Friday, May 28, 2010

C.I.N.T.A.


"wah lihat laki tu, hensemnye!!!", kata Ina.
"mana-mana?" tanya sahabatnya, iaitu Ida seraya menoleh-noleh ke sekeliling,
" itu lah ,yang di bawah pokok itu!", terang Ina.
"wah, kacak betul, tiba-tiba jatuh cinta bila melihat dia!!"kata Ida sambil bola matanya mencari kelibat lelaki yang dikatakan oleh temannya.

Begitula manusia, fitrah sebagai manusia yang suka pada kecantikkan, keindahan, dan kesempurnaan. Sekali pandang sudah jatuh cinta, Ah!! murahnya cinta. Tapi sesetengah pendapat mengatakan '€dari mata turun ke hati' , daripada pandangan itu boleh melahirkan cinta di hati. Itu sesetengah pendapat. tetapi itula, hakikatnya ianya adalah fitrah dalam diri masing-masing yang ingin menyukai dan disukai, dicintai dan menyintai.

Cinta itu luas maksudnya. Ada sesetengah pendapat mengatakan cinta itu penyatuan dua hati antara lelaki dan perempuan. ada lagi yang mengatakan cinta ini ialah satu perasaan yang hadir di dalam hati yang membuatkan kita gembira apabila melihat pasangan kita walaupun ia jauh di mata dan dekat di hati.

dalam dunia masa kini, kebanyakkannya orang-orang kita ini hanya memfokuskan pada cinta sesama manusia sahaja. ramai orang mabuk cinta pada pasangannya.

"abang, ayg sayang abang, sehari tidak jumpa, ibarat setahun lamanya,"
"adindaku, cinta kita umpama lautan yang luas tak bertepi,"
"you are always in my heart, i love u owh my sweetheart,"
"Wo ai wo de nan pengyou"

banyak betul kata-kata pujangga tentang cinta ini. jikalau kita baca pun boleh berbunga juga hati kita. itu lah hakikatnya, ramai orang terlalu mengagungkan cinta terhadap pasangannya masing-masing. tapi disini, hakikat sebuah cinta ialah cinta yang abadi yang kekal untuk selamanya ialah cinta kepada Allah, Tuhan pencipta. kerana hanya dengan mencintaiNya, hidup kita akan tenang, terjamin dan aman selamanya. Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Pemurah dari yang pemurah, yang paling dermawan di antara penderma. Dia menganugerahkan kepada hamba-hambaNya sebelum mereka memohon dan di atas apa yang mereka harapkan.

Allaw S.W.T menghargai suatu amal walaupun sedikit dan terus-menerus. Dia mengampuni banyak kesalahan dan menghapuskannya. semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadaNya. setiap waktu Dia dalam kesibukan, Dia tidak penah merasakan kepenatan sedikitpun untuk beralih dari satu pendengaran ke pendengaran yang lain. Dia tidak pernah berbuat salah dengan banyaknya permasalahan, tidak penah jemu dengan tekanan permohonan orang yang memohon. bahkan Dia mencintai orang yang memohon dalam doanya. Dia juga mengasihani hambaNya yang tidak mengasihi dirinya. lihatlah.. betapa cintanya Allah pada seluruh hambaNya. kadang-kadang kita sendiri sebagai manusia tidak mengendahkan cinta dan kasih sayang Allah pada diri kita, oleh sebab itu kita byk membuat kemungkaran, kejahatan, Nauzubillah..

Allah S.W.T , Zat yang lebih luas pemberianNya, lebih banyak kasih sayangNya, lebih dermawan pemberianNya, lebih kuat perlindunganNya dan lebih mencukupi hamba yang bertawakal padaNya. kasih sayangNya lebih besar dari seorang ibu yang mengasihani anaknya. cintaNya lebih dalam dari seorang suami yang mencintai isterinya. Subahanallah, Maha suci Allah.. begitu utuh kasih sayang Allah pada kita.

ingatlah.. cinta pada manusia, manusia akan mati tetapi cinta pada Allah adalah kekal selama-lamanya. Itulah sebaik dan semulia-mulia cinta.
Wallahualam....




1 comment:

  1. setiap insan di dunia pasti merasakan cinta, termasuk akak kan? hehehehe....
    indah, ceria kadang merana itulah rasa cinta....
    resah menimpa, gundah menjelma jika cinta tak dipelihara....
    berlindunglah pada Allah dari cinta palsu.
    cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki.
    cinta pada Allah Adalah cinta yang sejati.
    cintailah Allah diatas segala-galanya..

    ReplyDelete