habis waktu kerja, ana mendapat satu mesej dari sahabat ana yang sangat jauh, iaitu di utara sana (xdela jauh sgt) menghantar msej pada ana yang dia berada di I-City shah Alam bersama sahabat ana, Dinah! tanpa berfikir panjang, ana dengan langkah yang laju terus menuju ke arah kereta viva kecil warna hijau ini, terus membelah jalan ke I-City Shah Alam..

dalam masa 15 minit..kereta ana sudah park di depan kereta dinah, ana melangkah berjalan 1.5km (maybe) ke i-city, tengah kaki ini melangkah dan terus melangkah, tiba-tiba, retina mata ini menangkap 3 susuk tubuh yang membelakangi ana yang ana rasa macam kenal jer. dengan perlahan ana mendekati mereka, mereka terkejut dengan kehadiran ana, lantas ana berpelukan dengan semua, Ya Allah, indahnya.. pertemuan walaupun tanpa dijangka.

ana juga berpeluang untuk berkenalan dengan seorang sahabat ini namanya ialah june, june pelajar diploma X-ray,(peh, hebat) alhamdulilah seronok dapat berkenalan dengannya. selepas itu kami tidak melepaskan peluang untuk menangkap gambar di ribuan lampu di i-city ni.

selepas puas bergambar..(x puas sebenarnya) hehehe..kami berjalan ke tempat parking dan menuju ke kopitiam wak dol di seksyen 7 untuk minum-minum sambil berborak-borak lagi...kopitiam wak dol agak sesak ketika ini,semuanya student uitm shah alam masing-masing buat assignment, studi, (skrg minggu test) hehehe..

kami hanya memesan minuman,manakala cik dinah kita memesan nasi goreng kampung take away, sementara ana pula memesan fries untuk santapan semua,hehehe. ana tahu mereka gelisah, sebab jam dah menunjukkan hampir jam 11.05 malam, mereka harus pulang ke uitm puncak alam, kerana risau pak guard tak kasi masuk, hehehe.. setelah semuanya menghabiskan minuman masing-masing, kami berangkat pulang meninggalkan wak dol kopitiam ini dan menuju ke parking kereta. tetapi sebelum itu pelukan semangat dan kekuatan yang diberi oleh mereka kepada ana, 1001 kata-kata semangat yang ana dahagakan selama ini akhirnya terisi juga,

kata-kata semangat dari mereka penguat untuk ana meneruskan perjuangan di medan practical ini. ana kembali kuat, sangat merindui mereka....

selepas itu, kami berpecah, mereka naik kereta dinah. dan ana kembali ke kereta ana..

kereta kami meluncur laju, mereka pulang ke uitm puncak alam, sementara ana, pulang ke rumah.

selaju kereta meluncur, menuju ke destinasinya..memberi kenangan yang indah dan abadi, yang tersemat di hati ana.

selepas membayar tol 60 sen, haluan kami terpisah, mereka membelok ke kanan, sementara ana hanya terus di jalan yang lurus..

hajat ana kesampaian, untuk bertemu dengan mereka.. syukran ya Allah..atas pertemuan yang tidak dijangka ini..

syukran, nabilah, june, dan dinah..untuk malam yang singkat ini










P/s: kadang-kadang benda yang tak dirancang itu lebih manis daripada something yang kita rancang, begitulah perancangan Allah, sebaik-baik perancangan, adalah dari Allah

2 comments: