Friday, March 23, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol.2

Bismilllahirahmanirahim.

Assalamualaikum WBT.

Hari khamis, 02/02/2012.. masih cuba untuk menyesuaikan diri di UITM pulau pinang, memandangkan sudah lama tidak menetap di sini. di kesempatan ini saya hanya berjalan-jalan, melawat kawasan sekeliling.

di malam hari pula, ada meeting untuk PSK MRSM Kepala Batas, seperti yang dijanjikan lah, dan seperti biasa saya datang sedikit lewat, dan meeting pun sudah bermula. saya mengambil tempat duduk bahagian belakang sekali. agak ramai orang yang datang meeting hari ini, kebanyakkan saya tak kenal. tapi saya ternampak kelibat Dayah Abdullah, Alhamdulilah, ada gak orang yang saya kenal. dan mata saya tertumpu pada seorang lelaki yang kecil fizikal nya, berkaca mata, dan seperti saya pernah lihat, Ya!! saya pernah lihat di FB, Dialah Haikal Salleh. dan itulah pertama kali saya melihat dia, dia lebih kecil dari apa yang saya fikirkan dan jangkakan. tetapi, haikal Salleh seperti ada yang tak kena, saya dapat tangkap maksud riak muka nya, tidak mengapalah, saya akan jumpa dengan dia nanti.

Banyak sangat-sangat muka2 yang saya tak kenal melainkan Dayah Abdullah, Najib Sara, Fatin Ketua Fc, Along, Wafi, yang lain saya tak cam lah..almaklumlah saya ada masalah untuk mengingati muka2 junior2 ikram nih. ouh!! Syns Paan...ya..x lupa pun, ya saya kenal dia, walaupun baru second time jumpa dia, dia sangat2 manja! takpe2 saya bertanya perihal multimedia dengan, banyak lagi yang dia tidak siapkan, dia meminta tolong pada saya untuk laminate tag nama untuk PPP ari jumaat ini.

Meeting habis dan saya terpaku2 terpinga2, nak dekat dengan Dayah pun x berani..aleh2 pegi jela kat Najib Sara. hahaha...dia seolah-olah memahami, dia melayan saya dengan baik saja, dan seperti biasa, Wafi tergedik-gedik bertanya itu ini pada saya, haaa.. comel lah dia nih.
"kak, akak tak abes citer lagi!!! akak tak abes kenalkan diri lagi!!" rengek Wafi.
"apa yang adik nak tahu nih," kata saya..

banyak lah yang saya bebelkan pada dia. bercerita itu-ini. semua sekali. dan kami bergerak keluar ke kelas terus menuju ke kristal, sebab nak temankan adik manja sorang ni Syalwana. haaa..

esok pagi2 lagi saya da bangun, just basuh muka, dan terus ja ke kolej delima tok mandi sebab nanti syns paan nak jumpa saya, nak bagi tugasan. so saya tunggu dia di depan library. tunggu punya tunggu dia da sampai.. then dia memberi satu bungkusan pada saya.
"sori kak, saya terpaksa susahkan akak, tag nama ni dah siap laminate da, akak tolong gunting ja ya, saya kena balik Taiping ni, nak amek barang, sebelum solat jumaat saya sampai sini," terang Syns Paan
" ouh, adik jaga diri baik2 jangan rempit laju sgt2!!" kata saya dan kami terpisah membawa haluan masing2. saya pergi ke arah Kompleks Perdana manakala Syns Paan terus ke tempat letak moto.

saya mencari kalau2 ada meja yang besar yang bole saya wat keje gunting-mengunting nih. cari punya cari saya terlihat ada meja bulat di sudut kiri bhgian belakang. saya terus melabuhkan punggung di situ, hairan betul, dulu di laman siswa ini banya meja-meja dan kerusi yg terletak di tengah2 laman nih. tapi sekarang dah berkurangan pula. menurut pendapat, kerusi dan meja2 itu separuh telah dipindahkan di laman perdana, haa.pelik2 yang penting saya dapat duduk, dan meja saya besar.

tengah saya leka mengunting-gunting, tiba-tiba ade seseorang mendatangi saya. ya!! si kecil molek! Haikal Salleh, ya! di situ la titik perkenalan saya dengan Haikal Salleh. peh..kecil bukan sebarangan kecil, kecil yang berisi. kami bertaaruf antara satu sama lain. terlalu banyak kesakitan yang dia alami, terlalu banyak. dan dari itu saya harus bangkit, mereka semua perlu di satukan!!! saya nekad di dalam hati saya. mereka perlu disatukan!! Tiba-tiba saya nampak syikin salim, dia temankan saya dalam acara gunting mengunting nih. heee...Haikal Salleh sudah pergi mendapatkan Haiqal di meja depan sana, dan saya juga terjumpa dengan Firdaus Jalil.

