Friday, March 30, 2012

Cerita Tentang Penyatuan Ukhuwah Vol. 5

Bismillahirahmanirahim..


Assalamualaikum WBT..


Selesai sahaja solat zohor, kami semua sekali berkumpul ke dewan untuk LDK yang seterusnya iaitu Menara Cawan. haa.. ini antara LDK yang paling menguji kesabaran saya sendiri, dan juga kesabaran peserta-peserta kem ini.


Abg Wafi dan Along menceritakan tentang peraturan bagaimana nak main LDK ini. kelihatan muka adik-adik ni agak blurr..dengan bantuan Fesi alhamdulilah mereka faham..


dan LDK pun Bermula.. dan bermulalah aksi-aksi adik-adik. di kumpulan saya, adik-adik sangat-sangat berbakat. dalam 5 minit pertama hampir separuh menara sudah di siapkan, dan apabila Wafi melihat progress kami, dia mula memanggil "konco-konco nya" untuk membantu menyelesaikan misi ini.


dan saya nampak gerakan kerja dan pembahagian tugas uru-uru setia dan mereka mula mengambil tempat masing...mereka mula lalu lalang di tengah-tengah dewan, dan saya mula berwaspada.


"ok..time ni akak memang benci giler kat Uru ok!" kata saya tegas.. mereka yang mendengar ada juga terkejut dan ade juga tersenyum. ia depend pada perception masing-masing..


dan LDk terus berjalan seperti biasa, keadaan dewan itu agak panas, sebab kipas di tutup sejak dari mula LDK lagi, ini kerana untuk memastikan yang cawan polisterin tidak bergerak dan terbang. oleh kerana adik-adik saya ni dalam kalangan lelaki, maka adalah dengan sesuainya Najib Sara yang menguruskan mereka semua dan saya hanya menjaga traffic di luar bulatan sahaja.


melihatkan uru-uru setia yang masih lagi melilau-lilau mencari mangsa, tiba-tiba group di hadapan saya menara nya runtuh, dan mereka menjerit, tetapi mereka terikat dengan peraturan yang tidak boleh sebarang suara dan bunyi pun kecuali ketua..mereka rasa geram! ya itu pasti..!  nampak yang mereka marah sangat-sangat dengan uru-uru setia ni. dan saya juga cuba pertahankan group saya sebaik mungkin, 


dan pengacauan semakin galak, banyak sangat menara-menara dari group yang lain runtuh, tidak terkecuali saya, saya nampak Nor Izlan tersenyum-senyum di depan saya..
"akak benci uru time nih, tlg jgn kacau group akak!!" kata saya pada Nor Izlan. dia hanya tersenyum dan lantas meninggalkan group saya..dan saya cuba memerhati kalau-kalau ade lagi uru-uru yang nk kacau menara group saya. tiba-tiba menara kami runtuh buat kali ke-5 dibina nya... dan saya dapat lihat yang adik saya ni frust sgt!. kebetulan menara itu runtuh dan Nor Izlan lalu di group saya dan tak semena-mena..saya memarahinya kerana dia lah yang meruntuhkan menara adik saya.

"adik!! kan akak da ckp jangan kacau!, Tengok!!!!" gertakku, Marah! panas plak tu!

"eh, kak saya tak buat pun kak,"katanya simple
"tipu!!! tu getah di jari kamu tu apa?!!" suara garang da kuar..
"mana ada kak, tak da,saya tak kacau, saya budak baik" kata Izlan seraya tersenyum..


ya! memang xda getah pun di tangan dan jari nya. saja ja memarahinya. dan dia terus berlalu, dan saya nampak urusetia seorang ini dok tertengok-tengok, nak kacau lah tuh. dan dia menghampiri group saya dan tengok-tengok seperti ada sesuatu yang nak dilaksanakan, dan saya...


"adik..tolong..jangan kacau group akak, adik nak apa? akak bole bagi, cakap ja ape sahaja, akak bole bagi yang penting adik jangan kacau group akak ni" kata saya separuh merayu..
"kak..saya tak makan rasuah la kak," kata urusetia ini..seraye tersenyum dan gelak..bertuah punya urusetia..hahaha..baru ingat saya nak rasuah dia sikit. aleh2 dia kata macam tu. itu lah exco kerohanian kita Taufik. tak pa tak pa hang tunggu noh, sat lagi kena dengan saya. dan tidak lupa juga along pun nak juga kacau group saya ini. dan tiba-tiba saya nampak adik kurus tinggi dat menjenguk ahli group saya dan seraya memandang saya.


"ang kacau group akk, first aid ang hilang nanti," kata saya. serius! ya! muka saya serius. tapi sebaliknya saja phyco adik tuh. apabila adik itu mendengar saya berkata begitu, dia terus berlalu tinggalkan saya, dan tak nampak lagi batang hidung nya lalu lalang di group saya ini..'mana pula si syakir nih, tak pula dia kacau kat group depan-depan nih' bisik hati kecil saya.


group saya antara group yang paling popular terima pengacauan daripada uru-uru yang setia ini. sudah saya warning pada mereka-mereka ini dan jangan lah kacau group saya ini. tetapi ternyata mereka degil, dan mereka suka benor kacau group saya ni, mungkin sebab fesi2 nya yang otai kot. 


dah! dah abes ka sesi kacau mengacau ini, ha? ada lagi kah? alamak, ada adik-adik yang sudah nangis, dah down lah..tak pa tak pa disebabkan group saya sudah berjaya menghabiskan LDK ni, saya pergi ke group perempuan yang masih belum tamat lagi perjuangannya tetapi dah hampir putus asa, berkat fesi2 yang lain yang turut membantu akhirnya terbina lah menara cawan mereka!!! yeeaahh!! alhamdulilah. 


setelah ketua fesi memberi konklusi dalam LDK ni, aktiviti seterusnya ialah, explore race!! dan seperti biasa saya jadi penjaga check point dan pasangan saya, Najib Sara kena berlari dengan adik-adik. saya dapat check point sotong ape tah..lupa lah..hehehehe. 


saya, Abg Tuan Izram, dan Syafiqa, kami antara yang menjaga check point tersebut, banyaknya gelagat adik-adik yang kami jumpa. bestnya dapat lihat keriangan adik-adik ini, bila melihatkan itu semua membuatkan diri ini terimbas ke kenangan masa sekolah menengah dahulu kala.. 


tamat sudah sesi explore race, saya dan yang lain berkumpul di perkarangan dewan makan, untuk menunggu kumpulan yang lain selesai explore race. tiba-tiba mata ini kurang senang melihat satu situasi ini, sangat-sangat melampau, their face asking for slap!! saya marah! nasib kak Shaz tak da, kalau kak Shaz ada rasanya memang lagi teruk. saya hanya memandang dan memandang saya juga tertanya-tanya, geram! oleh itu saya membawa diri ke bangku belakang dan melabuhkan punggung ke situ. 


Hazwan Kamil seperti memahami gelodak jiwa saya yang panas dan dia pun turut serta duduk ke tempat itu, dia seperti dapat membaca fikiran saya yang tengah bengang dengan situasi itu. dan kami bercerita, mengimbas semula kenangan-kenangan, dan juga membahas tentang perihal situasi itu, sangat sedih melihat situasi itu, yang mungkin boleh memberi kesan kepada kelab ini.


"tak pa lah dik, jom gi la makan malam, akak tak lalu lah nak makan," kata saya pada hazwan 
"jom la kak makan.." ajak nya lagi.


saya pun masuk la dewan makan itu dan menjamah sikit apa yang patut. dan waktu maghrib..saya rasa ade kelainan, saya rasa pelik, dan saya sangat kompius, saya tak tahu kenapa macam ada ramai sangat orang kat surau ini, ia membuat saya tertanya-tanya. dan saya sekali lagi pelik, mana adik-adik yang join PPP? saya macam tak boleh nak beza da..sebab terlalu ramai sangat orang, dan pengisian saya pada ketika itu agak tunggang terbalik, dan tak konsisten, Alhamdulilah, adik Aimi Nadia banyak membantu.


dan bila habis sahaja solat maghrib, kuliah maghrib di sampaikan oleh nidzam, junior saya, alhamdulilah nidzam boleh berkuliah dalam ratusan manusia di hadapan nya. dan mana datangnya mereka itu yang wat saya tertanya-tanya, kenapa ye?


dan tiba-tiba, adik-adik saya meminta kamera saya, eh, setahu saya, kamera tiada dengan saya sejak petang tadi lagi, Ah!! sudah! mana pulak pegi sniper saya ni. sibuk mencari sana sini, tiba-tiba ada dengan syns Paan..


dan malam itu pengisian ukhrawi dan duniawi macam sedikit terjejas..entahlah..saya suka perkongsian itu, tapi ramai yang mendengar, keberkesanan ia agak kurang sedikit. macam pelik sikit..entahlah..


dan postmorterm malam itu pun ternyata berlaku dalam keadaan yang terkawal. walaupun bukan semua yang bercakap..tapi bersabarlah..ade hikmahnya..perlu dengan pembawakan yang lain... dan mereka perlu guide..dan mereka perlu masa...


dan sesi itu berakhir dan semua boleh masuk tidur awal kerana esok ada sambutan maulidur Rasul!! suka nya! dah lama tak berarak! tentu seronok. dan hati ini ceria tiba-tiba.. basuh muka, dan get ready untuk tidur lah...Wana dah mula nyenyak mungkin sebab dia letih sangat kot. tak pe lah saya mula baring di atas tilam sambil memikirkan apa yang perlu di buat esok hari..


dan hati ini juga terdetik untuk menyatakan bahawa saya harus memulakan langkah! harus! sebab masa saya di penang hampir suntuk, saya harus berusaha untuk mendekatinya.. tidak salah kalau perempuan mulakan dahulu..


saya harus..at least saya dapat something dalam cuti sem ini.


itu tekad saya, tunggu la fajar menyingsing esok hari.. pasti akan terjadi..


semoga Allah permudahkan langkah saya, tiada niat lain hanya untuk jalinan yang suci ini..


dan cepat mata ini terlelap dan mati seketika, semoga masih ada nyawa esok pagi untuk terus mentaati perintahNya.


To Be Continue....


P/s: jangan sesekali curang sama saya!

1 comment: