Sunday, April 1, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol.7

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum WBT.

dan hari ini cuti 2 hari, dan saya dan muslimin yang lain ada aktiviti, ape lagi aktiviti bowling la!!! haaaa... 

sebenarnya aktiviti bowling itu terbuka pada muslimin sahaja. tapi saya nak join juga, saya bawak geng muslimat saya! ramai.satu kereta. antara muslimah yang hadir pada aktiviti itu adalah Aiffah Mohammad, Fathin Rabihah Halim, Mira Lunny, 

dan muslimin yang hadir pula adalah, hafizi, farhan daud, tom, izlan, syakir, hazwan kamil, Haikal Salleh, Syamim, dan Najib Sara..

dan pada mulanya saya dan ifa tunggu mereka di LS, bila melihatkan yang  tiada siapa pun di LS maka saya pun pergi la kat kedai mamak kat depan LP sebelah kiri. dan saya nampak ada kelibat yang saya kenali. dan itu mereka! wah..sedap bersarapan ya!. 

"kak dila! mari sarapan sekali" kata Izlan.
dan saya pun join la mereka semeja dan minum saja. dan dari situ saya cuba mengingati nama-nama dan muka-muka mereka. ramai juga dalam kalangan lelaki yang join program ini. sementara menunggu Fathin Rabihah bersiap bagaikan mak datin lamanya, banyak yang telah kami kongsikan. 

dan sebelum nak pegi itu saya arahkan yang muslimin pegi naik bas sementara yang muslimat naik kereta dengan saya. 

saya biarkan mereka pergi dahulu sementara saya tunggu Fathin Rabihah bermake up. saya terjumpa Nina Sakina dan Seri Banum saya peluk erat mereka, tapi saya rasakan pelukan mereka lain, lain sangat, dan di situ saya try mengupdatekan diri saya ke dunia mereka. 

dan saya dapati banyak yang telah mereka luahkan, terlalu banyak, dan saya hanya diam dan mendengar segalanya. dan selepas itu, baru saya start berkata, dan berkata lagi, dan saya gengam erat kedua-dua tangan mereka, sekuat mungkin, mengharapkan kekuatan saya mengalir terus kepada mereka berdua. tiada apa yang boleh saya bantu melainkan hanya kata-kata semangat dan kekuatan saya berpindah ke mereka.

dan selepas berbalas pelukan saya tinggalkan mereka, dan Haikal Salleh merenggek-renggek nak naik kereta dengan saya, maka layan kan jela dia nih. bawak ja, budak kecik comel ini dengan saya,

dan dari jauh saya nampak fathin rabihah, menuju ke arah saya, pehhh, memang macam mak datin mengelip! hehehe.. dan saya, ifa, fathin haikal menuju ke tempat letak kereta berhampiran BKBA. dan di bus stop pula saya amek Hazwan Kamil.

dan saya mula bergerak tinggalkan perkarangan Uitm Penang untuk menuju ke Pasific. dan saya park kereta agak jauh dari pasific. punya lah jimat tak nak masuk yang bayar punya. dan kami melangkah masuk ke pasific terus menuju ka pusat bowling. di depan pintu kami terlihat ada Hafizi menunggu, setelah itu kami lihat mereka sudah pun berkira-kira untuk membayar jumlah duit ke kaunter. dan jangan lupa sesi bergambar, 

"dengan ini saya merasmikan, permainan bowling IKRAM di mulakan!" jerit saya. 

dan bermulalah aksi baling membaling. longkang tak longkang, semua sekali. dan saya akui, saya jarang main bowling, sangat-sangat jarang main lah. dan pada mulanya bola saya ke longkang ja.tapi bila da masuk 4 balingan saya mula bangkit, ejekan dari Izlan tidak saya pedulikan! 

dan apabila saya melihat yang saya berjaya spare, saya punya lah gembira! sampai terlompat! saya akui memang Izlan Tom, Syakir, Syamim agak terkejut dengan perilaku saya ini, tapi hakikatnya itulah diri saya, saya tak nak mereka malu dan segan dengan saya, saya juga nak mereka tahu bahawasanya kita ini sama sahaja, ahli kelab IKRAM. dan bagi Najib Sara, Hazwan Kamil, fenomena ini sudah biasa bagi mereka, mereka akan pelik bila kak dila masam dan menangis ja. sebab mereka jarang sekali lihat saya berkeadaan begitu. 

dan saya akui, team saya x berapa nak menang time itu, tapi tak kisah lah saya ok ja..bila saya hendak ke tempat duduk, saya terlihat, dan pandangan saya terkaku pada sebuah imej yang wat saya terkesima, tersentak, dan terkejut, dan bila melihat kan dia itu datang untuk join sekali, tiba-tiba terasa macam, awan menghempas bumi, Ya Allah, sesungguhnya saya tak prepare dengan kehadiranya. dan degupan saya terus menjadi laju, dan saya terus sesak, sakit!, ya sangat sakit melihatkan dia, yang selamber ja di situ, 

terasa seolah nak pitam, tiada kekuatan berdiri, tiada apa-apa sokongan di kala itu, lantas diri ini terdiam duduk sementara tunggu giliran membaling.

Ya! hilang terus semangat saya kala itu, terus hilang, sesungguhnya dia mengganggu perhatian saya, lantas kenangan lalu mengusik jiwa. dan air mata bergenang. kenangan yang dulu nya manis kini bertukar pahit. kenangan yang dulu nya sebagai penawar kini racun bagi saya.

sakit dada ini, sakit! terlalu sakit, terasa diri ini tiada lagi maknanya bagi diri nya biarpun bagi seorang kakak. terasa tiada maknanya lagi saya di sisi nya.

saya harus kuat, saya tak mahu adik-adik baru saya perasan dengan perubahan mendadak saya kerana dia! saya tak perlukan dia seperti mana dia tak perlu kan saya!

ya! dan saya menyeka air mata..mudah2han tiada yang perasan kan saya menangis di kala itu, dan saya cuba belagak tenang, cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengannya. dan saya takkan tewas. dia hanya tersenyum dan kami berbual seketika. seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami waktu dulu. kami seolah baru kenal, kami seolah-olah tidak pernah berkenalan di waktu dulu. dan saya hanya try update dengan nya. tak lama pun sekejap sahaja. 

dan saya terus membaling, memperkuatkan sisa-sisa untuk membaling, dan saya cuba habiskan baki-baki permainan. walaupun saya akui tiada mood lagi untuk bermain. maka, saya mengajak fathin, hazwan ifa untuk pergi dari tempat itu untuk ke rumah Tok kesayangan saya di Bukit Mertajam. 

dan berita sedihnya, tok saya sudah pun bertolak ke Kepala batas untuk menjaga anaknya dalam pantang, tok juga melahirkan kekesalan yang teramat kerana tak dapat penuhi hajat saya untuk memasak kerabu nanas dan pengat pisang yang saya pinta.

seriusly, saya sedih, dengan hati yang berat, saya kembali semula ke Pasific untuk join dengan adik-adik yang saya tinggalkan tadi, dan saya amek mira lunny, ya! rindu kat si comel nih! dan kami kembali ke pusat bowling, dan kami lihat permainan hampir tamat, dan di kalangan adik-adik terkejut kerana saya ada di situ, meeka ingat saya dah balik. saya hanya tersenyum, dan saya melihat keadaan sekeliling tapi dia tak da. mungkin dah balik.

dan saya dan yang lain, terus ke surau, tapi saya hanya membawa diri ke popular kerana keuzuran saya. sambil menunggu yang lain solat, saya membelek-belek buku di situ, Ya! saya tiada nafsu pada buku time tuh, saya pun tak tahu kenapa..saya sangat excited bila lihat buku-buku. but now semangat itu entah ke mana. saya tak tahu. 

dan selepas mereka habis solat, kami terus ke food coart untuk makan tengahhari, dan kami yang muslimat makan sesama sendiri, di meja lain. dan muslimin pun begitu. ya! saya makan, tapi, ntah, macam tak makan ja. ape lah.