"ada apa lagi yang belum selesai ka dik?" tanyaku, sebab saya melihat dia agak kelam kabut dan gelisah.
"ya, nak masuk kan tentatif dengan kertas-kertas ni dalam fail kak" jawabnya.
"mana fail nya, dan kertas-kertas yang lain?" tanyaku lagi.
"ada kak, mereka tgh bawak ia ke sini" explain firdaus jalil

dan selepas itu saya nampak kelibat seseorang membawa sekotak fail menuju ke sini dan diikuti dengan rakan-rakan nya yang masing-masing memegang kertas dan terus mengambil kerusi duduk di meja bulan itu. saya memandang mereka satu-persatu. sume nya lelaki..ada yang besar, ade yg kurus, ada yang hensem, ada yang kecik, ada yang putih melepak, adoi..pening2..hahahaha..

dan kami pun mulakan la taaruf berantai..hee.. dan disitu la titik pertemuan dan perkenalan saya dengan Nor Izlan, Muhammad Faris, Syakir, Farhan Daud, syahrin safwan, Taufik, kami sama-sama memasukkan kertas-kertas di dalam fail tersebut, ada ja lawak-lawak dari mereka yang mencuit hati saya, tapi, mereka masih kurang selesa dengan saya, saya tak tahu kenapa, tp itu la saya akan cuba runtuhkan benteng yang menghalang antara kita semua ni.saya nampak mereka seperti malu-malu dan takut2 untuk bertanya itu ini dengan saya.

takpe..itu baru permulaan..relax dulu.......

"nama saya izlan, kat psk ni saya sebagai teknikal, dengan Tom ataupun faris"
"nama saya muhammad Faris, atau akak bole panggil saya tom" kata faris pula
"saya pula mohd syahrin safwan bin omar" kata Caen
"apa? nama awk apa? cam susah nak sebut." tanya ku terus..
"tak pa, akk panggil caen ja, saya jadi fesi kak.."
"saya pula Taufik, saya jadi exco kerohanian," kata taufik, tiba-tiba bila pandang taufik..terasa macam dia ni familiar sangat-sangat..sebak pun ada bila terpandang muka dia ni.mengingatkan pada seseorang..xpa lah.
"saya syakir, saya pegang exco kebajikan, saya pegang first aid" kata syakir.
dan saya juga ternampak ada seorang perempuan datang sini dan saya rasa macam penah tengok muka dia...mereka yang laki-laki nampak mesra dengan perempuan nih..huhuhu..

memandangkan jam dah pukul 12 lebih kami kena siap-siap balik bilik sebab yang muslimim kena solat jumaat, so saya dan syikin salim serta perempuan itu berjalan pulang dan saya terpisah dengan syikin salim sebab dia duduk di kristal, tinggalah saya dengan perempuan ini.
"akak dok di delima ni, bilik sapa?"tanya perempaun itu
"akak dok bilik ifa," kata saya.
"ouh bilik kak ifa"jawabnya.

dan perempuan itu namanya Fathin Rabihah,

"akak tengok muka kamu kat Fb annoying sangat2, akak ingat sapa tah, rupanya timbalan pengarah kot, haa..sori2..tp DP kamu sangat-sangat annoying."
terkejut dia dengar penjelasan saya.dan dia terus tergelak..dan disitu la titik perkenalan saya dengan Fathin Rabihah..orang yang annoying ini adalah timbalan pengarah ikram, kelass ko jah!

setelah itu kami terpisah untuk ke bilik masing-masing..saya excited untuk ke program petang ni..da setahun saya tak pegi program yang sebegini. skill pun mula berkurangan. tapi tetap kena asah kan..?

sampai di bilik, rehat sekejap..then mandi dan terus solat zuhur dan bersiap-siap mengenakan baju kurung. jam di tangan sudah pukul 2.20 petang. ditemani ifa dan rakan nya mereka menghantar saya ke tempat bas, dan tunggu sampai bas datang.

seorang-demi seorang sampai, baik yang laki dan yang perempuan, Ya Allah, rindunya saat ini, teringat masa nak pegi psk yang lepas-lepas, kami berpanasan menunggu bas, sambil tangkap gambar, makan-makan, borak-borak.

semua yang saya rasa ini seperti di ulang tayang lagi, terasa macam mimpi yang saya boleh lagi join program kelab kesayangan saya ini..

mereka datang dan terus datang, angkat barang dan bawa ke dalam bas, di dalam bas, saya duduk sebelah syikin salim, lama nya tak naik bas UITM, selalunya bas ini lah yang membawa saya ke perda. tercium lagi bau kusyen nya..seperti baru semalam ja saya menaiki bas pergi kelas di perda.

sebelum memulakan perjalanan ade sedikit taklimat daripada Afif Malik iaitu ketua program untuk PPP kali ini. dan selepas itu exco kerohanian, Muhammad Taufik membacakan doa. dan bas kami terus melangkah ke SMK Permatang Tok Jaya, Sungai Dua.

bas terus meluncur laju ke destinasi nya. yang pastinya adik-adik di sekolah sana, menunggu kehadiran kakak-kakak dan abang-abang untuk dimotivasikan..

ia juga mengimbau kenangan semasa zaman diploma saya.....

TO Be Continue...

P/s: saya menyayangi kalian semua <3

2 comments: