Wednesday, March 21, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum WBT

Bagaimana cerita ini boleh terjadi..dan kenapa tajuk ini dipilih untuk post saya yang seterusnya..

cerita ini bermula apabila saya mendapat mesej daripada junior ikram mengatakan yang PSK Transkrian telah dibatalkan. saya takut kejadian ini berulang lagi, semasa saya cuti sem untuk peralihan diploma nak ke degree, saya tidak sempat menyertai PSK kerana, tiada kesempatan.

tapi kali ini, no matter what, i have to go! so.. saya pergi juga merentas highway untuk ke tempat bermain, tempat menimba ilmu, lain tak bukan adalah UITM Pulau Pinang.

saya bertolak pada pagi hari jam 10 pg dari klang, saya sampai ke pulau pinang time zohor. saya mendiami di bilik sahabat saya. yup! saya terlalu rindu...sangat2 rindukan suasana pembelajaran di UITM Penang ni. walaupun banyak sangat da berubah tetapi ia tetap tidak merubah sedikit pun di mata saya nih.

sebenarnya tidak ramai yang tahu tentang kedatangan saya di UITM Penang nih. ia atas matlamat saya sendiri. saya pergi ke tempat yang paling saya rindui iaitu Food Coart. tetapi..student2 di sini mengatakan Food Coart Bai ah!! pelik sungguh.. bagi saya ini adalah Food Coart. tempat untuk dating, tempat untuk menghabiskan duit..

dan semasa di food coart bai.. saya nak jumpa dengan adik saya yang telah di PSK kan, iaitu Syalwana, sudah 2 tahun kami terpisah, hanya contact through FB dgn Tepon ja. dan tiba2 saya terkenal dengan adik ini namanya Dayah Abdullah, sebelum ini dayah hanya saya kenal di FB sahaja. kami kadang2 bergurau2, berchating2, dan alhamdulilah, akhirnya saya dapat dipertemukan dengan dayah Abdullah, di food coart bai berdekatan dengan tempat basuh tangan yang menghadap kolej intan. dan di situ la saya titik pertemuan saya dengan Dayah.

dan saya berjumpa juga dengan syalwana, kami berpelukan, macam tak percaya ja yang saya dapat jumpa setelah berpisah sekian lama..banyak sangat benda yang diceritakan, dan setelah itu kami ke PC Fair di Dewan Besar. berjalan dari food coart bai ke dewan besar tak terasa jauhnya. dan akhirnya dapat juga saya memijakkan kaki ke dewan besar yang dulu nya pernah jadi tempat menjawab exam, Forum, dan lain-lain.

PC Fair kat sini tak sehebat di Shah Alam, saya akui, PC Fair di Shah Alam memang sangat2 menarik, tetapi walaubagaimanapun saya enjoy di sana.

malam menjelma, sebenarnya saya agak gementar untuk hadiri meeting untuk program pekasa pelajar di SMK Permatang Tok Jaya. saya risau tentang penerimaan adik-adik baru ini, kerana saya tidak pernah mengenali mereka, baru nak kenal. tapi saya kuatkan hati, untuk menghadiri meeting itu,

dan semasa saya berada di muka pintu BKA 1.7 saya dikejutkan oleh seorang adik perempuan yang kecik molek yang menegur saya.
"ni kak dila ya?" kata adik perempuan itu.
saya seraya mengangguk saja. dan disitu la titik pertemuan saya dengan Fatin ketua Fc di depan pintu BKA 1.7

masa saya masuk ke dalam bilik itu saya dapati ada dua tiga orang junior yang saya kenal, iaitu Najib dan Hazwan Kamil,saya sangat2 excited dapat jumpa dengan mereka. dan di situ juga lah titik pertemuan saya dengan Wafi, Along (tapi sebenarnya da kenal along time sms kepala batas) dan meeting bermula, masa itu fatin mahu menerangkan bagaimana perlaksanaan LDK itu..

dan saya enjoy dapat kenal dengan semua nya. mereka dapat terima saya dengan baik!dari situ la Wafi sibuk bertanya kan itu ini, tak ubah seperti polis pencen yang mengambil keterangan pada suspek nya.
"akak! cuba akak cerita kat kami tentang latar belakang akk cam na?"
sifat ingin tahu Wafi amatla tinggi dan saya sangat2 menghargainya. dan itu pertanda bahawa mereka dapat menerima saya

dan saya tidur lena malam tuh, sebab letih drive tadi.. untuk yang ini just scan dulu..dan InsyaAllah, benda ini akan terungkai satu persatu..

To Be Continue.....

P/s: Rindu awak semua.

1 comment: