Saturday, May 29, 2010

Antara Takdir Allah VS Kepercayaan Manusia


hari ini hari sabtu. wah2... hari ini rutin harian ana cukup-cukup sibuk lah.. ana kne tolong ana punya ummi masak makanan...masak mee kari untuk 80 orang makan.. iya..ada kenduri kawin ana punya sahabat. sedang ana tengah sibuk menolong ummi di dapur. tiba-tiba ada seorang lelaki yang menjerit di luar pagar rumah. adik lelaki ana yang melihat siapa yang datang tuh, kot2 la teman dia ker..

"mak!! ada ular masuk rumah!!" jerit adik ana..
"hah?" ummi masih kurang mengerti.
"ular masuk rumah!!!!" jerit adik lagi..

terkejut ummi seraya berlari keluar ke halaman rumah
" dik!! ambil air panas cepat!!!" suruh ummi.
"ha.. ye..ye," ana blurr seketika.

ummi mengambil jag yang berisi air panas dari tangan ana lalu menyimbah pada ular itu, lalu ular itu menggelupur dan lari terus hilang. agaknya dia menyorok dekat belakang almari ni. detik hati ana.. sebab ana tidak puas hati sebab ular tu tidak keluar dari rumah ana depan mata ana.. ana tekad untuk cari ular itu sampai dapat.

tiba-tiba jiran sebelah yang asalnya dari seberang (Indonesia) datang menjengah
" akk, saya mahu daun kari sikit yer,"kata perempuan itu.
"amek la," jawab ummi
"kenapa ribut-ribut nih?"tanya perempuan itu lagi
"ular masuk rumah la." terang ibu.
"selalunya kan kalau ular masuk rumah, dia nak bagitahu ada hajat yang tak dilunaskan lagi taw,"terang perempuan tu lagi
"akk ada buat hajat ker?, hajat yang lepas-lepas?"tanya perempuan tu lagi.
"eh tak de pun" jawab ummi.

itulah kepercayaan manusia zaman sekarang, ular masuk rumah tandanya masih ada lagi hajat yang belum ditunaikan. kalau burung gagak mati di atas bumbung maknanya akan berlaku sesuatu yang buruk pada hari itu, atau membawa malang. dan jika kupu-kupu putih masuk dalam rumah pertandanya ada orang yang akan meninggal masa itu. Hais!! masih ada lagi segelintir manusia yang mempercayai kepercayaan yang sebegitu. itu adalah khurafat, dan hukum mempercayainya adalah haram, dan boleh merosakkan akidah. Nauzubillah...

kita patut percaya segala yang terjadi di langit dan dibumi ini adalah dari Allah S.W.T. semuanya telah ditakdirkan olehNya. firman Allah S.W.T Surah Yaasin ayat 82 yang bermaksud "Sesungguhnya keadaannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: "jadilah!" maka terjadilah ia." begitu hebat kuasa Allah S.W.T.

dan ini tidak berkaitan pun dengan kepercayaan karut seperti yang dinyatakan sebentar tadi. Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Allah menjadikan segala langit dan dibumi punyai sebab musababnya.

pada pendapat ana, mungkin ular itu masuk ke dalam rumah ana kerana waktu itu hujan turun lebat sangat, keadaan sekeliling menjadi lembab, dan ular senang keluar dikala waktu sejuk sebegini, ini dari sudut geografi. selain itu, mungkin ular itu masuk ke dalam rumah ana kerana ingin memberi peringat pada seisi rumah, supaya memperbanyakkan amalan pada Allah S.W.T. jangan mudah leka dengan dunia. Allah Maha Berkuasa pada setiap sesuatu yang terjadi di langit dan di bumi. Ana mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi pada petang tadi. Allah Maha Besar dengan kita mengingatiNya, Dia tidak akan menghampakan hamba-hambaNya yang meminta pertolongan dariNya. oleh itu Allah memberi kekuatan dan keberanian kepada hamba-hamba yang dikehendakiNya.

Ana istighfar di dalam hati untuk peroleh kekuatan, Alhamdulilah dengan bantuan Allah dan jiran-jiran, akhirnya kami dapat membunuh ular itu.. dengan kuasa Allah menghidupkan dan mematikan segala benda yang dikehendakiNya. akhirnya ular itu mati. itu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.

sesungguhnya tiap apa yang terjadi di langit dan dibumi ini adalah rahsia Allah, jangan berpegang kepada kepercayaan karut yang bisa merosakkan hati dan akidah. sama-sama lah kita berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik.. Waallahualam.. yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri ana sendiri.. :)

No comments:

Post a Comment