Saturday, March 24, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol.3

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum WBT.

hari Jumaat 03/02/2012.. jam 3.40 petang..

saya masih dalam perjalanan untuk ke sekolah Permatang Tok Jaya.

"kak dila, eja nama kak dila macam mana?" tanya Along. seraya menyua laptop nya pada ku. aku juga terus menaip namaku pada nya.

aneh juga tak pernah-pernah minta nama penuh untuk letak di power point, nak wat presentation apa pulak ni..

setelah lama berpikir, tiba-tiba bas berhenti, dan masuk ke dalam perkarangan sekolah. la..cepatnya sampai, baru ingat nak tidur dalam bas kesayangan ni. saya nampak laki2 yang lain sibuk memakai tie, dan menyarung jaket mereka masing-masing dan saya juga tidak terkecuali untuk berbuat demikian.

setelah turun dari bas, saya nampak mereka yang lelaki ini sibuk mengeluarkan beg2 dan barang2 dari dalam perut bas, dan ada sedikit taklimat dari Abang Wafi. dan kami semua membawa beg2 kami terus ke dorm yang telah disediakan. setelah mencampak kan semua beg-beg itu, kami dan yang lain-lain turun dan terus ke kantin sekolah, saya terpandang tembok yang telah terukir nama sekolah (SMK Permatang Tok Jaya Sekolah Khas Cluster) saya terfikir, apalah makna kluster, sebab saya tidak pernah didedahkan dengan sekolah-sekolah yang macam ini, setakat sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah convent, pernah lah juga saya dengar.. dan kami semua membawa diri ke kantin, dan di kantin juga berlaku nya sesi taklimat daripada Enci Wafi, dia mengatakan yang sesi penyerahan pelajar akan berlangsung pada jam 4 petang. masih ade beberapa minit lagi, dan kesempatan ini saya mula mengUshar keadaan sekeliling terutamanya junior2 ikram.

mata ini menscan satu persatu muka adik-adik ikramies yang join program ini, sedang meneliti sambil dengan kamera di tangan, tiba-tiba mata ini terhenti pada seorang adik laki-laki ini,
"hensem!"bisik di hati saya, seraya saya mengambil kamera lalu memfokuskan kearah mukanya, satu shoot sahaja dan membuatkan hati ini berbunga riang dan lantas tertawa kecil, adik lelaki itu langsung tidak perasan yang saya telah mensnap gambarnya. dan saya ulangi untuk beberapa kali sampai saya rasa betul-betul cantik, tapi masalahnya dia duduk agak jauh dari saya, nak dipanggil macam segan ja, kesal dengan lens yang x boleh fokus lebih dekat, so nampak mukanya agak kecil di dalam gambar, tak mengapalah yang penting saya dapat shoot curi gambar dia..hehehehe..

setelah itu, kami semua bergerak ke dewan sekolah atas arahan Encik Wafi, dan kami masuk ke dalam dewan yang bukannya seperti dewa-dewan sekolah yang lain, dewan sekolah ini special sikit, dewan ini mengingatkan saya seperti dewan sekolah saya, ia tidak terlalu besar, dan tidak terlalu sempit dan dia memanjang ke belakang dan ade pentas kecil di hadapan. ramainya budak-budak yang datang untuk join program ini,

saya berkapel dengan Najib, dia lah partner saya untuk 3 hari ini, kami dapat group laki-laki, setelah bersuai kenal secara ringkas kami dilepaskan untuk solat asar. masa untuk nak makan malam, tiba-tiba saya rasa macam tak selesa, sangat-sangat tidak selesa, rupa-rupanya... bendera merah naik..aduhai, harap-harap penyakit saya tidak menyerang dan berada dalam keadaan terkawal. saya tak nak jadi seperti PSM SMK Teknik Penang, di mana saya dikuarantin untuk tidak menyertai sebarang bentuk aktiviti kerana penyakit yang menyerang saya semasa bendera merah.

saya agak khuatir takut akan membebankan Najib selaku partner saya, oleh yang demikian saya cuba untuk bertahan. oleh kerana Syalwana perasan muka saya bertukar pucat dia memberi saya panadol untuk kurangkan sikit rasa sakit. dan alhamdulilah, ia berkesan. dan saya masih bole bergerak dan yang penting bekerjasama dengan najib untuk memotivate adik-adik kami ini.

dan solat maghrib pun bermula.oleh kerana saya keuzuran so saya hanya entertain adik-adik yang se keadaan dengan saya. kami bercerita itu ini,dan telinga saya dapat menangkap alunan suara yang begitu syahdu dan merdu dan tersentuh juga mendengarnya. bertuah betul dapat mengimamkan solat..

"angin tiup angin....angin tiup angin......angin...tiupla angin.." kata Wafi selaku ketua FC, itu lah Wafi, yang sangat tenang mengendalikan adik-adik.. setelah mendemo sorakan, tepuk semangat, bertaaruf, then, kami dilepaskan tidur..sebelum itu, minum malam dulu.....

dan post morterm pun bermula, dan dari situ kita dapat lihat, hijab-hijab yang selama ini tertutup tapi akhirnya terbuka juga, tak ramai orang boleh lihat, tetapi pada siapa yang menyedarinya, ia akan mengeluh kecil dan cuba untuk mencari penyelesaian tanpa menyakiti hati kedua-dua belah pihak.

dan selesai nya post morterm, tiba-tiba hujan turun lebat sangat-sangat, habis basah kasut, kami berpost morterm di bilik mesyuarat di asrama perempuan..saya antara perempuan yang last keluar untuk ke bilik dan hujan sangat-sangat lebat.

"akak tolong simpankan kamera saya, dan laptop saya juga,"pinta adik Syns Paan.
"akak, bawakan speaker ini juga" pinta adik Firdaus Jalil.
"akak laptop ini juga,sori kak, akak bole bawak ka?" kata salah seorang daripada mereka.
"akak!! tripod saya juga kak....."kata syns paan lalu tersengih-sengih2..banyak nya barang yang saya angkat, jadi imbalance dan tanpa mempeduli segala teriakan mereka saya terus mendaki tangga untuk ke dorm. dan bila tiba di dorm sumenya gelap gelita. hitam saja, rupa-rupanya dorm kami blackout..peh..gelapnya.saya nak iron baju pun terpaksa mematikan niat dan alamatnya pakai baju kedut jela. terus saya basuh muka dan basahkan badan sikit ja.

dan pada malam itu, saya tidur dalam keadaan gelap dan sedikit panas. panas..bila melihat dorm lelaki yang terang benderang rasa macam jelez plak, sebab mereka tidak blackout macam dorm kami ini.. walau panas bagaimanapun, gelap macam mana pun, bila mata kian memberat, akhirnya terlelap juga..

esok kena fikir strategi macam mana nak rapat dengan budak-budak.. dan terfikir juga teringin hati ini untuk mendekati adik lelaki yang saya tangkap gambar nya curi-curi.. alahai, tapi segan betul lah..mereka masih malu-malu lagi dengan saya. hurm..

masih fikir strategi demi strategi dan akhirnya mata ni tak tahan dan terus terlena sampai ke waktu subuh...

dan mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini..moga-moga.. Ameen.. aduhai.fikir pengisian apa nak bagi kat adik-adik perempuan untuk solat subuh nanti...urmm.. zzzzz

dan malam mula melabuhkan tirainya.......

perjuangan esok... untuk memotivasikan adik-adik dan diri sendiri..

TO be Continue....

P/s: saya merindui ukhuwah antara kita.....

2 comments: