Friday, February 11, 2011

Nikah gadis TANPA DARA


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum,

alhamdulilah, Allah masih memberi peluang kepada ana untuk menyampaikan sedikit sebanyak ilmu untuk dikongsi pada rakan-rakan semua.

soalan: apa hukum memilih gadis yang telah tiada dara sebagai isteri? adakah terdapat perbezaan hukum bagi gadis yang tiada dara tentang haknya membuat keputusan untuk berkahwin?

dalam Islam, janda diberi keistimewaan untuk membuat keputusan untuk bernikah tanpa perlu kebenaran walinya. apakah ia nya sama pada gadis yang tiada dara?

status janda atau tidak (bagi perempuan yang tiada dara)
adakah gadis yang tiada dara itu dianggap janda? berdasarkan sedikit huraian dari Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-mughni yang menjelaskan status seorang gadis kehilangan dara berdasarkan sebab-sebab yang seperti berikut:
1. jika selaput dara (hymen) gadis itu rosak, koyak, KERANA TERJATUH, atau kerana KELUAR ALIRAN HAID YANG TERLALU BANYAK, atau KERANA TUSUKAN JARI, KAYU, dan sebagainya maka HUKUMNYA masih sebagai GADIS/DARA

2. jika gadis itu bersetubuh MELALUI DUBURNYA, maka statusnya tidak berubah menjadi janda. kerana hukum menjadi janda hendaklah disetubuh memalui farajnya.

3. jika hilang daranya kerana persetubuhan TERPAKSA atau disetubuhi ketika tidur. maka hukumnya sama seperti janda mengikut pandangan yang terkuat. tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan hukumnya masih seperti gadis.

jika gadis tersebut hilang daranya ketika persetubuhan secara sedar maka:

1. menurut mazhab Imam Ahmad dan Al-Syafi'i, gadis yang telah disetubuhi melalui farajnya sama ada persetubuhan itu halal atau haram maka statusnya tetap dikira sebagai JANDA. contoh di dalam kitab Kifayah al-Akhyar (mazhab Syafi'i), Syeikh Taqiyyuddin al-Hisni menjelaskan : "Janda ialah wanita yang TELAH HILANG SELAPUT DARANYA melalui persetubuhan sama ada persetubuhan tersebut HALAL atau HARAM,SYUBHAH,ZINA. Adapun jika terjatuh atau menusuknya dengan jari atau kerana aliran darah haid yang kuat atau kerana lama membujang (tidak berkahwin), maka mengikut pandangan yang sahih,hukumnya masih seperti DARA/GADIS

2. menurut Imam Malik dan Abu Hanifah pula gadis yang disetubuhi secara tidak halal iaitu zina, maka hukumnya masih dikira gadis (bukan berstatus janda)

3. Imam Abu Hanifah memperincikan pendapatnya dengan menyatakan bahawa gadis yang kehilangan dara kerana zina masih dianggap gadis dengan syarat penzinaannya itu tidak diketahui umum. adapun jika penzinaannya diketahui umum atau pernah dikenakkan hukuman kerana kesalahan zinanya itu maka gadis itu dikira sebagai janda. (Imam al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, jil.4, hlm 225)

kesimpulannya, ingin ana tegaskan kepada sahabat-sahabat ana khususnya kaum hawa, peliharalah diri anda daripada terjebak dengan kancah zina, dan peliharalah kehormatan diri sebaiknya. ini kerana sesetengah lelaki soal dara atau keperawanan itu menjadi yang UTAMA kerana ia melibatkan soal MARUAH. jika selaput dara belum terkoyak itu menandakan bahawa wanita itu masih terpelihara dan belum pernah melakukan hubungan seksual dengan mana-mana lelaki. maka jagalah ia sebaiknya.

untuk kaum adam pula, fahamilah selaput dara hanya satu membran elastik yang nipis yang terletak di pangkal vagina. ia boleh terkoyak disebabkan SUKAN AKTIF, seperti menunggang kuda, gimnastik, memanjat gunung, lompat tinggi. Justeru, jika hilangnya selaput dara bukan disengajakan maka jumhur ulama menetapkan bahawa gadis itu masih dalam hukum seorang perawan. hymen yang terkoyak semasa bersukan dan melakukan aktiviti lasak bukanlah bermakna gadis itu TIDAK DARA LAGI. erti keperawanan dalam Islam ialah wanita yang terjaga daripada hubungan seks luar nikah sehinggalah dia berkahwin dengan pasangannya yang sah.

moga post ini bermanfaat untuk seluruh muslimah di luar sana.....
sama-sama muhasabah diri...

p/s: jadilah wanita seperti didalam kaca, cantik dilihat tetapi susah untuk digapai..
moga2...
jadilah seperti mawar berduri cantik dipandang tetapi sukar didekati....
mo0d: sedih...sob..sob..

SEINDAH MAWAR BERDURI



HANYA SELEPAS NIKAH

No comments:

Post a Comment