Saturday, April 2, 2011

Redhakan Pemergianmu.

terasa sudah cepat sangat masa berlalu, sudah lebih 2 tahun aku mengenali dirinya, hubungan kami tetap begitu, tetap hambar, tetap kaku, entahlah, dia sangat berbaza dari yang lain, entah apa salahku sehinggakan dia melayanku sebegini rupa.

aku seperti tidak boleh mengetahui perihal hidupnya nun jauh disana, aku seperti tidak layak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi, bagaimana keadaannya. sihat ke tak, aku seolah-olah lost contact dengan dia, iya, memang lost contact pun, aku langsung tidak tahu, bagaimana perkhabaran dia, bagaimana pelajaran dia, masalah-masalah yang dia hadapi, kegusaran yang dia alami, aku tidak tahu apa-apa..

berbeza dari setahun yang dulu, setahun yang lepas, aku dengan dia sangat akrab, sangat mengambil tahu antara yang lain, sangat-sangat menyayangi ukhuwah antara kami, aku teringat antara beribu kenangan manis aku dengan dia adalah semasa aku dan dia pergi ke pasar malam, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, kami yang masa itu tidak punyai preparation (payung kat dalam kereta) habis basah kuyup dan mencari payung-payung gerai pasar malam untuk berteduh, kami mengiggil kesejukan, walaubagaimanapun kami ketawa bila melihat keadaan masing-masing iaitu basah semua, kuyup baju kami.

satu lagi kenangan yang tak dapat aku lupakan adalah disaat time aku dan dia study bersama-sama dalam library, masa tu exam week, memang kami akan study sama-sama, memang bidang yang kami amek memang sangat jauh berbeza, tapi kami masih boleh study dan berkongsi ilmu sama-sama, aku yang tidak berapa mahir dalam mengira kadang-kadang meminta agar dia membantu aku dalam untuk menyelesaikan soalan akaun, dan F&B. aku juga banyak membantunya dalam prediction soalan CTU 101. kadang-kadang dalam masa study itu kami berhenti seketika untuk ke surau sama-sama. dia akan tunggu aku sampai aku abes solat, begitu juga aku, sekiranya aku abes awal aku akan tunggu dia. tapi selalunya dia yang akan tunggu aku.

kami akan study sampai library tutup, sampai abg library tu ckp, "library nak tutup da," so kami kelam-kabut kemas barang dan keluar dari library tu. penah suatu ketika setelah kami keluar dari library, kami lepak di kedai makan tpk sementara, dia menghulurkan choki2 kepada aku, aku serba salah untuk mengambilnya. "kita kongsilah" saranku, lantas dia mengeluarkan pensel box dan mengeluarkan gunting lalu mengunting choki2 itu supaya menjadi dua,kami makan sama-sama dan ketawa riang, kalau beli keropok lekor pun, dia akan share pada aku, begitu juga aku, kalau beli roti john, aku pasti akan tinggalkan separuh untuk dia.

kadang-kadang,botol airku tertinggal dalam kereta, namun dia tetap akan menghulurkan botol airnya pada aku. dalam tengah-tengah exam week, aku dengan dia pernah hang out ke jusco, asalnya hanya hendak membeli buku, tetapi dia mengajak aku tengok wayang, aku hanya setuju menemankan dia tengok wayang.kami setuju, dia membelanja aku tengok wayang, manakala aku akan belanja dia makan. so kami enjoy dalam tengok wayang itu, memandangkan cerita itu adalah cerita berkenaan dengan pendekar..aku tetap feel untuk menghabiskan cerita itu.

apa sahaja yang aku buat, dia pasti ada bersamaku, kalau aku habis kelas kitchen, aku pasti akan bagi dia sedikit makanan lebih, dia pasti akan setia menunggu panggilan dari aku. segala permasalahan aku, dia pasti ada kuncinya. pelik betul! bukan aku tak cuba untuk selesaikannya sendiri, tapi bila permasalahan sampai ke jalan buntu, maka akhirnya dia lah kunciku. kadang-kadang hubungan kami pernah disalah ertikan, tapi kami dengan tegasnya mempertahankan pendirian kami.

tapi..itu setahun yang lepas, now..bila aku dengan dia dah terpisah jauh, aku semakin renggang dengan dia, sangat-sangat. aku tak tahu dimana salah aku,dia semakin jauh dengan aku, sangat-sangat jauh, bila aku sekali sekala datang menjenguk dia, dia tetap begitu, dia senyum, dan akan tegur aku macam biasa, tapi terselit nada janggal di situ. kalau aku berbual dengan dia pasti pergaduhan akan terjadi, memang dia akan bergurau dengan aku, tapi ianya tidak semanis dulu, dia dengan lagak selambanya, aku tahu mungkin terlalu banyak masalah yang dia hadapi, dia semakin dikenali ramai, dia juga menjawat jawatan yang tinggi. berbeza time setahun yang dahulu. kini dia yang aku kenal, sudah tidak seceria dahulu, dia agak serius, lagi-lagi bila dengan aku, kenapa yer? entahlah..puas aku fikir..

