Tuesday, February 14, 2012

Tautkan Ukhuwah Antara Kita Kembali




Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum...

alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita masih lagi dapat bertemu dalam ikatan kasih penuh syahdu, disulam baja rindu, berpaut pada kasih yang Satu iaitu kepadaNya

Alhamdulilah, akhirnya saya dapat bertemu dengan adik-adik baru Ikram saya. selama ini saya tidak pernah mengenlinya selain di alam maya, jalinan antara kami hanya bersatu didalam Facebook dan telefon.

tetapi pada kami ini, saya dapat bertemu sendiri dengan mereka, dapat mengenali mereka dengan lebih dekat lagi, dapat mendengar segala permasalahan mereka dari hati ke hati.

pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan sepanjang saya berada di Penang ini. antaranya ialah, bermain bowling, beriadah di mengkuang dam, ber PSK, Ber Lunch, Ber Dinner dan banyak lagi..

saya ingin merapatkan kembali ukhuwah antara mereka, saya juga mahu tautkan semula penyatuan antara mereka untuk memperkuatkan lagi kelab ini.

Betapa puas nya hati ini apabila saya dapat menyatupadukan semangat antara mereka semua dalam untuk mencapai keredhaan Allah. dalam untuk bersama-sama mencipta jalan untuk menuju ke Syurga Firdausi bersama-sama..

indahnya jika tali2 persaudaraan sesama kita ini berkekalan hingga ke akhirnya.

syahdunya hati andai ukhuwah antara kita terjalin kekal hingga ke akhirnya, dunia dan akhirat.

puasnya hati jika melihat semangat juang antara mereka untuk mempertahankan kelab ini daripada serangan anasir-anasir luar.

Ya Allah, Permudahkan segala urusan kami.

Temanku,
kita layari bersama perjuangan suci ini,
perjuangan untuk mencapai keredhaanNya,
kita satukan hati-hati kami,
untuk mendapat kasih sayang dan cintaNya,

Temanku,
segunung intan pun tidak sama,
dengan harga sebuah ukhuwah,
yang terjalin dengan rasa kasih pada Pencipta,
dalam naungan rasa tawadduk padaNya.

Temanku,
tiada ungkapan perpisahan antara kita,
yang hanya adalah rasa rindu dan kasih,
kerna walau dimanapun kita berada,
rasa sayang itu tetap ada di hati kita.

Temanku,
andai ku pergi jauh,
terlalu jauh di alam lain,
ku pohon agar,
ikatan ukhuwah antara kita bersemi hingga ke syurga nanti..

Ameen ya Rabb...





p/s: teristimewa untuk seluruh sahabat-sahabat yang saya kenali semoga jalinan suci antara kita tersimpul rapi kekal selamanya

4 comments:

  1. amin...smga dipermudahkan smua urusan :)

    ReplyDelete
  2. pengalaman tidak dapat dibeli,tetapi perlu dilalui..Kenangan ukhuwah antara ikramies mmg tak dapat dtukar ganti..yg patah mungkin akan tumbuh.tapi yg tumbuh pasti xkan sama dengan yg telah patah.. saya akan merindui kalian...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. bila tgk gambar2 kita sesama ikramies, rasa nak menitis air mata ni. sangat bersyukur sebab dapat kenal dengan mereka semua. kawan2 fatin ada yang xmenyokong fatin masuk ikram dgn alasan fatin busy and nnti effect study, tapi fatin xkisah. fatin anggap diorag jeles sebab fatin ada adik beradik ikramies ni. fatin dapat sahabat yang sama2 ketawa, sama2 menangis. fatin sangat2 xmenyesal join ikram....

    ReplyDelete