Tuesday, December 18, 2012

~UnTuk Dia~


Bila mana diri ini sedih dan pilu,
kau hadir memberi sejuta rahmat,
membawaku kembali ke pangkuanNya,
Dengan Lawak Jenakamu,
Cukup Buat ku tersenyum dan ketawa.

Dengan kata-kata hikmahmu,
Cukup buat ku rasa bahagia,
Gelak tawa kita seakan tidak hilang.

Penat lelahmu dengan aktiviti harian,
Tidak cukup itu dengan melayan karenahku,
Kadang-kadang hati ini rasa serba salah,
Kerana mengganggu kehidupanmu,
Tapi, kau tetap cuba untuk menceriakan hariku.

Wahai naqibku, andai bisa ku menjadi naqibahmu,
Saat impian menjadi satu,
Sama berkongsi tentang keajaiban PenciptaNya,
Dan kita sama mengejar mencari keredhaanNya,
Demi mencapai matlamat yang satu,
Iaitu, Cinta kepada Allah.




~Penawar Rindu~


P/S: Bukan siapa-siapa, hanya makhluk Allah yang sama-sama mencari keredhaan Nya. 

Ya Allah, Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah Berkumpul kerana kasihkanMu,
bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman..

Amin Ya Rabbal A'lamin..

No comments:

Post a Comment