bila aku bahaskan permasalahan ini pada dia, menanyakan apa salahku, dia dengan pantas mengatakan tiada masalah dari pihak aku, tetapi dari pihak dirinya,aku tidak tahu konflik apa yang melanda dirinya, "insyaAllah,masalah ini akan selesai, dan semuanya akan menjadi normal seperti biasa" itu katanya. tapi sehingga kini, tetap tiada perubahan..dia terus mensilentkan dirinya daripada aku.

bila aku lihat..entah..aku terus down...iya,aku tahu dia gembira disana, sangat-sangat gembira..dan bahagia juga..tanpa aku.. aku cuba untuk tidak menangis..tapi kornea mataku tidak henti-henti menghasilkan air hangat dan lalu jatuh ke pipi. aku terus-terusan sedih.. entah tanpa khabar,tiada berita,aku tak tahu apa yang berlaku nun jauh disana.

ya! sesungguhnya dia sangat bahagia tanpa aku, mungkin dengan kehadiran aku disisinya akan mengucar kacirkan hidupnya,dan akan menyerabutkan keadaan. aku tak nak itu terjadi, cukup lah atas segala apa yang telah dia beri kat aku setahun lalu. setahun yang lalu, dia melayani aku ibarat puteri, segala apa yang kurang akan dia penuhi. cukuplah..aku sangat berterima kasih pada dirinya kerana menjaga aku sepanjang aku berada bersama dia,berjuta-juta kenangan manis yang telah kami hadapi setahun yang lalu,aku sangat bahagia dan bersyukur kepada Allah kerna memberi aku secebis rasa bahagia aku dengan dirinya. sudahlah..cukuplah..at least..aku dah merasa kebahagiaan walaupun ia tidak kekal..

dan kali ini aku lepaskan dia pergi, pergilah sejauh mana yang kau mahu.. aku hanya mampu memerhati dirinya dari jauh. aku bebaskan dia dari belenggu hidup aku yang terus-terusan menyusahkan dirinya.. aku tidak lagi mahu membebankan dia dengan konflik hidupku, cukuplah dengan apa yang dia mengetahui sejarah hidupku, aku redhakan pemergiaanmu, akan ku abadikan namamu dalam doaku,ingatanku, dan di dalam hatiku, sesungguhnya dia mempunyai nama yang indah, dan aku tidak akan lupa segala suka duka yang penah kita alami dulu, nama kau tetap akan terus terpahat dalam hatiku.

kini, aku melangkah keseorangan, tiada lagi dirinya yang memimpin diriku, tiada lagi suara-suara pembangkit semangat,tiada lagi kata-kata indah dari dia,tiada lagi selawat dan zikirnya untuk dinyanyikan kepadaku dikala ku sedang sedih. dan tiada lagi panggilan yang mampu menceriakan hari-hari aku. dan tiada lagi mesej motivasi dari dirinya. yang ada hanyalah kenangan yang bersemadi dalam hatiku..

aku harus kuat..biarpun tanpa dirinya..aku tahu..dia tetap memerhatikan aku dari jauh, entahlah..hanya kenangan-kenangan yang manis antara aku dan dia menguatkan diri aku supaya bertatih untuk mencapai redha Illahi.

kadang-kadang aku harus menoleh kebelakang supaya tidak lagi membuat kesilapan yang sama dimasa akan datang....sehingga kini aku terasa yang dia tersenyum manis melihat perubahan dari dalam diriku,peribadiku,tutur kataku.

walau kami berjauhan..tapi rasa itu tetap ada...dia harus ku lepaskan..

pergilah kau, terbanglah kau jauh dariku,
tinggalkanlah diriku,
carilah kebahagiaanmu,
carilah hidupmu,
carilah kejayaanmu,
semoga kau berjaya dalam setiap yang kau lakukan..
dengan ini aku melepaskan diri kau keluar dari hidupku...

wahai hati..dah-dah la tu menangis
wahai air mata..keringlah..
wahai jiwa..tenanglah..
wahai Pemilik jiwa dan tubuhku,
setiap percaturan dariMu adalah yang sebaiknya,
redhakan lah hatiku atas setiap apa yang berlaku,
doaku tidak putus-putus untukMu,
mengharapkan agar kesedihan ini pergi,
yang ada hanyalah ketenangan..
ameen Ya Rabb..

akan aku semadikan namamu...dalam kehidupan sehariaanku..

kini aku hanya melangkah dan terus melangkah agar kesedihan lalu hilang dan lenyap dari diriku......

1 comment: