Sunday, October 24, 2010

KemAnisan UkhUwaH

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum wbt..

terasa lama sungguh ana tidak update blog ini. maklumlah kekangan masa. ana berhenti seketika untuk menulis blog ini..tapi sekarang ini..Alhamdulilah ana dapat mencuri sedikit masa untuk menulis sedikit luahan hati cetusan rasa penyambung kasih silaturahim berpanjangan.. apalah yg ana mengarut ini.hehehe..

pertama dan selama-lamanya mari la kita sama-sama mengucapkan syukur yg tidak terhingga pada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kita dapat sama-sama mengharunugi hidup yang sementara ini.

dalam melayari kehidupan seorang mahasiswa ini, terselit satu kenangan indah untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan. masa ana di pulau pinang ini semakin lama semakin sedikit. tinggal lebih kurang 3 minggu lagi ana di bumi penang ini. sesungguhnya pulau pinang banyak mengajar erti kehidupan, pahit manis, suka dan duka perjalanan hidup sebagai khalifah Allah dalam usaha mencari setitis ilmu.

Ikatan kasih rumpun anak-anak melayu (IKRAM) seindah nama dan bahasa itu lah salah satu persatuan yang wujud di universiti ana. ana menyertainya semasa ana sem 1. kini ana sudah lebih kurang 2 tahun setengah berada di IKRAM ini.

alhamdulilah segala suka dan duka dan 1001 masalah dapat ana harungi dengan bantuan sahabat-sahabat dan tidak lupa pada ahli keluarga IKRAM. apabila bersahabat kerana Allah, kamu akan rasa kemanisan ukhuwah itu. Alhamdulilah..kemanisan ukhuwah itu mengalir ke dalam salur darah ana dan terus membawa ke hati.. disitu ia mekar..

pejam celik kita bersama, kini tibalah giliran ana pula yang harus melangkah keluar meninggalkan penang ini, kerana kontrak pengajian ana mula sampai ke penghujung. Allahuakbar, tiada kata yg bisa menggambarkan bagaimana gelodak hati dan perasaan ini apabila sampai giliran ana pula yang bakal meninggalkan adik-adik dan sahabat2 di IKRAM.

perpisahan kita hanya jasad sahaja. asalkan hati sentiasa mengingati antara satu sama yang lain, InsyaAllah, ukhuwah ini tidak akan putus..Ameen mudah-mudahan.
kepada adik-adikku, yang muslimah adik ikin naser, adik ikin salim, adik nadia, adik mira, adik iffah, adik huwaina,adik sakinah, adik my, adik nadia,adik raudah, dan yang lain-lain yang akak tidak sebutkan namanya, igtla bahawa, akak syg sgt kat kamu semua, jadilah muslimah yang baik, jadilah seperti wanita di dalam kaca, cantik dipandang tetapi sangat sukar disentuh..

tidak lupa pada adik-adik yang muslimin iaitu adik iman,adik ashraf,adik hazwan, adik munawar,adik hafizi,adik amirul hakimi,adik syamel,adik aiman,adik abdul rahman aiman,adik haziq,adik amir farhan,adik fadhli, adik iskandar,dan adik yg akk tidak sebut namanya, mengertilah kamu semua bahawa akak sangat sayang pada kamu semua,jaga la IKRAM baik-baik, bimbing dia ke jalan yang diredhai..

kepada seperjuangku, ukhti khadijah,ukhti nabilah, ukhti nurdinah,ukhti aina syazani,ukhti hannan, akhi asyraf sazmel, akhi haikal, akhi firdaus,dan yang tidak disertakan nama, ana harap kita sama-sama kuat mujahadah dalam mempertegakkan agama Allah.

kepada abang dan kakakku di IKRAM ini, abg firdaus,awe, abg shafiq saad, abg fareez, abg utea, abg farid, dan kak chaol,kak shaz, kak azuin, kak alia dan pada sesiapa yang ana tidak sebutkan namanya,semoga tabah dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini.

sesungguhnya beratnya kaki ana untuk melangkah tinggalkan penang ini, terasa berat sungguh hati ini untuk meninggalkan kamu, akan adakah pertemuan anatara kita? masihkah punya kesempatan untuk kita bersua muka lagi untuk masa-masa akan datang..? Allahuakbar, sesungguhnya ana insan lemah semoga ukhuwah ini tersimpul rapi,kekal abadi. . . Ameen Ya Rabb....





3 comments:

  1. selamat melangkah ke 'dunia luar'. don't go through life but GROW through life.take care my dear and miss u always!ukhwah fillah & keep in t0uch ya!! (^@^)

    ReplyDelete
  2. p/s : one more thing,kalau kawin jgn lupa jemput ye..hihihi

    ReplyDelete
  3. huhu~~ like..!! sy mantain comel d stu~ heee....

    ReplyDelete