dan sesi perpisahan antara kita semua, kami berpisah, mereka yang lain mahu berjalan-jalan di sekitar pasific manakala kami pula mahu membawa diri ke Mengkuang Dam.

saya ifa hazwan dan fathin rabihah. kami ke mengkuang dam untuk mengambil video. sesampai di mengkuang dam. kami membuat bulatan ukhuwah. kami meluahkan apa sahaja. antara kami berlima.  dari situ saya mula kenal rapat dengan Fathin Rabihah. dia timbalan president yang sangat-sangat hebat! dan saya akui saya kagum dengan nya. kami sempat merakam kan video. saya tak tahu untuk apa video itu, tapi saya nak wat.

dan masa nak balik, sekali lagi mata ini di hidangkan dengan Dia! apa dia buat kat sini! huh! saya geram! mana-mana jumpa dia! benci! dan saya cuba untuk wat tak tahu dengannya, dan bila melihatkan kelincahan dia bermain dengan konco-conco nya. saya lihat dia dah bahagia!! ya! dia bahagia tanpa saya! sangat-sangat bahagia tanpa saya! dan mulai dari saat itu, saya bertekad, saya tidak akan sekali-kali menegur nya lagi cukup lah saya merendahkan martabat saya untuk menegur nya dan kali ini saya tidak akan pernah menegurnya,

saya senior! maka dia harus sedar diri yang dia itu junior! dan dia harus hormat dan tegur saya, selagi dia tak tegur dan selagi itu lah saya takkan tegur dia, dan dinding antara kami mula terbina dengan tinggi dan tebal nya, dan saya tahu dinding itu takkan pecah dengan mudahnya.

saya dan yang lain, meninggalkan mereka, tak sanggup nak lihat dia lagi, memang tak nak pun lihat dia, saya tak tahu kenapa dia wat macam ini kat saya. Moga Allah membalas segala perbuatan kamu!

dan kereta viva kecil ini berlalu meninggalkan perkarangan tempat letak kereta mengkung dam. dan saya memandu dalam keadaan kacau bilau, walaupun tidak di zahirkan, tetapi itu yang saya rasa..

sampai di kolej pada waktu malam, saya dan ifa membawa diri ke kolej delima.

hari ini, memang seronok sebab dapat kenal adik-adik baru dengan lebih rapat lagi tapi dengan kehadiran dia yang menyerabutkan keadaan memberi kesan dalam hidup saya kala ini.

setelah mandi dan makan, saya melihat ke tingkat delima, ingatan saya teralih kepada si dia yang lagi satu, setelah program dia terus menghilangkan diri.. lupa nak minta nombor telefon nya.

dan satu lagi saya segan dengannya. saya risau dia kurang selesa berhubung dengan saya. dan harapan saya, saya harap dia pergi program semarak kasih MRSM Kepala Batas. sebab itu program saya yang terakhir sebelum saya pulang ke klang.

esok rabu! ada meeting PSK MRSM, saya pergi, dan saya nak tahu perjalanan program di bawah kawalan Haikal salleh, tiba-tiba saya rasa tak sedap hati..tak tahu kenapa... bayangannya hilang terus. saya rasa tak sedap hati sangat seperti ada benda yang bakal terjadi.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami semua.. saya cuba mengusir semua ini, saya hanya mau tenang,

dan saya pejam mata, tiba-tiba kenangan semasa diploma mula terlayar di bayangan saya. banyak pahit manis yang saya rasakan... 

dan sedihnya teramat, dan bayangan dia sekali lagi hadir dan memteramkan hati saya.

dan saya pasti cari jalan untuk satukan benang-benang antara mereka semua..

saya berfikir dan terus berfikir..dan berfikir.. ya! harus di jalankan....

To be continue....

P/s: semarakan kasih di antara kita 

2 comments:

  1. kak dila sabar.....
    lupakan suma yg dia wat kt kak dila...dyah paham...dyah kn ada...hehehe

    ReplyDelete
  2. oooo bersiap mengalahkan mak datin yer?hehehe. masa tu baru bangun la kak. sorry yer. hehe

    ReplyDelete