Thursday, March 29, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol.4


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum WBT

bangun ja pagi, tiba-tiba terasa sejuk, alhamdulilah, lampu dan kipas mula berfungsi dengan baik dan mula mengeringkan peluh di badan saya ini..panas woo..semalaman tido tanpa kipas..

setelah menyejukkan badan, ape lagi pegi bersiram la.. mandi dan mandi pakai baju sukan. ada riadah lah! hehehe. dengan semangat waja nya saya dan adik-adik serta miss dan kakak turun untuk solat subuh. saya dengan pengisian saya untuk adik-adik yang special. 

sekali lagi alunan ayat-ayat suci itu terus menusuk tepat di dalam hati kecil saya. terlalu jauh, sebaknya hanya Allah ja yang tahu. sebak kerana suara itu terus-terusan mengetuk tangkai hati ini. 

cuba untuk bertahan, cuba untuk menyembunyikan air mata ini dari mengalir sehingga boleh membuatkan adik-adik terperasan. maka terpanggilnya kuliah subuh pagi ini..dengar dan mendengar..dan terus mendengar sambil mengambil input-input yang boleh dijadikan pengajaran. lantas bila kuliah subuh pun abes terus mereka2 dan juga kami2 menyerang dewan makan untuk sarapan. dan seperti biasa, perut saya ini memang tidak biasa menerima makanan di awal pagi kelak merana nanti. tetapi bila melihatkan ramai adik2 fesi sibuk bertanya, lantas diri ini menyuap sedikit roti dan air koko sebagai untuk menghormati mereka yang menyuruh saya makan. dan selepas itu, bila mereka dan kita sume makan kekenyangan, mereka melakukan aktiviti riada, Along junior dan Al-Naz yang mengkonduct senaman pagi ini. yang dimulakan dengan sesi memanaskan enjin badan mereka dan seterusnya jari pemimpin. saya yang tidak berapa terlibat sangat dengan senaman pagi ini hanya berdiri dibelakang tabir dan mata ini masih sempat mengusha lagi gelagat adik-adik fesi dan adik-adik sekolah sambil memegang sniper kesayangan di tangan. tengah mata ini sibuk melihat post2 yang menarik tiba-tiba.. 


 "kak nak kamera!! rindu lah kat kamera akak.." kata Adik kesayanganku seorang ni iaitu Hazwan Kamil seraya mengambil kamera di tangan saya sebelum saya memberi keizinan. dia memang suka benar kamera saya ni. katanya senang nak kendalikan...tiada lagi kamera di tangan dan mata ini melihat Syns Paan sibuk dengan sniper dan tripod stand nya semata-mata untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik. sesungguhnya semangat dia dalam fotografi ini saya dapat lihat dengan kesungguhan nya mengambil gambar.. teringin untuk menjadi verstail seperti syns Paan. tengah syok2 melihat syns paan dengan sniper nya tiba-tiba pandangan ini terganggu.. 

 "kak..kenapa kamera saya macam ni" tanya adik seorang ini. lantas memberi kamera nya kepada saya.. saya membelek-belek kamera nya, iya! ternyata kamera nya gelap sedikit, dan saya cuba adjust apa yang patut saya tekan button itu dan saya tekan button yang ini, dan try mengshoot untuk memastikan hasil gambar tidak segelap tadi, dan itu berhasil dan saya sangat gembira, 
 "da! da elok da, da terang da," kata saya.. 
"akak wat ni mcm na.." tanya dia lagi. dan lantas saya explain pada nya tentang kepentingan ISO dan sedikit sebanyak tntg F number dan shuttle speed. sebenarnya saya lupa lah nama adik ni, muka dia lebih kurang dengan exco sukan tu, aduhai, sapa ye nama adik ni, nak panggil apa ya, dan ini Farhan Daud! saya selalu terkeliru dengan farhan dan Along Junior, sebab muka mereka mcm ada iras2.dan di situlah saya mula berkenalan dengan adik Farhan Daud. selepas itu Farhan mula tinggalkan saya dan pergi menshoot gambar lagi, dan tiba-tiba saya nampak Afif Malik, dari riak muka nya saya dapat lihat yang dia sangat-sangat serabut dan tension. lantas saya menegur..  

"adik..Ni apa serabut sangat nih," gertak saya dan afif malik terkejut dengan tindakan saya yang seperti memarahinya itu. 
 "apa kak? serabut? saya ok ja nih, tengok nih..xda pape pun.." katanya seraya membetulkan songkok di kepalanya. ya! dari sudut fizikal dan appereance nya memamng tak serabut. tapi di sudut lain..yang tak semua boleh nampak kekalutan nya. dan dari situ juga saya kenal rapat dengan Afif Malik, maybe cara approach saya padanya agak kasar tapi itu lah, lain adik..lain caranya. dan dibantu Syikin Salim kami berusaha untuk bersama-sama "dating" dengan Afif MAlik.. Alhamdulilah..dia dah dapat semangat dia kembali... dan program di teruskan dengan ceramah, dan sebelum itu, saya kena tukar baju..bukan sebab baju ini bushuk...tapi sebab kena pakai baju kurung..maka dengan itu saya dengna segera menukar baju. dan memakai baju kurung baru yang cantik.hehehe.dan program ceramah diadakan..wah..penceramah jemputan itu ialah junior saya. amin namanya. Alhamdulilah.dia masih ingat saya lah...dia agak terkejut melihat saya di sini. ouh....ramainya "senior-senior" yang hadir untuk memeriahkan suasana, tak pa lah walaupun mereka tidak terlibat, tetapi mereka masih menyokong, itu yang penting. adalah juga, orang-orang yang pelik kat situ, yang entahlah, no komen la.. yang penting saya dengan kapel saya, Najib Sara. 

 Abes tentang ceramah, haa..saya tak sabar nak lihat bagaimana Fatin Ketua Fesi conduct LDK perdana Matlamat & Cara. di mata Fatin ade sedikit ketakutan, ya saya faham first time nak conduct LDK perdana memang agak susah sikit. tapi tak pe, saya tengok dia mampu melakukannya.. buktinya, adik-adik yang pada mulanya agak takut-takut nak keluar ke depan menjadi semangat pula..dan mereka semakin menjadi-jadi, hampir tergolek Dayah Abdullah di kerjakan adik-adik itu.hahaha.. saya juga melihat Fathin Rabihah menunggu-nunggu adik-adik dihadapan. dan saya dapat lihat juga Nurul Hidayu agak blurr, dan terkulat-kulat melihat semangat adik-adik yang tiba-tiba melonjak naik itu. mereka terus berlari-lari hampir hilang kawalan. Syahrin Safwan juga cuba untuk mengawal adik-adik lelaki yang makin menganas itu...dan alhamdulilah setelah masa habis, ade 3 orang adik perempuan ini tidak berjaya menghabiskan aktiviti ini dan mereka terpaksa didenda...dan denda nya..ialah menari chicken dance! wah!! saya pun nak kalau macam tu..saya, Syikin Salim, Fathin, Dayah, Fatin ketua Fesi, berchicken dance kat depan budak-budak..haaaa...saya terasa macam terlalu muda ketika itu..hahahahha..saya lihat adik-adik saya sangat enjoy menari chicken dance tu. tak cukup dengan itu di tambah pula dengan Muhamad Ali pulak...dah bertinju-tinju semua..yang tak tahan, uru-uru setia pun turut feel juga dan mengikut dance ni..saya nampak salah sorang urusetia tu masih terkulat-kulat untuk menari-nari in.hahahaha..tak pe mari follow saya......ikut saya menari, tapi saya perasan dia masih malu untuk menari sebegitu. tak mengapa saya akan pastikan dia akan lebih menyerlah lagi! itu janji saya! 

 abes saja LDK matlamat dan Cara, kita ade satu sesi ni, iaitu, sesi MAKAN lah, lunch! dan kami semua ikramies menuju dewan makan dengan ghairah nya. dan yang saya suka bila melihat mereka makan sekali dengan adik-adik.. Alhamdulilah mereka cepat sangat belajar. dan saya tersenyum dengan perubahan ini. saya haus, sangat-sangat haus, dan saya tidak berapa makan sangat, tak lalu, tekak ini nak air ja..minum jela air ni lagi banyak dari makan,

 setelah makan, saya dan yang lain get ready untuk solat zohor. dan kaki ini membawa diri ke surau... dan bersama lagi dengan geng2 ABC ni..kami bercerita dan terus bercerita, dan sekali lagi suara itu menusuk hati saya..tusuk jauh ke dalam, ya Sebak saya tahan, air mata juga saya cuba untuk tahan supaya tidak mengalir jatuh. 

Alunan ayat-ayat suci itu bergema di setiap sudut surau ini dan membuat saya hiba... hati ini bergetar bila mendengar alunan itu, 

suara yang mendayu-dayu yang penuh dengan kelembutan itu benar-benar membuatkan saya tersentuh... 


 dalam hati menangis mengenang khilaf lalu... 


 To be Continue.....


 P/s: adik-adikku kau lah inspirasiku...

No comments:

Post a Comment